3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈

By Flower_03

236K 19.4K 6.7K

Book III AryaNaufal Jr. series. ×××××××××××××××××××××××××××××××××× " I want your glasses." belakang bibir dig... More

P R O L O G
×Chapter 1×
×Chapter 2×
×Chapter 3×
×Chapter 4×
×Chapter 5 ×
×Chapter 6 ×
×Chapter 7×
×Chapter 8×
×Chapter 9×
×Chapter 11×
×Chapter 12×
×Chapter 13×
×Chapter 14×
×Chapter 15×
×Chapter 16×
×Chapter 17×
×Chapter 18×
×Chapter 19×
×Chapter 20×
×Chapter 21×
×Chapter 22×
×Chapter 23×
×Chapter 24×
×Chapter 25×
×Chapter 26×
×Chapter 27×
×Chapter 28×
×Chapter 29×
× Chapter 30 ×

×Chapter 10×

7.9K 587 80
By Flower_03

3 W O R D S , 8 L E T T E R S


×××

devil in me

×××




RIAK wajah aku yang terkejut pada mulanya terus berubah. Senyum kejahatan beraja di ulas bibir.

Even the devil confuse with me.

Aku memandang dia yang terperangkap di dalam.

Riak wajah Aryan berubah melihat aku yang tersenyum sinis.

"Helena." Perlahan dia menyeru nama aku.

Aku tertawa kecil. Opps bukan kecil tapi,

Jahat.

Aryan menjegilkan matanya.

Buku lima naik leher. Ibu jari dibuka. Dilarikan tangan ke leher gaya 'You gonna die here!' Sebelah kening aku terangkat.

Rasakan! Kau seronok buli aku kan sebelum ni?! Kau malukan aku depan orang kan?! Sekarang biar kau pulak kena buli dengan aku!

Tanpa rasa gentar tangan kanan aku angkat. Melambai gaya seorang diva padanya. Melempar rasa sakit hati tepat ke wajahnya.

"HELENA!" Pintu kaca diketuk bertalu-talu.

You give me shit, I give you bullshits!

Berdesup aku meninggalkannya yang terperangkap di dalam bilik guru. Laju kaki menuruni anak tangga PHEP. Aku melompat ditangga yang terakhir.

Elizabeth kelihatan sedang berpeluk tubuh dihadapan pintu automatik. Dia berdiri bersama seorang pengawal keselamatan. Sakan bersembang. Serius sungguh gayanya seperti memikirkan masalah negara.

Kehadiran aku di lobi dapat dirasai Elizabeth yang sudah pun menoleh. Tangan kanannya diangkat. Begitu juga keningnya.

"How?" Soalnya.

"Settle." Aku tersenyum. Dalam senyuman itu tersimpan kejahatan yang Elizabeth tidak tahu.

"Why are you so late?"

"Tak jumpa cari meja." Jawabku dengan anak mata menatap ke arah Pakcik pengawal yang sedari tadi memandang aku.

Pakcik itu tersenyum. Senyumannya dibalas ikhlas. Name tag Pakcik itu aku baca. Amin. Tidak lama kemudian kedua-dua belah keningnya terangkat. Dia berkerut.

Aku mengangkat kening juga. Dah kenapa? Aku menyentuh pipi. Terkejut tengok bintik-bintik merah di wajah bak bulan aku agaknya.

"Eh kamu bukan budak yang dalam cctv yang Aryan cari..." ayatnya terhenti. Cuba mengecam dan mengingat. Teragak-agak Pakcik Amin takut tersalah orang.

Mata aku membulat.

God damn it!

"Cctv?" Elizabeth memandang aku.

"Pakcik salah orang kut," aku tertawa menutup kegugupan.

"Tapi Pakcik rasa..."

Ketika itu juga jam tangan Baby-G aku berbunyi. 10.30 malam. Rasa bersyukur tak terhingga itu terdetik di hati. Waktu kecemasan beginilah jam ini sangat berguna! Can't describe how much I love you my Baby-G!

