ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]

Od AnjellHomosapien

1.4M 62.8K 16.4K

Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose Více

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
TEASER 1
TEASER 2

BAB 13

50.4K 2.4K 636
Od AnjellHomosapien

A/N: awal sikit entry ni sebab next entry akan lamba. Sorry fellas 😆
—-
~not-edited~

BAB 13

Kami kembali meneruskan misi kami untuk melihat lukisan-lukisan itu. Dari satu bilik ke satu bilik pameran kami masuk. Dheo masih ada bersamaku, berjalan bersebelahan denganku. Tak pula aku halau dia. Sekurang-kurangnya ada juga teman berborak memandangkan kawan-kawan yang lain aku dah tak tahu ke mana.

Dheo ini pun kebetulan bertemu gara-gara kejadian tadi. Aku pun tak tahu dari celah mana dia muncul. Macam biasa. Kami tak banyak bercakap pun hari ini. Lepas keluar dari kereta dia pagi tadi, kami ikut haluan masing-masing. Di dalam bas tadi pun dia asyik membuta.

Gelagat pengunjung-pengunjung di situ diperhatikan. Kebanyakan mereka sedang memegang kamera atau telefon pintar untuk mengambil gambar atau merakam video. Memang galeri ini membenarkannya. Tak seperti sesetengah galeri yang peraturannya ketat.

"Awak dah jumpa lukisan untuk presentation nanti?" Kepalaku didongakkan ke sebelah untuk memandang Dheo.

Gaya dia relaks sungguh. Macam keluar berjalan-jalan. Macam tak mahu ambil pusing langsung.

"Mestilah dah."

"Wah, awak dah tengok semua lukisan kat sini? Cepatnya!" pujiku kagum. Kalau Dheo dah ada lukisan pilihannya, pasti dia dah tengok semua.

"Ini bukan kali pertama saya ke sini. Jadi saya dah tahu lukisan mana yang saya harus pilih," jawabnya mudah.

"Awak dah pernah datang sini?" Aku bertanyanya.

"Yup. Tugasan tahun lepas pun sama." Penuh kebosanan mukanya sewaktu bercerita.

Terus aku ingat balik apa yang pernah diceritakan Shahril dulu. Ini bukan kali pertama Dheo masuk ke kelas ini. Subjek ini dia pernah gagal.

"Tahun lepas? Awak pernah ambil kelas ni ke?" soalku lagi.

Dheo angguk.

"Then, why are you here again?"

"I failed," jawabnya bersahaja.

Aku hanya memandangnya. Kemudian senyum.

"It's okay. Second chance exists. When something happened, there must be silver linings. Mungkin kali ini awak akan berjaya." Aku bagi kata-kata semangat kepadanya.

Terbias sesuatu pada anak mata hitamnya itu. Bagaikan tak percaya dengan kata-kataku. Kenapa? Aku ada tersalah cakap ke? Atau dia rasa kata-kataku itu hanya manis di bibir sahaja? Tapi, aku memang ikhlas.

"Awak pula macam mana?" Dheo tanya aku.

"Saya macam mana apa?" Aku tak mengerti maksudnya.

"Dah jumpa lukisan?"

Aku geleng. Buat masa sekarang tiada lagi yang berkenan di hatiku.

Ketika itu kaki kami berhenti di hadapan lukisan terkenal dari Vincent Van Gogh. Sunflowers. Lukisan serba kuning itu menarik minatku. Hanya bertemakan bunga matahari, tapi kenapa aku tertarik? Mungkin sebab acuan warnanya. Sebab itu agaknya lukisan ini terkenal. Lagipun, lukisan ini lebih elok berbanding ratusan lukisan yang aku dah lihat tadi.

"Suka lukisan ni?" Orang sebelahku berbunyi. Mungkin perasan mataku tertancap hampir seminit pada lukisan itu.

Tanpa ragu aku angguk.

