Kelas DSB

由 farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... 更多

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA

110 29 7
由 farid5attar

Bulan Oktober menggantikan bulan September. Satu kelas mengadakan sesi kaunseling kerjaya. Iskandar tidak tahu hala tujunya.

"Kamu semua buat apa tu?" celah Niratcha muncul di depan kelas.

Mereka memandang hadapan lalu melihat Niratcha berpenampilan baharu.

"Macam mana? Okey, tak? Cikgu beli baju ni pun dekat pasar malam," kata Niratcha mengusap baju kemeja-T berlengan panjang tetapi sedikit ketat.

"Sesuai sangat! Cuma, ketat," puji Hasbi, kagum.

"Tudung labuh tu beli dekat mana?" soal Amira mengangkat tangan.

Niratcha memandang gadis di baris hadapan itu. "Pasal malam juga. Dekat bahagian jual bundle tu."

"Wah, cantik!" Amira bersinar matanya.

Niratcha mengusap lengannya, terasa malu sedikit. "Terima kasih."

Sebelum ni, pakai baju nampak dada memang seksi. Tapi, bila dia tutup semuanya, makin nampak seksi, desis hati Hanif dengan menutup hidungnya yang berdarah.

Iskandar yang kagum melihat penampilan Niratcha, kembali memandang kertas kerjayanya. Dia terkejut dengan isinya yang bercirikan perempuan. Dia memandang Zafina Shahira di sebelahnya.

"Apa kau buat ni?" kata Iskandar, tergamam.

"Tolong kau isi borang kerjaya tu," jawab Zafina Shahira, selamba.

"Apakah?"

"Apa-apalah. Aku nak pergi jumpa Cikgu Wan." Zafina Shahira bangun lalu berjalan keluar dari kelas.

* * *

Alif Najmi duduk menghadap gurunya.

"Jadi, kamu nak jadi penulis ya," kata Cikgu Wan tersenyum.

"Ya. Bak kata pepatah, mata pena lebih tajam dari mata pisau," kata Alif Najmi tersengih.

"Betul." Cikgu Wan mengangguk.

***

"Wah! Mahu ke PhD ke? Cikgu terharu," kata Cikgu Wan mengesat air matanya.

"Ya. Saya nak sambung ke Universiti Oxford," kata Zafina Shahira berimpian besar.

"Cikgu doakan kamu berjaya nanti."

"Terima kasih."

Sementara itu, Iskandar memadam semula borang kerjaya. Dia cuba memikirkan tentang impiannya.

"Kau tak tulis apa-apa lagi?" kata Alif Najmi berdiri di sebelah lelaki itu sambil minum air kotak.

"Aku tak tahu nak jadi apa," kata Iskandar, serabut.

Farah Yasmine yang turut menemani Iskandar, terpandang sesuatu pada baju Niratcha.

"Ada stiker harga dekat baju Cikgu Neraka. Patutkah kita bagitau dia?" kata Farah Yasmine.

Iskandar berdiri. "Tak apa. Aku bagitau dia."

Ketua kelas itu berjalan menghampiri Niratcha. Kepalanya terasa berdenyut, seperti aura halus menyelebunginya. Dengan tenang, Iskandar menanggalkan stiker harga dari belakang baju Niratcha. Tiada sesiapa pun perasan tindakan Iskandar itu, termasuk Niratcha sendiri. Iskandar berjalan keluar dari kelas begitu sahaja. Alif Najmi dan Farah Yasmine yang memerhati tadi terpegun, hilang kata.

Iskandar memasuki bilik guru lalu menemui Cikgu Wan.

"Cikgu Wan," panggil Iskandar menundukkan kepalanya.

Cikgu Wan memandang anak muridnya. "Ya, Iskandar."

Iskandar mengangkat kedua-dua tangannya lalu melihatnya. Stiker harga masih digenggamnya.

"Saya rasa macam nak jadi pembunuh," luah Iskandar.

Cikgu Wan mengalihkan badannya menghadap Iskandar.

"Betul ke apa saya pilih ni?" kata Iskandar lagi.

Bahu Iskandar dipegang Cikgu Wan.

"Sebenarnya, tak salah kamu jadi pembunuh. Cuma, persoalannya, apa motif kamu untuk jadi pembunuh?" kata Cikgu Wan.

Sebuah persoalan yang menjadi tanda tanya buat Iskandar hingga tidak sedar dia sudah pulang ke rumah.

"Is dah balik? Duduk dulu. Ibu nak cakap sikit ni," kata ibu Iskandar, lembut tuturnya.

Iskandar melabuhkan punggungnya di sofa, duduk menghadap ibunya. "Ada apa, ibu?"