"Dah lambat! Nanti pagar hostel tutup!" Aku terjerit kecil. Mendatangkan suasana cemas. Walaupun hakikatnya pagar hostel tutup pada pukul 11.00 malam.

Elizabeth mengangguk. Juga menjadi kelam kabut.

"Jomlah. We need to go now. Bye bye, Uncle Amin." Elizabeth mengangguk dan melambai pada Pakcik Amin.

"Hati-hati." Pakcik Amin mesra membalas. Masih lagi memandang aku.

"Okay." Jawab kami serentak.

Meliar mata aku di luar kawasan bangunan PHEP. Berjaga-jaga sekiranya masih ada MPP berdua itu. Tidak sampai 10 tapak kami berjalan. Dari jauh kami dapat melihat kelibat mereka berdua itu yang datangnya dari South Atrium. Bersembang sambil menaiki anak tangga. Aduh! Lengan aku mencuit siku Elizabeth. Gadis disebelah aku itu menoleh segera.

"Liz..." belum sempat aku menyambung kata, laju sahaja lengannya sudah naik ke bahuku. Aku menyimpan tawa. Kakinya dibuat tempang sebelah.

Finally, I found my partner in crime!

Aku menoleh semula memandang Pakcik Amin. Pakcik Amin ketika itu sudah membawa langkahnya pergi dari bangunan PHEP. Aku memandang cermin kaca di tingkat 1 bangunan itu. Tirai yang menutupi cermin kaca itu menyebabkan penglihatan aku terbatas untuk melihat isi dalamnya.

Rasa bersalah?

Sikit.

Takut?

Sikit.

Seronok?

Sangat!

Kau yakin nak biarkan dia terkurung dalam sana Helena?

Rasa yakin aku sehingga tak sabar untuk hari esok.

"Are you okay, El? Your smile never fades since we step out from PHEP. Is there any interesting things you wanna share with me?" Bisik Elizabeth. Matanya memandang manusia berdua itu yang berjalan ke mari. Masih jauh tetapi langkah mereka tidak lama lagi akan sampai ke tempat kami berdiri.

"I'll tell you later." Bisikku.

"Aku rasa mereka berdua itu sedar kita dekat sini," ujar Elizabeth sedikit pelat. A muslim girl, anak Malay-Chinese yang diberi nama Elizabeth Aurora. Tuannya jamilah seperti namanya.

"I know. We need to hurry."

Kami berdiri di tengah-tengah simpang tiga.

"Which one? That hell way or our way?" Soal Elizabeth. Dia menoleh ke kiri. Laluan Junior dipandang. Gelap kaki lima itu.

Aku memanang jalan lurus dihadapan kami.

"Hell," kataku sepatah. Memandangkan MPP itu tahu Elizabeth yang kononnya tidak berapa nak sihat ini kami menggunakan Laluan Senior.

Dalam 15 langkah lagi kami akan bertembung dengan mereka di bangunan utama.

Langkah diteruskan.

"The reason behind my wicked smile is..." sengaja aku tidak mahu menyambung. Mahu melihat reaksi Elizabeth.

"What?"

"Jangan terkejut."

"Apa?"

"I."

Elizabeth menanti.

"Locked."

"You locked what?"

"Who," aku membetulkannya.

"Okay. Who?"

"Someone." Aku memberhentikan langkah kami.

Aku memuncung ke arah bangunan PHEP di belakang.

"In staffroom."

Mata Elizabeth tuntas padaku. Terkejut.

"Who?" Bergetar suara Elizabeth. Seram ataupun takut. Mungkin ternampak tanduk iblis di kepala aku yang semakin menumbuh tinggi.

Mata aku beralih pada manusia berdua yang semakin hampir dengan kami.