"Awak rasa lukisan ni dah ada orang pilih?" soalku sambil memandang Dheo. Dia juga sedang menilik lukisan itu. Wajahnya ditolehkan ke arahku selepas soalan itu keluar dari bibirku.

Tiba-tiba aku jadi ragu. Entah kenapa rasa akan ada orang yang berminat untuk memilih lukisan ini. Dan dah menjadi syarat Mrs. Hartson semua pelajar tak dibenarkan untuk memilih lukisan yang sama. Sebab itu kalau boleh semua orang perlu mencari lebih sebagai back up andai kata ada yang sama nanti.

"Don't worry. Just put it into your list," kata Dheo.

Sekali lagi aku tenung lukisan itu. Tiba-tiba rasa tak yakin. Aku nak pilih lukisan itu, tapi pada masa yang sama aku dapat rasakan impianku itu tak kesampaian. Tapi aku tetap ikut apa yang dikatakan Dheo itu. Masukkan lukisan itu dalam senaraiku.

"Awak akan dapat lukisan tu, Tesoro. Jangan risau," tambah Dheo lagi bila nampak wajah sugulku.

Aku hanya senyum sebelum angguk. Tapi aku tahu dari pandangannya, dia tak percayakan aku. Namun, tak pula dia bertanya lebih.

"Tesoro? Apa maksudnya?" tanyaku kepada Dheo. Dah lama aku nak tahu, baru sekarang berpeluang untuk bertanyanya. Kali pertama aku menyebut perkataan Itali itu, agak pelik pada lidahku.

Aku melihat hujung bibir Dheo naik sedikit.

"Cari sendiri."

Aku ketap bibir. Entah kenapa dah dapat kuagak jawapannya itu. Kemudian mataku dikecilkan untuk jeling dia.

"Awak carut saya, kan?" tuduhku.

"Carut?" Blur mukanya ketika bertanya.

Ikutkan hati, nak je bidas balik pakai dia punya 'Cari sendiri.' Tapi sebab aku nak tahu, aku tetap menjawabnya.

"Curse. Were you cursing me?" ulangku dalam bahasa Inggeris.

Ketawa Dheo terhambur kuat. Sampai berpaling beberapa orang yang berada di situ. Ada tu siap jeling tanda tak suka sebab Dheo dah bising. Tapi, ada Dheo kesah?

"Of course no, bella."

"Bella pula. Entah-entah nama bekas kekasih awak yang awak panggil saya, kan?" tuduhku lagi.

Kali ini Dheo sengih pula. Tahan gelak. Entah apa yang menggeletek usus dia, aku pun tak tahu. Kepala digelengkan beberapa kali.

"Bella tu maksudnya, cantik. Beautiful. Sebab awak cantik. Simple." Kali ini dia jawab pula.

Namun, jawapannya buatkan aku rasa malu. Tak menduga jawapan direct Dheo itu walaupun aku tak tahu dia sememangnya jujur atau hanya menjual ayat mat remeonya.

"Yalah tu. Entah-entah ada maksud lain!" Bukan main aku pesimis.

Dheo hanya angkat kedua-dua bahunya. Maksudnya, lantak kaulah! Senyuman masih bersisa di bibirnya.

Hal 'bella' itu dilupakan bila kami melangkah masuk ke dalam satu bilik pameran yang agak ekslusif.

Da Vinci Exhibition. Bilik itu dikhaskan untuk mempamerkan hasil seni pelukis terkenal Leonardo da Vinci. Karya teragungnya dah tentulah potret Mona Lisa. Tapi setahu aku, potret asli ditempatkan di Louvre Museum, Paris. Dan di galeri ini pula, lukisan yang tak kurang terkenal pula adalah Virgin of The Rocks walaupun lukisan pertamanya juga tersimpan di Louvre Museum.

Sekeliling ruang itu dipandang. Boleh dikatakan, kesemua lukisan dari pelukis itu ada. Termasuklah Mona Lisa yang asli. Virgin of The Rocks pun ada dua, maksudnya satu lukisan lagi dibawa khusus dari Lourve Museum. Dan baru aku faham kenapa bilik ni sampai ada pengawal yang berkawad.

