Kelas DSB

Von farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Mehr

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA

117 23 21
Von farid5attar

"Tahniah semua! Cikgu tahu kamu semua dah dapat surat tawaran awal ke pusat pengajian baru, kan?" ucap Cikgu Wan.

Masing-masing teruja dengan berita baik itu. Memang benar mereka semua mendapat surat tawaran ke pusat pengajian selepas SPM walaupun awal dikeluarkan. Cikgu Wan dengan bergerak laju meletakkan beberapa kepingan gambar di atas meja.

"Untuk itu, cikgu akan buat diari kelas ni dengan gambar yang cikgu pernah tangkap ni," kata Cikgu Wan.

Mereka yang lain terkejut. "Apa?"

"Hehe... Selama setahun ni, cikgu banyak tangkap gambar kamu semua dengan gaya selfie," kata Cikgu Wan lagi.

"Selama ni... dia stalk kita semua?" kata Zulhilmi, terkejut.

Serta-merta, mereka semua merampas gambar-gambar di atas meja depan itu kecuali Khairil Ihsan dan Alif Najmi. Gambar-gambar yang memalukan seperti, gambar Siti Zulaikha mencuba pakaian baru di pasaraya, gambar Raviendra bersin ke atas roti canai di kedai makan, gambar Hanif lari telanjang di pekan dan sebagainya, terus dikoyak menjadi cebisan. Cikgu Wan hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang reaksi. Dia mengeluarkan kamera Hanif yang pernah dirampasnya sebelum ini.

"Baiklah. Apa kata kita semua ambil gambar bersama di laman belakang?" pelawa Cikgu Wan.

Maka, mereka semua bersetuju lalu bergerak ke laman belakang kelas. Cikgu Wan muncul dengan kostum yang diambilnya entah dari mana. Dia tolong anak muridnya memakai pakaian dengan kelajuan cahaya.

"Baiklah! Senyum!" kata Cikgu Wan bertindak menangkap gambar mereka semua.

Sedang asyik menangkap gambar dengan pelajar lain, Danial Nabil muncul.

"Selama setahun cikgu dekat sini, cikgu sudah boleh percayakan kamu semua walaupun cikgu bertindak keras suatu masa nanti," kata Danial Nabil dengan senyuman kecil.

Iskandar membalas senyuman. "Terima kasih."

"Err... " Niratcha muncul dengan kurang waras.

"Cikgu Neraka dari tadi macam tu," kata Immanuel kehairanan.

"Mungkin minum ketum tiga gelas rasanya," kata Hanif, bersangka buruk.

"Mula-mula, ucapan. Lepas tu... lima kali sehari. Then... puasa. Kemudian... zakat. Akhirnya... honeymoon ke Mekah~" kata Niratcha mabuk cinta.

Mereka yang melihat karenah Niratcha hanya kekok.

"Dengar cerita Cikgu Neraka dah peluk Islam beberapa hari lalu," kata Hasbi.

"Tapi perangai tak ubah langsung," kata Amira.

"Cikgu Neraka kekal macam neraka," kata Fauzi mendatar.

Cikgu Wan tiba-tiba menarik Danial Nabil dan Niratcha ke suatu kawasan lapang. Dia sempat menukarkan pakaian mereka.

"Baiklah. Senyum!" kata Cikgu Wan mengacu kamera ke arah pasangan 'pengantin' lantas menangkap gambar.

"Apakah?" Danial Nabil terasa geram dengan situasi sekarang.

"Alaa... abang Danny ni. Tak sabar tau malam pertama kita♡." Niratcha dilanda mabuk cinta.

"Minah ni..."

"Okey, kita akan tangkap gambar di seluruh negara!" kata Cikgu Wan sejurus memasukkan semua pelajarnya ke dalam bas.

"Apa semua ni?"

"Cikgu nak bawa ke mana?"

Cikgu Wan yang duduk kusyen pemandu bas, meregangkan tangannya ke dua batang tiang, macam lastik. "Baiklah, semua! Up up... and away!!!"

Segera, bas dilayang ke udara. Habis semua menjerit dengan aksi guru mereka itu..

***

Malamnya, Cikgu Wan masih di bilik guru, sedang asyik menyunting diari kelasnya.

"Kau tak ke mana-mana lepas ni?" soal Danial Nabil inginkan kepastian.

"Taklah. Saya duduk sini sampai semuanya selesai, termasuk novel romance-thriller antara dua guru sadistik ini," balas Cikgu Wan beserta usikan.

"Apa? Dah la. Aku balik dulu." Danial Nabil terus bergerak ke pintu bilik guru.

Namun, langkahnya terhenti, menghairankan harimau itu.

"Kalau boleh, letak tajuk Darah atas Pasir," pinta Danial Nabil enggan memandang harimau itu.

