ZAR

De tihatti

279K 18.3K 2.4K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... Mai multe

BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 2

8.7K 439 24
De tihatti

Aku mengerling sekilas cermin pandang belakang, rambut yang dibiarkan lepas tidak diikat aku kemaskan, lipsticsk berwarna merah lembut aku oleskan pada bibir, pemerah pipi saja aku touch-up, biar lagi nampak berseri, akhir sekali minyak wangi pilihan hati, Miss Dior Eau De Parfum aku semburkan pada dress merah jambu lembut yang aku pakai, biar banyak semburan asalkan si buah hati sedap mata memandang,

Muahh! Baru lawa

"drrrrrrrrr"

Telefon yang berbunyi menandakan ada panggilan masuk lekas aku jawab

" Hello mama"

Panggilan daripada mama aku jawab dengan hati berbunga, yelah, hendak berjumpa bakal tunang, siapa sahaja tidak gembira bukan?

" Kamu dah jumpa Zaf?"

"Belum lagi ma, ni Adwa baru sampai dekat pangkalan TLDM dia, lagipun tadi sesak, ramai sangat orang nak masuk dalam ni, mama kenapa call Adwa ni, nak kirim apa apa ke? Papa ada dekat rumah tak?'

Terdengar keluhan mama di hujung talian, Aku senyum senget, tahu sangat apa yang mama fikirkan sekarang ini

"Alah papa kamu tu, biasalah pergi healing dengan Engku Aiman, main golf dengan kawan-kawan dia, tinggalkan mama sorang-sorang dekat rumah, Abang kamu tu, selagi tak jumpa jalan balik, mana dia nak jejak rumah ni ha"

Sebal nada mama, bukan main panjang lebar lagi dia membebel,

"Tulah mama, papa kalau kahwin dua, takdelah mama bosan petang-petang, mama boleh ada teman, boleh borak-borak"

Sengaja aku mengusik mama aku,

Mama kalau dia sudah mula merajuk, jangan kan dapur tak berasap, rumah kami sekeluarga boleh jadi sawang lelabah

" Kamu Adwa, kalau teringin sangat nak merasa ada mama tiri, bagi mama Sadaqallahul Azim dulu!'

" Hahahahhahha yelah mama, Adwa gurau je, ni Adwa pergi dulu tau, rasanya Zafran dah sampai, nak kirim apa-apa tak?'

"Takdelah, tak kirim apa-apa, kalau ada nanti mama suruh papa belikan, ouhh kirim salam dekat bakal menantu mama, cakap dekat dia, kalau ada masa, datanglah rumah, bawakkan sekali Engku Melissa"

" Yelah ma, Adwa pergi dulu, Assalamualaikum"

" Waalaikumussalam"

Talian diputuskan, telefon pintar aku letakkan semula dalam tas tangan, sekali lagi mukaku aku belek di cermin pandang belakang, setelah puas, Aku ambil kek yang sudah diletak elok di dalam kotak kecil,

Zafran, Bakal tunangku, kami sudah menjalin hubungan cinta ini semenjak di bangku sekolah tingkatan lima, sudah tujuh tahun berlalu, dan tidak lama lagi, kami akan langsungkan majlis tunang sekaligus akad nikah, terasa berbunga hati ini, iyalah, keluarganya juga sudah merestui hubungan kami,

Dia datang daripada keluarga yang baik-baik, aku dan dia, tidak ubah seperti pinang dibelah dua, sama padan sama cantik,

Aku pegang elok kek itu di tangan kanan aku, sebelah lagi tangan aku tutup pintu kereta,

"Cik kuntum duduk sini elok-elok tau, nanti Adwa datang balik okey, Adwa jumpa Zafran kejap"

"Cik Kuntum" jangan silap sangka, ianya kereta Honda Civic berwarna merah, kereta yang papa belikan untuk Aku sempena majlis ulang tahun yang lepas,

Kaki aku bawa melangkah ke arah destinasi, mata aku liarkan ke arah kiri dan kanan, ramai sangat orang harini,

Aku lihat ada antara mereka sudah berjumpa dengan anak mereka yang mungkin baru pulang dari misi, sana sini anggota beruniform memakai pakain celoreng berwarna biru putih,

Kanak-kanak yang berlari sambil memegang belon juga ada, memeluk insan yang mungkin bapa mereka,

Namun kelibat Zafran langsung tidak Aku lihat, dengan angin yang tidak terlalu kuat dan perlahan, ianya menyebabkan dress pendek merah jambu aku ini juga turut ikut beralun

"Eii mana Zaf ni, kata dah sampai" rungutku perlahan, sudah la pangkalan TLDM ini panas, hampir cair make-up aku!

Namun beberapa detik selepas itu, Zafran menelefon aku semula,

" Hello sayang, Zaf dah sampai ni, sayang dekat mana?"

" Adwa dah sampai tapi tak nampak bayang Zaf pun, Zaf dekat mana sebenarnya?"