Sama macam tadi, lukisan-lukisan Da Vinci banyak berunsurkan ketuhanan. Sekali lagi aku rasa seolah-olah sedang berjalan di dalam gereja.

Namun, ada juga beberapa potret wanita selain Mona Lisa yang aku tak pernah tahu sebelum ini. Gaya mereka agak klasik. Mungkin datang dari zaman Renaissance seperti Leonardo da Vinci.

"People believe the ladies were his mistresses," bisik Dheo perlahan bila melihat arah mataku. Seperti aku, Dheo juga sedang menilai lukisan-lukisan di situ.

"Oh, ya?" Aku baru tahu. Mistress nama lainnya adalah perempuan simpanan. Kalau perempuan simpanan maksudnya seperti melakukan sesuatu yang dilarang. Ataupun hubungan cinta yang disorokkan angkara terhalang.

"Mistress? Pada masa yang sama ke?" Aku soal dia macam dia tahu semuanya.

Dheo hanya jongket bahu. Tak tahu. Atau mungkin tak pasti.

"Kenapalah lelaki susah nak setia?" Aku mengeluh.

Kemudian jeling orang sebelah. Mungkin dia ada jawapannya.

"Commitment sucks. Enjoy your life while it lasts. Terutama sekali bila masih muda." Mudah jawapannya.

Mengapa aku tak terkejut dengan jawapannya itu?

"Komitmen itu datang bersama tanggungjawab. And people who run away from responsibilities are coward," komenku.

Mata Dheo sekali lagi terbias sesuatu lepas aku cakap macam tu.

"Tak juga. Kadang-kadang tanggungjawab itu terlalu berat. Lari itu tak semestinya kerana takut. Tapi mungkin kerana sedang belajar untuk menerimanya." Dia berfalsafah denganku.

Amboi, perkataan carut tadi dia tak tahu tapi bila berfalsafah taknak kalah!

"I know that we cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today. Especially when the reponsiblity is shoved to your face and accepting it is the only choice you have. But, with great power, comes great responsibility. You must be ready enough to carry it because thousands' lifes are at stakes," hujahnya lagi.

Terkelu lidah bila dia petah berdebat. Aku pun tak pasti sama ada kami sedang berbicara tentang komitmen yang sama atau bukan. Pada masa yang sama, aku faham akan maksud Dheo itu. Lelaki itu memang ada betulnya. Mungkin komitmen dia terlalu berat.

"Okay.. you win, Mr. Billionnaire!" Aku angkat bendera putih. Tak guna panjangkan lagi isu ini kalau apa yang dikatakannya itu memang betul.

Dheo diam. Ketika itu, kami pun dah selesai melihat kesemua karya da Vinci itu. Kami keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik sebelah.

"Saya setia." Tiba-tiba orang sebelah berbunyi.

Automatik sebelah kening terangkat ketika memandangnya. Sangat tiba-tiba.

"Awak tanya soalan tu tadi. Kenapa lelaki susah nak setia? Well.. saya seorang yang setia."

Oh, baru aku faham!

Tapi, dia setia? Nak gelak, takut kena lempang. Sebab rasa macam tak percaya. Dia yang aku pernah tengok ber-vertical CPR, pernah tengok dia miang macam tertelan ulat bulu dengan perempuan, dikatakan seorang yang setia?

"Loyalty is not something to claim but to prove," balasku akhirnya. Mungkin aku juga tak boleh menghukum. Aku tak kenal dia yang sebenarnya. Siapa tahu hakikatnya dia lebih setia daripada semua lelaki yang claim diri mereka setia, kan? Lagipun, manusia boleh berubah.

"Saya tahu awak tak percaya, bella. But wait till I found the one. My loyalty is as rare as astantine. Only my queen deserves it," balasnya lagi bersama senyum nakal. Kemudian dikenyitkan sebelah matanya ke arahku.

