Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

Bởi nradlnaa_syh

28.1K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... Xem Thêm

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 24

334 22 17
Bởi nradlnaa_syh



                           Tok, tok, tok... Pintu pejabat Dyna diketuk dahulu sebelum Fahrin melangkah masuk ke dalam.

" Dyna..." Tegur Fahrin dengan nada yang lembut.

" Ya? "

" Kita ada meeting sekarang, jum laa" kata Fahrin.

" Aikk? Kenapa?" Soal Dyna.

" Errr taktau.. aku pun baru tahu sebab Kyle bagitau tadi.. jum laa" Ujar Fahrin. Dyna mengangguk sebelum dia bangun lalu mengikuti langkah Fahrin untuk ke bilik mensyuarat.

" Meeting pasal apa ni? " Soal Dyna kepada Rezza sebaik sahaja dia tiba di sana.

" Pasal esok, kan kita nak pergi sana.. so Tuan Suhaimi nak cakap something sikit" terang Rezza.

" Ooo" kata Dyna sambil menganggukkan kepalanya.

" Err semua dah ada? " Soal Darwish kepada semua orang yang berada disana.

" Dah.." kata Sarah.

" Okey.." Darwish terus duduk di kerusinya.

Tuan Suhaimi bangun lalu berdiri di hadapan mereka semua untuk memulakan mensyuarat mereka.

" Assalamualaikum dan Salam sejahtera" katanya.

" Waalaikumsalam dan Salam sejahtera juga Tuan." Kata mereka serentak.

" Kamu tahu kan esok kamu semua akan pergi jalankan misi?" Soal Tuan Suhaimi.

" Tahu Tuan" kata mereka.

" Jadi saya nak ucapkan semoga berjaya untuk kamu semua. Ini pertama kali saya mengarah kamu jadi, saya berharap kamu semua dapat jayakan misi ini. Good luck semua dan semoga berjaya. Lepas habis misi ini, saya mungkin takkan mengarah kamu lagi.." Ujar Tuan Suhaimi.

Mereka menghantar senyuman kepada Tuan Suhaimi. Lalu, Tuan Suhaimi pun duduk di kerusinya kembali.

" Terima kasih Tuan, " kata Darwish yang bangun selepas Tuan Suhaimi duduk.

" Untuk pengetahuan semua, esok Zackry akan berada disana. Aku, Ayie danAlya dah siasat benda tu" kata Darwish.

" Kenapa kau tak pergi dengan dia?" Soal Kyle kepada Sarah dalam keadaan berbisik.

" Err aku tak berapa sihat waktu tu.." jawab Sarah juga dalam keadaan berbisik.

" Jadi, esok kita akan masuk dalam tu dan tangkap Zackry. Pastikan dia keluar hidup-hidup supaya kita boleh soal siasat dia di mana port dia buat dadah yang lain." Kata Darwish.

" Baik " kata mereka serentak.





                    Selesai bermensyuarat, Rezza terus menghampiri Alice. Manakala orang lain pergi untuk sambung melakukan kerja mereka masing-masing.

Alice dan team SPAJR Eagle yang lain masih berada di pejabat SPAJR mereka untuk bersama-sama membantu dalam persediaan dan penyiasatan.

" Err kau Alice kan? " Soal Rezza.

" Ya? Kenapa? "

" Aku nak tanya something boleh ke?" Soal Rezza, lembut.

" Boleh.." kata Alice.

Lalu mereka duduk di bangku di luar bilik mensyuarat untuk berborak kosong.

" Aku nak tanya sikit, tapi aku harap kau tak marah la" kata Rezza, kekok.

" Yaa tanya aje laa" kata Alice, lembut.

" Err kau ex girlfriend Fahrin eh? " Soal Rezza, selamba.

" Hah? Penting ke untuk aku jawab? " Soal Alice pula. Dia terkejut dengan soalan Rezza yang spontan itu.

" Penting... Sebab bila aku tanya Dyna dengan Fahrin diorang tak jawab. Dyna suruh aku tanya kau waktu tu tapi kau dah blah awal.. aku betul-betul nak tahuu" Ujar Rezza, bersungguh-sungguh.

Busy body.

" Kau jenis yang busy body eh? Suka jaga tepi kain orang? " Soal Alice lagi. Soalan Rezza tadi dibiarkan sahaja tanpa jawapan.

" Haah " jawab Rezza, selamba. Biarlah jika dia digelar busy body sekali pun, sekali dia mahukan jawapan pasti dia berusaha untuk dapatkannya.

" Yaa aku ex girlfriend Fahrin. " Jawab Alice, jujur.

" Kenapa putus? "

" Beza agama " jawab Alice, ringkas.

" Ouuu peritnya..." Kata Rezza dalam keadaan berbisik.

" Dah tu je kan? " Soal Alice. Rezza tidak menjawab, dia hanya menganggukkan kepalanya.

" Aku pergi dulu, nak sambung kerja." Alice terus berlalu pergi meninggalkan Rezza yang tergamam itu. Alice mengekek sedikit.








                        Selepas Alice pergi, Rezza pun terus pergi ke pejabat Dyna. Kelihatan Dyna dan Fahrin sedang bersembang.

" Kau dari mana?" Soal Fahrin selepas melihat Rezza masuk.