Tanyaku sambil mata ini meliar-liar ke arah kiri kanan,

" Zaf ada dekat dengan kapal yang paling besar, tepi belah hujung sebelah kanan, kalau sayang still tak jumpa, call Zaf balik tau, I waiting you at here sayang"

" Alright, Zaf tunggu situ, Adwa datang, plus I bring suprise untuk Zaf jugak"

"Ok sayang, kejap Zaf send gambar untuk Adwa, senang sayang nak cari"

Panggilan diputuskan, Aku segera menapak ke arah yang Zaf katakan, kapal induk hujung sebelah kanan, emm sebelah kanan,

"Ting"

Notifikasi dari Zaf segera aku baca, gambar kapal yang dia berada sekarang, yes dah hampir jumpa,

Dari tempat Aku berdiri Aku sudah lihat kapal yang dia maksudkan

"Alright Adwa dah j.."

Belum sempat aku voicekan suara aku kepada Zafran, terasa badan ini terlanggar seseorang, impaknya kuat sampaikan aku terjatuh di lantai simen ini, dan yang paling tragis, kek yang Aku bawakkan untuk Zafran sudah jatuh tertiarap mengenai dres merah jambu Aku!

Belum sempat otak Aku memproses apa yang berlaku, diri ini sudah diherdik oleh manusia di hadapan Aku ini,

" Hoi! Hang ni buta ka?"

Suara lelaki yang aku tidak sengaja langgar ini terasa bergema di telinga aku, begitu kuat hinggakan ada sesetengah pengunjung melihat kami,

Aku pantas memandang lelaki di hadapan Aku ini,

Tinggi, tegap, rambutnya pendek kemas, dengan kulitnya yang sawo matang, dia memakai unifom hitam, tidak putih biru seperti tentera yang lain, dan...dia mengikat kain hitam menutupi separuh wajahnya,

"Ni aku hat besaq ragam lagunie hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pi blah, nak jalan tapi mata tu kat telephone akai tak dak ka?"

Hemburnya lagi, aku termangu seketika, pirahh? Lagunie? Kepala lutut? Lelaki ini baru sahaja memaki aku?

Panas telinga aku, memang salahku kerana tidak sengaja melanggar dia, tapi apa haknya untuk memaki aku di khalayak ramai, ini sudah lebih!

Adwa Naila bukanya perempuan yang boleh dimaki sesuka hati, mendidih darah Aku dibuatnya, ingin sahaja Aku ambil cebisan kek ini dan lumur di kepalanya!

Pantas aku bangkit dari jatuhku, dress yang sudah terkena kek untuk Zaf sudah tidak aku hiraukan, kecil besar kecil besar sahaja aku melihat lelaki tidak siuman kurang beradap ini,

"Hei encik! Awak tu yang akal takde, sesuka hati nak maki orang dah kenapa?, saya tak sengaja, Saya ulang saya TAK SENGAJA" hembur aku kembali,

"Lagipun bukanya saya bawak bom atom, kek tu bukanya kena awak tapi saya! Sekarang ni siapa yang akai takde?You ruined my perfectly plan today!"

Zar sudah mengerut dahi, sudahlah dirinya penat dengan misi yang sesuka hati diberikan oleh pihak atasan, berjumpa pula dirinya dengan gadis sewel tak cukup kain ini, ingin sahaja dilepaskan segala tekanan kepada gadis di hadapanya ini, betapa malang sungguh terasa hari ini,

"Hang kata Aku apa? Hang ulang balik?"

Setapak lelaki ini menghampiri diriku, Aku memandang matanya tajam, Erghh ingat dilumurkan sahaja kek perisa lantai itu kepadanya,

"Maaf ya cik, kawan saya ni tak seberapa sihat, kami mintak maaf sangat-sangat, semoga urusan cik dipermudahkan yaa, ini ganti rugi kek cik"

Sebelum sempat lelaki kurang akal ini memarah aku kembali, aku lihat adanya lelaki lain berpakain seperti dirinya, meminta maaf kepada aku lalu lekas-lekas dia membawa kawanya menjauh dariku, jelas aku lihat lelaki itu menyiku kepala lelaki kurang ajar itu tadi,

Pandangan Aku teroleh semula pada kek yang sudah selamat tertiarap di lantai, dengan bajuku yang ada kesan comot krim malah juga mukaku, Sedih!

"Ehh sayang, what's wrong? Ini ke kejutan yang sayang cakapkan?"

Aku pusing badanku ke belakang, Zafran menghampiri aku denga kerutan di dahinya, automatik kolam mata aku berfungsi, menitik-nitik membasahi pipi, sebal kerana terjumpa lelaki gila, sebal kerana dirinya semuanya tidak menjadi hari ini,

" ZAF!"

Continuă lectura

O să-ți placă și

901K 36.7K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
Eternal Love De Lavender 💐

Polițiste / Thriller

1.2K 208 30
Kemalangan yang hampir sahaja membuatkan Misha kehilangan nyawa pada waktu itu akan selalu menghantui dirinya Namun apa yang lebih parah lagi apabila...
133K 1.3K 15
TERBITAN DARIPADA FAJAR PAKEER [DISEMBER 2023] Cacat? Lumpuh? Lemah? Luth memandang dirinya di hadapan cermin. Bullshit! This is bullshit! Terasa j...
48.6K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...