Entah kenapa, hati perempuanku rasa cair. Bukan sebab kena kenyit mata, tapi gara-gara ungkapannya itu yang bagaikan satu janji. Logik akal yang waras pasti rasa dia berbohong. Tapi entah kenapa hati dapat mengesan keikhlasannya. Malah, siap percaya lagi. Dan apa yang terlintas dalam diriku adalah, untungnya bakal surinya itu!

Dan aku rasa... jealous? Bukan sebab aku ada perasaan padanya, tapi.. entahlah!

"Jadi, awak nak cakap kekasih awak yang sekarang bukan the one dan awak tak setia dengan dia?" soalku.

"Saya ada kekasih?" Soalan itu hampir buatkan aku ternganga.

Mungkin sedar akan ketelanjuran kata-katanya, dia menambah lagi.

"Oh, kami dah putus! Tak serasi. Nanti saya cari yang baru." Dia sengih. Mudahnya dia ganti kekasih dia. Macam tukar boxer. Rasa nak tepuk dahi sendiri.

Dheo jeling jam mahalnya yang berada di pergelangan tangan kiri.

"It's time, Tesoro. Kita kena balik ke staircase hall." Dheo mengingatkan aku. Padahal aku rasa dia sengaja nak tukar topik. Kena pula masanya!

Aku turut pandang jam di tanganku. Dheo betul. Dah hampir pukul satu setengah petang.

"Awak dah jumpa semua lukisan yang awak nak?" Dheo bertanya ketika kami sama-sama melangkah ke destinasi yang ditetapkan itu.

Aku hanya angguk. Banyak juga lukisan yang aku suka. Yang boleh dijadikan isi untuk pembentangan nanti. Dan aku haraplah tiada yang sama dengan semua orang. Semua orang pasti berebut sebab siapa cepat, dia dapat.

"Apa top three awak?" tanya Dheo lagi.

Aku tak menjawab. Hanya menyerahkan kertas A4 putih yang dilipat dua itu kepadanya. Ada coretan tanganku padanya. Senarai semua lukisan yang menjadi pilihanku itu. Aku nampak mata Dheo laju membacanya.

1.      Vincent Van Gogh – Sunflowers

2.      George Stubbs- Whistlejacket

3.      Jean-Baptiste Geuze- A Kid With An Apple

Tiada komen dari Dheo.

"Awak rasa ada tak yang sama nanti?" soalku dengan suara kurang yakin.

Aku yakin mesti ada. Kalau aku tertarik, pasti orang lain akan tertarik juga. Tapi aku tetap mahu mendengar jawapan Dheo. Mungkin untuk sedapkan hati sendiri. Mungkin juga untuk buatkan aku yakin walaupun rasa macam mustahil.

Dheo menoleh sekilas ke arahku. Aku tak tahu apa yang dilihat dari mataku itu, tapi Dheo terus orak satu senyuman. Lembut. Seolah-olah cuba menenangkanku.

"Don't worry, they are all yours, bella. Trust me."

Ya ke? Mungkin aku hanya perlu berdoa.

   ------

Ketika kami tiba di staircase hall, kelihatan beberapa orang sudah sedia berkumpul. Semua sedang membuat hal masing-masing. Sibuk berborak sesama mereka. Mungkin sedang berbincang tentang tugasan Mrs. Hartson itu.

Namun, itu tak menghalang mereka daripada menoleh ke arah aku dan Dheo yang sedang jalan bersama. Tetap berminat untuk melihat kami, atau lebih tepat lagi jejaka kacak di sebelahku itu. Dan pasti tertanya-tanya kenapa Dheo ada bersama perempuan macam aku?

Beberapa minit setelah itu, semua pelajar dah berkumpul. Mrs. Hartson pun turut tiba. Semua pelajar terus diam untuk menghormati Mrs. Hartson yang mula berucap itu. Dia mahu kami tentukan tajuk di sini juga untuk kemudahan pada masa akan datang.