" Sembang dengan Alice" jawab Rezza, jujur.

" Err kau jangan kata kau pergi tanya dia pasal tu.." kata Dyna pula.

" Haah aku tanya dia pasal tu... and aku macam too stunned to speak lepas dengan jawapan dia." Kata Rezza.

" Hahaha dia kata apa dekat kau? " Soal Dyna, terhibur dengan jawapan Rezza tadi.

" Dia kata sebab beza agama.. bertabahlah bro.. lain kali cari laa yang sama agama.. baru la kau tak tersakiti" kata Rezza.

" Hahahahaha " Dyna dan Fahrin ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata Rezza. Rezza terus mengerutkan keningnya kerana tidak mengerti mengapa dia diketawa.

" Kau percaya? Hahaha " soal Fahrin. Dia tidak dapat berhenti ketawa. Rezza menganggukkan kepalanya dengan muka polosny. Dyna terus ketawa melihat reaksi Rezza.

" Dia tu Islam lah.. hahahaha" kata Fahrin, jujur.

" Aikkk? Tapi muka dia macam cina-cina sikit" kata Rezza.

" Hahaha.. dia orang Sarawak la.. " kata Dyna.

" Ouhh.. habistu korang putus kenapa? "

" Nak buat macam mana dah tayar hati... Eh tawar hati" kata Fahrin, selamba.

" Aku digula-gulakan ke? " Soal Rezza dengan nada yang sedikit sedih.

" Haah" jawab Dyna, jujur dan selamba.

" Hahahaha jangan jujur sangat Dyna.." Fahrin ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata Dyna.

" Eh biarlah dia nak jujur.. kau ni.." Rezza bersedia untuk menumbuk Fahrin.

" Hehe... Itu laa sapa suruh busy body sangat.." kata Fahrin, selamba. Rezza terus menjeling Fahrin. Manakala Fahrin menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

" Kau nak gaduh ke? " Soal Rezza.

" Nak nak" jawab Fahrin, selamba.

" Eh jangan disini.." kata Dyna. Risau jika pejabatnya musnah akibat pergaduhan antara Fahrin dan Rezza.

Sejujurnya, Dyna mula berasa selesa jika dia berborak dengan Rezza dan Fahrin. Tidak seperti kali pertama dia bertemu Rezza dahulu. Dia mula menunjukkan sifat lembutnya jika bersama Rezza.












                             Dyna pulang kerumah selepas penat bekerja. Dia masuk ke dalam lalu ternampak Rafeeq yang sedang duduk di meja dapur dan sedang melakukan kerjanya.

" Raf..." Tegur Dyna.

" Yaa... baru balik?" Soal Rafeeq dengan nada yang lembut.

" Haah, Raf tahu kan esok Dyna nak pergi jalankan misi.. so plan kita on la kann? " Soal Dyna.

" Yaa.. kita ikut plan.. take care tauu bila jalankan misi tu.. jangan sampai tercedera.. " Rafeeq berpesan kepada Dyna. Dia risau jika ada apa-apa yang terjadi kepada adik kesayangannya itu.

" Baik.. Dyna nak minta tolong sikit boleh?"

" Sure"

" Tolong jagakan opah dengan Mia tau.. bila Dyna takda nanti" kata Dyna.

" Bolehh" jawab Rafeeq. Dia tidak bertanya lebih,dia berfikir mungkin Dyna terlalu sibuk nanti sehingga tidak sempat menjenguk opah dan Mia.

Tanpa mereka sedari, Sam sebenarnya sudah memasang telinganya mendengar perbualan mereka. Sam mengerutkan keningnya, dia pelik. Mengapa Dyna tiba-tiba sahaja meminta tolong begitu.

Lalu Sam terus masuk ke dalam biliknya. Komputer ribanya dibuka, dia memeriksa sesuatu.

Selepas 10 minit, senyuman sinis terukir di wajahnya.

He know.


Dyna masuk kedalam biliknya untuk mandi membersihkan diri. Sebelum itu, dia sempat menelefon Zackry.

" Hello? " Kedengaran suara Zackry disebalik Telefon.

" Plan kita berjalan macam biasa esok. By the way, kau akan berada disana esok?" Soal Dyna.

" Ya.. aku dapat mesej dari someone suruh datang esok kalau nak bunuh kau.. so aku baca aje..lagipun memang aku nak pergi esok" balas Zackry.

" Baik.. take care" kata Dyna.

" Yaa.. take care too and good night" kata Zackry, lembut.

Panggilan dimatikan, Dyna terus masuk ke bilik air untuk mandi dan bersihkan diri.

Malam itu, dia tidak dapat untuk tidur. Dia terlalu gementar dengan misi kalini. Dia tidak pernah berasa sebegitu jika melakukan misi yang lain. Entah mengapa malam itu hatinya berasa tidak senang.








What if....

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

1.7K 118 14
Seorang pemuda berkaca mata hitam keluar dari kereta itu mendapatkan aku. Aku sangkakan dia nak minta maaf kot-kot takut tengok muka aku yang seperti...
259K 3.7K 18
Noah Isaac x Nayla Izzara Noah Isaac adalah seorang jejaka tampan dan kaya. Perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Disebabkan...
10.5K 428 26
*KHAS UNTUK PEMBACA MATANG* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai ma...
1.2M 56.1K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...