"Ujian Percubaan waktu bulan lepas nampak merundum. Jadi, ibu nak kamu tukar kelas."

Iskandar bangun.

"Ibu, Is tak nak tukar kelas. Is dah selesa dengan kelas tu. Lagipun, semua orang baik-baik dekat situ," desak Iskandar.

Tiba-tiba, Iskandar hilang kata sebaik merasai aura menggerunkan dari ibunya. Alamak!

"Apa kamu cakap? Tak nak tukar kelas? Sejak bila kamu jadi degil ni? Siapa ajar? Ibu tak ajar kamu pun macam ni! Apa masalah kamu sampai tak nak tukar kelas?" marah ibu Iskandar sehingga menarik rambut anak tunggalnya.

Beberapa saat kemudian, kemarahan semakin reda. Kepala Iskandar dihempas ke meja. Nafas cuba diatur si ibu itu. Dia menarik Iskandar ke bilik, terus ke almari pakaian. Pintu almari dibuka.

"Ibu nak sangat anak perempuan tau, sebab anak perempuan banyak dengar cakap. Jadi, ikut cakap ibu ya," kata ibu Iskandar dengan suara manjanya.

Rambutnya yang diikat, terus diburaikan. Iskandar hanya muram dengan keadaan ibunya. Ibunya berdiri di belakangnya lalu meletakkan gaun labuh di depannya. Iskandar memandang cermin di hadapannya. Jelas seperti anak perempuan.

* * *

Iskandar menghubungi Cikgu Wan pada malam itu.

"Cikgu Wan, ibu nak saya tukar kelas. Esok, dia nak jumpa guru kelas. Tak apa ke?" kata Iskandar, resah.

"Tak apa. Cikgu akan tolong kamu," balas Cikgu Wan.

"Terima kasih."

* * *

Keesokannya, satu kelas berbual rancak semasa guru tidak memasuki kelas.

"Betul ke ibu kau nak datang?" tanya Zulhilmi.

"Yela. Dia nak aku tukar kelas," jawab Iskandar, muram.

Keluhan berat dilepaskan Immanuel.

"Susahlah kalau macam ni," kata Immanuel.

"Murid-murid sekalian, macam mana dengan cikgu?" kata Cikgu Wan berdiri di depan kelas.

Para pelajar melihat guru kelas mereka. Masing-masing berwajah pucat. Cikgu Wan kini berpenampilan seperti Danial Nabil. Rambutnya yang palsu disikat kemas seperti Danial Nabil. Tangannya yang bebulu ditutup dengan baju tuksedo, seperti yang Danial Nabil sering pakai. Wajahnya yang garang bak harimau diselindung dengan topeng berwajahkan Danial Nabil. Semua orang hilang kata.

"Cikgu nampak segak," puji Amira dengan sporting.

"Terima kasih," ucap Cikgu Wan.

Tepat pada masanya, ibu Iskandar kelihatan berjalan ke kelas.

"Ibu kau dah datang," kata Alif Najmi.

Akhirnya, sesi perbincangan diadakan di bilik guru.

"Jadi, macam ni, cikgu. Saya nak cikgu pindah Is ke kelas lain sebab dia nampak tak sesuai dengan kelas buruk ni," kata ibu Iskandar.

Iskandar memandang ibunya kerana kata keji itu. "Ibu!"

Mata ibu Iskandar direnung tajam ke anak mata Iskandar. "Jangan nak melawan."

Mulut Iskandar terkunci, tidak mampu bersuara. Cikgu Wan memerhati gelagat dua beranak itu. Ibu Iskandar menanggalkan getah rambut anaknya lalu membelai rambut Iskandar.

"Sebenarnya, saya nak sangat tengok anak 'perempuan' saya berjaya nanti. Jadi, tak apa kan pindahkan dia ke kelas lain," kata ibu Iskandar.

"Hmm... Maafkan saya, puan. Sebenarnya,..." Cikgu Wan mula bersuara.

Rambut palsu yang dipakai, terus ditarik hingga terserlah kepala yang botak. Sungguh bersinar bilik tersebut dek pantulan cahaya matahari ke kepala botak Cikgu Wan. Dua beranak itu terkejut sakan.

"Saya tak dapat pindahkan Iskandar ke kelas lain sebab dia perlu bersama kami. Lagipun, dia ketua kelas di sini sekarang dan dia jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Maka, saya tak dapat pindahkan dia ke kelas lain," kata Cikgu Wan lagi.

Mendengar penjelasan itu, ibu Iskandar terus menjadi berang.

"Apa maksud kau yang dia tak dapat pindahkan Is ke kelas lain?" tengking ibu Iskandar.

Rakan sekelas yang mengintai dari luar, terkejut sakan.