"Who's going first?" soal Mrs. Hartson. Kami semua dipandangnya.

Dan bagaikan kanak-kanak tadika, laju semua mengangkat tangan. Dan semua berpusu-pusu untuk menunjukkan senarai masing-masing. Semua pasti berebut gara-gara tak mahu sama dengan lukisan orang lain. Siapa cepat, dia dapat!

"Sunflowers, Whistlejacket and A Kid With An Apple are mine!" Sedang semua sibuk untuk bersaing dan menyerbu ke arah Mrs. Hartson, aku mendengar ada suara menjerit. Atau lebih tepat lagi, dari orang sebelahku.

Sunyi.

Dia yang jerit, aku pula yang membeku. Jangankan aku, orang lain pun turut pegun. Diam semuanya, lantas berpaling ke belakang memandangkan kami masih berdiri sedikit belakang. Lelaki itu hanya tayang muka tak bersalah.

"What? I'm staking claims on those paintings. Mrs. Hartson asked who goes first. She didn't tell us how so I was just voicing my choices out. Technically, I didn't do anything wrong, did I Mrs. Hartson?" Lantang dan penuh keyakinan suaranya. Seolah-olah sedang mencabar.

Semua orang hanya tenung dia lama-lama sebelum perlahan-lahan kembali pusing ke arah Mrs. Hartson. Menunggu jawapan. Dan aku melihat ada juga yang perlahan-lahan ambil pen dah potong sesuatu di atas kertas mereka itu.

Diam.

"Indeed, Mr. Han." Suara Mrs. Hartson serius. Tapi aku dapat melihat bibirnya juga bagaikan sedang menahan senyuman walaupun tak sampai sesaat. Mungkin lucu dengan cara luar alam yang difikirkan oleh Dheo itu. Licik tapi tak salah! Dan dengan suara lantang Dheo itu, aku pasti tiada siapa yang berani membantah.

"But after this, I wish to make things easier. Kindly hand me your choices on a piece of paper. Thank you," jelas Mrs. Hartson lagi.

Kemudian Mrs. Hartson kembali tumpukan perhatian pada semua pelajar yang sedang mengerumuninya itu.

Aku pandang sebelah. Dheo dah bersedia menyambut anak mataku. Kelihatan bibirnya tersungging senyum senget sebelum sekali lagi dia kenyit mata ke arahku.

Tanpa sedar, aku juga turut tersenyum. Nampaknya, aku kena berterima kasih kepada orang sebelah.

Let's just say.. all three paintings are mine!


==

Hello. Dalam chapter lepas, saya terbaca satu komen yang menegur saya tentang sensitiviti agama Kristian specifically, on Dheo's sardonic comment "They just think they're better. Typical Christian.". Terpanggil buat explanation ni sebab ni adalah isu agama walaupun diriku ini juga masih jahil agama.

First of all, thank you for your comments. I appreciate it and I apologize if it does offense you or any Christian. But, in my perspective of view, I know what I'm doing and writing. Worry not, as a muslim, I respect all religions. Never my intention is to raise discrimination and spread hatred. My religion has stated in Quran, "untukmu agama kamu, bagiku agama aku." It requires all muslims to respect others regardless of what religion they are embracing (I know as holy as every religion, they taught their believers the same thing, right?).

As you said, not all Christians are like that but the kind of mindset exists. Saya tahu banyak agama lain yang pesimis tentang Islam. Jews especially and they even hate Christian too. Dan saya minta maaf sebab saya pilih Kristian. Kenapa? Sebab saya guna negara France. Kenapa? Sebab France adalah negara yang punya Islamophibia, closest to United Kingdom and it is a catholic country.