Tangan aku dipinggangnya menepuk lembut tepi rusuk kirinya."Your leg," dah rupa manusia normal Elizabeth ini.

Dia mencacatkan semula langkahnya.

Kami sudah masuk ke dalam bangunan utama sekolah yang menempatkan Carta Organisasi sekolah.

"That damn arrogant prick," wajah manusia kacak itu yang terpampang besar di board aku tunjuk dengan lirikan mata.

"Oh gosh!" Hampir tersembul keluar mata sepet Elizabeth memandang aku.

"El!" Terjerit kecil Elizabeth.

"Shush." Aku dapat merasai kehadiran dua makhluk Allah di belakang kami. Mulut kami terkunci.

"Wait. Aryan?" Itu suara Syafiq.

"Tadi dia kata dia pergi PHEP."

Jemari kanan Elizabeth dibahuku mencuit kecil. Aku tersenyum sinis.

"Dah balik Hommes rasanya."

"Maybe."

Mereka berdua diam selepas itu. Kami berjalan tanpa bunyi. Bohong sekiranya aku kata jantung berdetak dalam keadaan normal. Rasanya hampir tercabut jantung dari tangkainya.

Kami berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Senyap. Langkah berat diatur mendaki kawasan yang berbukit untuk tiba di asrama.

Tanpa bunyi tiba-tiba sahaja ada manusia ketiga disisi Elizabeth.

Naeel. Tersenyum lelaki itu pada Elizabeth. Aku menjelingnya dengan hujung mata.

"Don't forget to put an ointment on your knee." Pesan lelaki itu pada Elizabeth.

Elizabeth mengangguk. "Okay," malu-malu. Yang seorang ini pun.

Syafiq menarik bahu Naeel.

"Kau jangan nak menggatal," pesan Syafiq.

Naeel buat muka pada sahabatnya. "Mana ada."

"Both of you Gold?" Naeel berbasa-basi. Lebih kepada Elizabeth.

Elizabeth mengangguk.

"Best friend?"

"Yup."

Elizabeth tukang jawab.

"Ohh, I see."

"Abang kelas mana?" Walaupun sudah tahu sengaja Elizabeth menyoal.

Tersenyum lebar si Naeel apabila Elizabeth ber'Abang' dengannya.

"ASilver 1. And yang sebelah ni SGold 2."

"Naeel! Hommes dekat sini." Panggil Syafiq yang sudah berdiri di pintu gerbang asrama lelaki.

Naeel tersedar dia ditinggalkan.

"Every weekend I go home, bye dear Assalamualaikum," sempat lagi si Naeel itu berpantun serta mengenyitkan matanya pada Elizabeth.

"Every day I set an alarm, bye waalaikumussalam." Melambai kecil.

Terjegil mata aku pada Elizabeth. Ya Allah kawan aku!

Kami berempat akhirnya terpisah haluan. Kami ke kanan dan mereka ke kiri. Mereka berdua ke Hommes Villa dan kami ke Dame Villa. Dewan Makan kami terletak di antara asrama lelaki dan asrama perempuan.

"Sila ke DM." Seorang MPP tingkatan 4 yang menjaga laluan masuk asrama menghalang.

"Ada roll-call." Sambungnya lagi.

Hampir-hampir kami terlupa.

"Jomlah."

Kami melangkah ke laluan kaki lima yang menghubungkan asrama dan DM. Pagar yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini selalunya akan ditutup pada pukul 11.30 malam. Waktu supper tamat.

Kami menapak ke dalam DM yang sebesar padang bola itu.

"Wow!" Membentuk huruf O mulut Elizabeth.

Melingas mata kami mencari meja yang paling dekat dengan tempat mengambil makanan. Terlalu ramai pelajar. Lelaki dan perempuan duduk bercampur. Malam ini ada roll call. Seminggu dua kali. Isnin dan Rabu malam. Hari ini Rabu.