"Hmm... menarik," balas Cikgu Wan tertarik.

Danial Nabil bergerak keluar dari bilik guru lalu berjalan ke laman kelas. Sebaik sudah jauh dari kelas, dia menghubungi Kementerian Pertahanan.

"Laporan?" soal seorang anggota Kementerian Pertahanan Awam.

"Dia dalam bangunan dan takkan ke mana-mana lagi," lapor Danial Nabil tanpa berpatah balik lagi.

"Berita terima."

Hanya dengan satu butang dari Pusat Kementerian Pertahanan, satelit di angkasa lepas terus melancarkan sinaran besar ke kelas kayu itu.

Segalanya bagaikan tiada apa yang berlaku. Dron yang melayang di udara, mengawasi bangunan tersebut. Tiada jejak tapak kaki yang keluar dari bangunan tersebut. Apa yang mereka temui ialah sebuah tangkap yang pecah. Barangkali Cikgu Wan sempat keluar menerusi tingkap sebelum tembakan itu mengena bangunan itu.

"Tak mungkin! Dia boleh terlepas!" kata anggota Kementerian Pertahanan itu.

"Kita guna plan B," arah Ketua Kementerian Pertahanan.

Serangan dibuat lagi. Kali ini, enam laser dilancarkan mengelilingi kelas itu, menjadikan sebuah kurungan besar mengepung kawasan tersebut. Para anggota Kementerian Pertahanan bergerak ke kawasan kejadian bagi menutup pintu keluar masuk ke lokasi itu.

Dari jauh, pelajar DSB melihat semisfera yang besar di atas bukit, di kelas mereka.

"Iskandar!" seru Farah Yasmine menghampiri rakannya itu.

"Korang berdua!" ujar Zulhilmi pula berlari ke arah mereka.

Mereka yang lain turut muncul.

"Apa dah jadi ni?" soal Amira kebingungan.

Zulfadlie mendekati anggota Pertahanan Awam yang berkawal di pintu masuk. "Hoi! Apasal korang tutup jalan ke kelas kami ni, hah?"

"Tolong berundur! Sini sudah jadi sempadan serangan," arah salah seorang anggota di situ.

"Sempadan serangan?"

Wartawan di situ ternampak mereka semua di situ.

"Eh, kamu semua ni tebusan makhluk aneh tu, kan!?" soal salah seorang wartawan menghampiri mereka.

"Boleh ceritakan bagaimana kamu rasa menjadi tebusan makhluk itu?" tanya wartawan lain.

"Boleh bercakap untuk lima minit." Muncul pula wartawan lain.

Kelas DSB menjadi tumpuan para wartawan.

"Berhenti! Di sini, sudah diarahkan tiada media massa yang boleh buat rakaman di sini," arah Danial Nabil munculkan diri.

Wartawan di situ enggan berundur, malah mula bertemu bual dengan lelaki dingin itu.

"Boleh terangkan apa yang terjadi sekarang ni?"

"Bagaimana keadaan ini boleh hapuskan makhluk itu?"

"Apakah rancangan seterusnya buat masa sekarang?"

Danial Nabil mengeluh kecil. "Buat masa sekarang, tiada apa-apa yang berlaku lagi dan mereka (kelas DSB) bukan tebusan makhluk itu."

***

Kelas DSB dibawa masuk ke dalam khemah simpanan senjata. Mereka berbincang dengan Danial Nabil.

"Apa semua ni, Cikgu Danial?" soal Ilman Faiz.

"Sudah sampai masa mereka nak buat serangan terakhir dan sudah sampai masa tempoh setahun nak habis. Jadi, mereka akan selesaikan benda dengan kadar segera sebelum tengah malam 8 Mac ni nanti," terang Danial Nabil, serius.

"Tapi dalam kontrak tu dah sebut suruh kami sahaja bunuh Cikgu Wan," kata Puteri Atikah.

"Betul tu! Semua ni kami kena uruskan tau!" kata Immanuel, geram.

"Habis tu, takkan cikgu nak segala benda kami dah buat setahun ni jadi sia-sia?" kata Hasbi pula.

"Cikgu, cikgu kena percayakan kami. Kalau Cikgu Wan tahu, dia mesti..." celah Iskandar.

Danial Nabil serta-merta serang Iskandar, jatuhkannya ke lantai. Mereka yang lain terdiam kerana terkejut.

"Sekarang, bukan masa nak berlembut lagi." Danial Nabil mengangkat Iskandar sambil memegang kolar baju remaja itu. "Sudah sampai cikgu terpaksa bertindak keras."

Iskandar hilang kata. Danial Nabil melepaskan Iskandar lalu berjalan keluar dari khemah.