Islamophobia is a worldwide issue. They think Islam is terrorist. Especially after the tragedy of 11/9/2001. They are clueless about Islam, close minded about Islam, making them think all muslims are terrorists. But of course there are more people who are open-minded and thinking muslims are not as bad as some people claimed. I cannot deny that many non-muslims are respectful towards Islam and sometimes even better than muslims themselves (sad but true). Kenapa mereka macam ni? Sebab mereka ada pengetahuan, mereka kenal orang Islam yang baik-baik dan mereka observe. Orang yang Islamophobia ni biasanya takde kenal orang Islam pun lepas tu cop jahat.

You cannot deny religion discrimination in France. The official religion in France is catholic. Some people might not know but in 2004, they signed the 'French headscarf ban' law (affected most of muslims because muslim population is 4-5%, greater than other minorities). The law discriminated not only Islam but Jews, Sikh, etc. Of course ada je rakyat dia yang tak setuju. Then, it  is also the first country that banned wearing burqa (macam purdah), officially in 2011 (storyline cerita ni 2011-2013, maksudnya tengah hot issue lagi). Dan sadly, banyak lagi negara selain France pun macam tu juga.

Secondly, the comment came from Dheo, an atheist and not Rose, a muslim. And if you read Dheo's, you will know that he was actually a Catholic but chose to become atheist. Technically, he despised his religion and all religions as well, including Islam (you're going to find it thoughout the book. How Rose nak cekik dia sebab dah hina agama Islam). Jadi, kalau Dheo komen macam tu memang tak pelik sebenarnya (Dheo kut. Nak expect apa? He's rude). And remember, there will be a scene taking place in Paris (Dah tahukan scene apa nanti). Nanti kat situ, depa akan jumpa la orang France yang baik-baik.

If the situation is reversed, some is talking bad about Islam, I will disagree but partially agree since it's a truth that I cannot deny. It's a bitter truth that I have to accept because I know the minority (that would taint the holy religion) exists. For example, infamous ISIS. ISIS ni pengganas tapi bawa identiti Islam. Untuk orang bukan Islam, ISIS adalah Islam dan Islam itu jahat. Tapi, bagi Islam sendiri, ISIS itu dah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar dan bukan lagi Islam. Hakikatnya, agama Islam itu sendiri pada bencikan keganasan.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu pun, Islam tak pernah mulakan perang melainkan untuk mempertahankan agama. Dan walaupun perang, ada adab-adab yang dah ditetapkan. Contohnya, jangan rosakkan rumah ibadat orang, jangan bunuh kanak-kanak, perempuan, orang tua dan orang kurang upaya, jangan rosakkan alam semula jadi dan etc.

Macam Kristian, Kristian tu sendiri ada banyak denominations. Roman Katolik, Protestants, Eastern Orthodox etc. Dan begitulah Islam. Nabi SAW sendiri pun pernah cakap dalam Islam, akan ada pecahan 73 golongan, 72 ke neraka dan hanya satu yang ke syurga (Ahli Sunnah Wal Jamaah). That's the truest Islam. My point is, memang mana-mana agama pun, pasti ada penganut yang baik, dan sebaliknya.

If you're offended by that comment, I don't know what you might be saying after reading the whole book. After all, Dheo nanti akan masuk Islam. Of course akan ada pasal perihal agama (sikit). It's just perspektif dari agama Islam, yang mungkin akan berlainan dengan fahaman Kristian atau agama lain. It's what we muslims believe right (certainly some is gonna against your religion). You might feel offended by its explanation. You're not gonna like this book.

For that, I apologize in advance. And sorry juga kalau ada info-info yang salah. Thank you.


12/3/2020

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

355 56 9
{ KARYA ZERO } Assalamulaikum wbt my dear i Will tell you all aboutthis Wattpad mengisahkan tentang benci tetiba eh fall in love haha bila dah nama n...
1.2K 251 25
He came and he never go away #1 in parkminyoung
21.7K 1.1K 12
Empat orang polis undercover dihantar untuk menumpaskan geng mafia yang jahat dan berkomplot dengan geng mafia yang baik. Bagaimanakah mereke akan me...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...