Nampak sahaja ada meja dan dua kerusi kosong aku tidak menunggu lama. Lengan Elizabeth ditarik aku ke meja itu.

"El tadi aku nampak budak tu bawak pinggan. Guess what? Bihun Goreng Singapore!" Seronok sangat Elizabeth. Apa yang dihajatinya seperti didengari. Tak sempat lagi aku melekapkan punggung ke kerusi, dia sudah ke tempat mengambil makanan. Meninggalkan aku sendirian di meja panjang segi empat tepat yang boleh memuatkan 8 orang ini. Nak tak nak aku perlu menjaga meja. Nanti ada pulak yang bawak geng duduk sini kalau aku tak duduk.

Hampir 4 minit menunggu Elizabeth tiba bersama pinggannya dan gelas kaca berisi air putih.

"Go."

Aku berdiri. Giliran aku pula untuk mengambil makanan.

"Dia itulah yang aku kata tu." Aku terdengar bisikan halus ketika berjalan ke rak buffet.

Manusia manalah yang ditujukan itu. Aku menggeleng kepala. Membawang tak sudah.

"Look at her eyes. Blue and a bit greyish."

Aku yang baru memegang pinggan terkaku. Adakah mereka memaksudkan aku? Itu warna iris mata aku. Yakin mereka maksudkan aku.

"Cantiknya."

Aku cuba menahan senyum. Alahai. Janganlah puji depan-depan nanti aku riak.

"Those pimples do not overshadow her beauty at all."

Awh! Maceh! Yang penting sekali Alhamdulillah. Nak berterima kasih kepada siapa kalau bukan yang Maha Pencipta kan?

Senduk besi aku ambil. Sesenduk bihun goreng aku masukkan ke dalam pinggan. Garfu dan sudu diambil.

"Mana Aryan? Dah nak pukul 11. Nanti budak-budak bising."

Tepat anak mata aku menatap Kak Tiara yang berdiri di tepi tong air. Dia meneguk air oren dengan matanya tertancap pada rakannya.

Err!

Liur aku teguk. Kembar lelaki itu. Menyedari kehadiran aku disitu, berlari kornea matanya ke wajah aku.

"Helena." Abang Ierfan tersenyum pada aku.

Aku mengangguk. Sekadar menegur secara hormat. Iris mata Kak Tiara berlari ke wajah aku pula. Senyuman turut diberikan kepadaku. Aku membalas dengan... Awkward!

Gelas kosong ditangan menanti untuk diisi.

"Oh sorry." Kak Tiara meminta maaf kerana tidak sengaja menghalang aku untuk mengambil air. Penuh sahaja air di dalam gelas, aku berpusing tubuh.

"El," seru Abang Ierfan menghentikan langkah aku.

Entah mengapa jantung aku boleh berdetak selaju larian Usian Bolt tika ini. Tubuh dibalikkan semula. Renungan lelaki itu lembut padaku. Berbeza sungguh dengan renungan kembarnya yang seorang itu.

"Ya?" Helena stay cool.

"Nampak Abang Ry?"

"Siapa?" Aku boleh bertanya walaupun pada hakikatnya aku tahu. Kenal sangat!

"Captain." Kak Tiara bersuara bagi pihak Abang Ierfan.

Dengan wajah bak bidadari yang tidak berdosa aku menggeleng tenang. "Tak nampak pula." Penipuan yang halus.

"Why? Is he okay?" Damn! I can hold the Oscar's trophy by now!

"Nothing. Pergilah makan." Suruh Abang Ierfan.

Sejurus aku berpusing semula, mata aku naikkan ke atas. Kalaulah Abang Ierfan tahu aku penyebab keghaiban kembarnya, apa agaknya yang akan terjadi pada aku?

Tidak boleh beri jawapan sekarang kerana 'kalau' itu masih belum terjadi. Atau mungkin tidak akan terjadi? Siapa tahu. Masa depan tidak boleh diramal. Aku bukan Tuhan. Kau juga bukan.