"Arahkan sebuah lori untuk ke sini. Kita hantar mereka balik," arah Danial Nabil.

"Baik," balas anggota tentera di situ.

Sementara Danial Nabil di luar khemah, pelajar DSB berbincang untuk gerakan seterusnya.

"Haih... tak ada guna lagi," kata Zafina Shahirah mengeluh.

"Dasar tak guna betul!" geram Zulfadlie.

"Tunggu!" Iskandar teringatkan sesuatu.

Mereka memandang ketua kelas mereka itu.

"Ingat tak apa yang Cikgu Danial sebut sebelum ni?"

"...cikgu sudah boleh percayakan kamu semua walaupun cikgu bertindak keras suatu masa nanti."

"Cikgu Danial masih percayakan kita sekarang. Kita masih ada peluang untuk jumpa Cikgu Wan," kata Iskandar, sungguh.

***

"Hit you with that ddu-ddu-du! Oh yeah! Oh yeah!" Masih sempat Cikgu Wan menyanyi sambil mengemas kelasnya.

"Hmm... lagu yang sesuai untuk opening OST (Official Soundtrack) buku ni," monologmya lagi.

"Kalau ending OST pula nak letak lagu apa eh?"

Meja dilap dengan pantasnya.

"Hah! Lagu Mata Kimi Ni Aeru Hi okey juga untuk ending ni."

Cikgu Wan mengeluh kecil lalu memandang keluar kelas.

"Cikgu berharap sangat kita dapat jumpa kamu semua."

***

Para pelajar DSB melihat kurungan itu sambil berharap dapat bertemu dengan Cikgu Wan lagi. Mereka mula berbincang dalam aplikasi khas yang dicipta oleh Ruby.

Ilman: Macam mana perasaan korang?

Wahida: Saya nak jumpa Cikgu Wan

Emy: Benda ni takkan berakhir macam ni!

Shira (Fatin Shahirah): Kita redah je sebab ni la masanya

Zulaikha: Kalau ikutkan apa yang Cikgu Danial cakap, laser tu akan serang tengah malam 8 Mac. Kita ada masa lagi

Ilman: Kita fikirkan pasal tu

Fauzi: Mana kumpulan kita?

Sarah: Dan perempuh jalan?

Adil: Kami nak keluarlah ni

Hanif: Aku pun!!

Cheng: Saya pun

Erfan: Saya!

Sharanya: OK. Laki kena periksa keadaan bukit

Silvaprea: Yang perempuan pula uruskan bahagian pekan

Maka, mereka setuju dengan langkah pertama mereka.

Khairil: Aku nak ubahsuai dron aku

Syamil: Lepas tu, datang sini

Zul (Zulfadlie): Geng Zul Assemble!

Khairil: Kau tak perlu datanglah, Zul~

Zul: ARGHH!!! Diamlah! Sekali aku cakap datang, aku datanglah!

Najwa: Aku tak nak datang

Zul: SEMUA AHLI ASSEMBLEEEEE!!!!

Khairil: Ravi, bawa capati sekali

Raviendra: K

Raviendra: HOIII!!!

Maka, ahli kumpulan Zulfadlie berkumpul di satu tempat.

Atikah: Aku rasa nak kena bersenam

Immanuel: Kan?

Atikah: Boleh tak jangan sibuk?

Immanuel: Yela...

Ilman: Cukup sekadar yang mampu sahaja

Puteri Atikah dan Immanuel bersenam di taman untuk persiapan.

Zafina: Berita dah makin teruk ni

Mira (Amira): Padahal Cikgu Wan bukanlah jahat manapun...

Ruby: Data analysis complete. Saya sudah congak ideal jalan masuk. Boleh tengok fail sata.

Cheng: Tq

Ruby: Wc

Ilman: Okey, semua. Tengok peta tu dan masuk ikut jalan yang ditetapkan

Musang: Ilman

Ilman Faiz terkejut sebaik Alif Najmi menyerunya dalam mesej berkumpulan itu.

Musang: Sebaik kita masuk ke dalam hutan tu...

Musang: ...biar aku handle dari sini

Musang: Please...

Ilman: Okey, semua bergantung pada kau

Maka, para pelajar DSB pun sedia untuk kelas. Mereka bergerak pantas dari bumbung ke bumbung, menuju ke kelas mereka.

Sementara itu, Cikgu Wan baru selesai siapkan diari kelas mereka semua.

"Huhu... Akhirnya, siap juga. Segala kenangan ni cikgu takkan lupakan lagi," kata Cikgu Wan terharu dengan diri sendiri.

Tempoh pembunuhan Cikgu Wan hanya berbaki...

.
.
.

...tiga jam lagi.

#vote

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

85.2K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
19.3K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
23.9K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...