"Dah! Saya nak balik!" Ibu Iskandar berjalan keluar dari bilik guru itu dengan rasa kecewa.

Iskandar ditinggalkan di dalam bilik guru dengan Cikgu Wan. Dia memandang gurunya.

"Tak apa ke ni?" Iskandar kelihatan resah.

Cikgu Wan memandang anak muridnya. Dia kembali berpenampilan seperti biasa lalu mengikat rambut Iskandar. "Tak apa. Kamu bawa berbincang elok-elok dengan ibu kamu tu. Walau apa yang terjadi, dia tetap ibu kau."

"Ya, baiklah."

* * *

Ketika makan malam, Iskandar menikmati hidangan kegemarannya, Rendang Tok.

"Ibu sebenarnya tak dapat kawal diri ibu tadi. Jadi, ibu minta maaf ya," kata ibu Iskandar tersengih.

Sedang asyik menjamah selera, Iskandar pengsan. Dalam kegelapan, dia mendengar bisikan seperti suara ibunya.

"Ibu akan pastikan Is jauh dari kelas itu."

Iskandar mencelikkan matanya lalu merasai rumput di tangannya. Dia bangun lalu melihat ibunya berdiri menghadap kelas bersama pemetik api.

"Ibu nak buat apa?" kata Iskandar terkejut.

Ibu Iskandar memandang anaknya. "Oh, dah bangun. Ibu nak Is bakar kelas kamu ni."

"Apa? Is takkan..."

"Jangan lawan cakap ibu?" celah ibu Iskandar, tegas.

Iskandar terdiam.

"Apa kecoh-kecoh dekat sini?" ujar satu suara.

Dua beranak itu memandang suara tersebut lalu melihat seorang lelaki misteri muncul. Lelaki tersebut memegang tali panjang, seperti koboi.

"Siapa kau, hah?" tempik ibu Iskandar.

Seutas tali melibas pemetik api sehingga terlepas dari tangan ibu Iskandar. Ibu Iskandar mula cemas.

"Kena bagitau polis ni!" Ibu Iskandar semakin panik.

Sekali lagi seutas tali melibas tangan si ibu itu, membuatkan wanita itu semakin ketakutan. Iskandar menganalisis situasi. Nadi ibunya semakin tinggi menjelaskan dia sudah panik. Lelaki misteri itu pula bersenjatakan tali sahaja. Iskandar melangkah mendekati lelaki itu.

"Kau nak apa, budak?" kata lelaki misteri itu.

"Nak belajar dari kau," balas Iskandar bernada serius.

Pakk!!! Satu tepukan kuat muncul di hadapan muka lelaki itu.

Lelaki misteri itu rebah. Iskandar berasa takjub melihat kebolehannya menumpaskan seseorang. Dia kembali memandang ibunya. Jelas dilihat ibunya pengsan. Segera, dia mendekati wanita itu.

"Ibu!" seru Iskandar.

Cikgu Wan muncul tiba-tiba dengan penampilan lelaki misteri tadi. Dia yang berlakon rupanya.

"Macam mana dengan dia?" soal Iskandar, risau.

"Sarafnya turun mendadak membuatkan dia pengsan. Dia akan okey nanti," terang Cikgu Wan.

Akhirnya, ibu Iskandar dibawa pulang dengan kereta. Cikgu Wan memandu kereta milik ibu Iskandar.

"Jadi, kamu kena ingat apa yang cikgu cakapkan. Walau apa terjadi, dia tetap ibu kamu sebab syurga terletak di bawah kaki ibu," pesan Cikgu Wan.

"Baik, Cikgu Wan," balas Iskandar.

Kereta yang dipandu terhenti di hadapan lampu merah. Sunyi sahaja persekitarannya.

"Apa punya lama sangat lampu merah ni? Bukannya ada kereta banyak sangat pun tengah malam ni!" marah Cikgu Wan menunggu lampu bertukar hijau.

Kelemahan Cikgu Wan #30

Marah ketika memandu

* * *

Pagi esoknya, ibu Iskandar duduk menghadap meja makan.

"Mulai hari ni, Is masak sarapan untuk ibu ya. Boleh, kan?" kata Iskandar tersengih.

"Ikut suka kamulah. Kalau kamu nak bodek ibu supaya Is dapat duduk dekat kelas tu, ibu benarkan," balas ibu Iskandar dengan wajah dingin.

"Betul?" Iskandar terpegun. "Terima kasih!"

"Dah la. Cepat masak. Nanti, lambat pula nak ke sekolah."

"Okey."

#vote

继续阅读

You'll Also Like

74.8K 9.7K 59
"I wonder why did they bleed. Why it's feels so alone. Then I wonder how I survive it. Why am I survived? There's another story, written in blood...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
433K 27.5K 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmo...
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.