Aku meletakkan pinggan di atas meja. Elizabeth menarik lengan baju aku merapatinya. Hampir terjatuh aku yang baru melabuhkan duduk disisinya.

"Sabar Liz. What is it?"

"Tadi ada MPP lalu sebelah meja kita. You know what? They're all looking for that guy. I'm scared lah, El." Elizabeth memandang sekeliling.

"Relax. Usually the villain in the movie is the hardest to die. Muncullah dia tu sekejap lagi. Tak sekejap lagi, esok," selamba jawapan aku.

"You balas dendam ke ni?"

"Sort of."

"But he's your cousin." Berkerut dahi licin itu.

"Facts; we're not. It's just that our parents are BFF till Jannah," tidak mahu menipu. Setelah membaca doa makan segarfu bihun masuk ke dalam mulut.

Elizabeth mengangguk. "I see." Jeda gadis dihadapan mata aku ini. "Weird."

"Apa yang weird?"

"You dengan adik-beradik dia yang lain I tengok okay je. Tetapi dengan dia macam ada yang tak kena." Kami berusaha tidak mahu menyebut nama lelaki itu.

"Apa yang tak kena?"

"Masa tadika dulu you dengan dia selalu gaduh ke?"

"Another facts; we never fight."

"Then? Macam mana boleh tergaduh?" Pening Elizabeth.

Elizabeth punya 'tergaduh' itu membuahkan tawa dibibir aku.

"He started first. I follow je," mencebik.

"Malay terms; you buku, dia ruas."

"Nonesense."

"Another facts from Malay terms; buku dan ruas selalunya soulmate."

Terhenti rahang aku dari mengunyah.

"You talk gibberish."

"I'm just stating the facts."

"We're still kids, Liz. 13 years old girls talk about unpredictable future. It's the biggest bullscutter I've ever heard."

Elizabeth hanya mengangkat bahu. Sinis hujung bibirnya. "Unpredictable future sounds great, Brash Girl."

"Stop it, Liz."

Elizabeth tertawa seraya menggeleng kepalanya.

11.15 malam. Batang hidung lelaki yang dikagumi warga Meissa Highschool itu masih belum menampakkan bayang.

"Dah boleh kut batalkan roll call." Terdengar suara halus yang mula berbisik keletihan.

"I'm sleepy." Suara lain pula menyambut.

"Me too."

"Attention!" Suara lantang seseorang menarik perhatian kami semua. Kesemua mata tertumpu pada si pemilik suara tersebut.

Bersama aura seorang pemimpin yang tegas Kak Tiara berjalan ke laluan tengah Dewan Makan. Aku dan yang lain seakan terpukau melihatnya. Mana tidaknya pelajar top 5 sekolah, cantik, captain The Bellatrix, debaters sekolah, kaya dan yang paling penting salah seorang ahli Regulus.

"Roll call for tonight is cancel. We're so sorry. We'll made it tomorrow night. You guys are dismisses. Good night."

Dan dengan itu, segerombolan manusia berpusu-pusu menapak keluar dari Antlia Réfectoire.

Tidak mahu berebut keluar aku dan Elizabeth masih ditempat kami. Bangkit dari duduk. Kami ke tempat meletak pinggan dan cawan lalu aku ke singki. Elizabeth mahu mengisi botol airnya di Cuckoo yang terletaknya dihadapan Dewan Makan.

Pili air dibuka.

"Helena!"

Statik.

Kaki bagaikan di gam.

Liur pasir diteguk.

Wajah diangkat. Biasan cermin memperlihatkan lelaki itu semakin mendekat. Peluh mengalir di tepi dahi lelaki itu. Merah wajahnya seperti udang bakar.

Mata-mata yang masih di dalam dewan makan tertumpu pada lelaki itu.

Mata aku membulat besar.

CRAP!

SHIT!



×××

Get ready Helena!

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
59.8K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...