Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1

Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

8.3K 386 46
By syza_ra


SAMPAI sahaja Luth tepat jam 10 malam, keadaan rumah sudah gelap. Kebiasaannya Aaira pasti akan menunggunya walaupun dia balik lewat malam, isterinya akan tertidur sambil menunggunya di sofa namun hari ini kelibat isterinya tiada di ruang tamu.

Luth mendaki anak tangga untuk naik ke bilik, sampai sahaja di depan pintu bilik, dia lihat ada sekeping kertas bertulis di tampal pada pintu, kertas tersebut di ambil dan isi kandungannya di baca

'TIDUR LUAR, KALAU TAK NAK TIDUR LUAR. BILIK ANAK ADA DEKAT SEBELAH' itu sahaja yang di tulis. Luth menggaru kepala yang tidak gatal

"aku ada buat salah apa apa ke?" soalnya sendiri.

Matanya memandang pintu bilik, dia tahu Aaira menguncinya dari dalam.

Dia tidak ke mana mana dengan uniform yang masih tersarung dia duduk menyandar di pintu, tak lama kemudian matanya perlahan lahan terlelap.

Pagi itu Aaira membuka pintu bilik, dia terkejut kerana badan Luth yang menyandar di pintu jatuh di hujung jari kakinya

"ya Allah" dia melutut, niatnya ingin mengejutkan Luth namun bila badannnya dekat dengan suaminya. Dia terasa haba panas dari tubuh Luth, pantas tangannya di letakkan pada dahi Luth.

Panas

"abang" tubuh Luth di goncang perlahan, suaminya itu terpisat pisat bangun, bibirnya yang pucat itu tersenyum sebaik sahaja melihat wajah isterinya 

"Aaira, dah pukul berapa?" soal Luth

"7.30 pagi" jawab Aaira dan mata Luth membesar

"Astagfirull...kenapa sayang tak kejut abang" Luth cuba untuk berdiri namun kepalanya terasa berdenyut, hampir sahaja dia jatuh namun Aaira menampung badan itu

"abang demam ni, kita pergi klinik ya tapi kita hantar Ammar ke sekolah dulu" ucap Aaira

"tak nak la pergi klinik, abang nak pergi kerja" Aaira menggeleng

"cuba jangan degil, dengar cakap Aaira" mata Aaira membulat besar

"abang pergi mandi, tukar baju, kita hantar Ammar lepastu kita ke klinik"
Aaira memberi arahan

"tapi sayang kan kerja" Luth batuk

"Aaira ambil cuti hari ni" dah suami tak sihat, dia cuti la

"jangan la macam tu sayang, abang..." Luth tak sempat menghabiskan ayatnya Aaira dah potong

"cuba jangan banyak melawan, Aaira ada benda yang tak puas hati lagi dengan abang tahu tak" geram dengan kedegilan Luth

"kenapa sayang kalau abang ada buat salah sayang bagitahu abang, abang minta maaf" alahaiii cair pula dia dengar, dah la suara suaminya serak serak namun tetap sedap telinganya mendengar

"itu nanti la, Aaira nak pergi siapkan sarapan, abang tolong tengokkan Ammar dekat dalam, sebab tadi dia mandi. Mungkin dah sudah, kalau abang tak larat, abang baring je. Biar Aaira tengok Ammar" namun Luth pantas mengenggam tangan sang isteri

"Aaira pergi la siapkan sarapan, abang boleh tengokkan Ammar" bila dia tengok keyakinan yang terpancar pada wajah Luth, perlahan lahan dia mengangguk dan sebelum ke dapur sempat dia menitipkan pesanan

"tengokkan saja anak bujang abang tu, dia tahu nak buat semua sendiri, abang cuma pantau saja. Jangan lupa tengokkan hero tembam abang tu, takut dia dah terjaga" hero tembam yang di maksudkan itu, Luth Arfan kerana pipinya yang gebu seakan akan pau dam badannya yang montel

"iya sayang" rambut Aaira di usap









SELEPAS menghantar Ammar ke sekolah dan membawa Luth ke klinik. Mereka pulang ke rumah.

Luth Arfan yang sudah lena sejak dalam perjalanan pulang tadi di letakkan di dalam katil bayi.

Mereka tidak menghantar Arfan ke nursery hari ini memandangkan mereka berdua ada di rumah

"abang baring dulu, Aaira nak pergi masak bubur sekejap" namun belum sempat Aaira berlalu Luth menarik tubuh isterinya dan mereka terbaring di atas katil

"sayang teman la abang" manja suara Luth, pinggang isterinya di peluk kejap

"habis kalau dah kita berdua terbaring, siapa yang nak masak" Aaira memusingkan badannya menghadap Luth

"nanti kita order je, hari ni sayang tak payah masak" ewah ewah suami siapa ni, senangnya cakap

"Abang tu nanti nak makan apa, takkan nak makan order juga. Bagi la Aaira masak bubur sekejap" Luth masih belum melepaskan pelukan seolah olah tidak dengar apa yang Aaira katakan

"cuba sayang cerita hal semalam, Arshad kata sayang ada cakap dengan dia yang sayang datang nak jumpa abang semalam tapi tak ada" sudah takkan Arshad cerita pada Luth...

tapi memang tak di nafikan la mesti Arshad cerita punya, mereka berdua kan kawan baik, aduh kau ni pun Aaira nak menipu dengan kawan baik suami kau sendiri

"sebenarnya..." Aaira memainkan jarinya

"lama sangat abang tunggu lepas sebenarnya tu" Luth lihat Aaira tertunduk, tiba tiba sahaja terdengar suara esakan.

Luth apa lagi gelabah la dia

"sayanggg..." dia menekup pipi isterinya dan kepala Aaira mendongak memandangnya

"laaa kenapa ni, abang tak marah pun. Sayang menangis pula" air mata Aaira di seka

"Aaira tak suka" tiba tiba sahaja isterinya berkata sebegitu

"semalam Aaira nampak abang bercakap dengan seorang perempuan masa Aaira datang nak hantar makanan dekat abang. Aaira tak suka abang ketawa dengan perempuan. Aaira cemburu" Luth hampir sahaja tersenyum, kenapa la isterinya comel sangat

"ya Allah sayang, pasal itu je ke sayang marah sampai suruh abang tidur bilik anak" Aaira angguk sambil tersedu sedu menangis. Nasib baik Arfan yang berada di dalam katil bayi masih lena

"sayang dengar sini" Luth mengusap pipi Aaira yang sudah memerah akibat menangis, padahal sekejap sahaja wanita itu menangis

"semalam tu pegawai wanita, dia baru berpindah ke sini. Kami berkenalan macam tu je lepastu dia cerita tentang suami dia, mereka terpaksa pjj sampai suami dia suruh pegawai abang ni berhenti kerja sebab tak nak berpisah lepastu suami dia merajuk bila dia dah mula di tugaskan di sini, dia minta tips macam mana nak pujuk lelaki yang tengah merajuk, itu je sayang" panjang lebar Luth terangkan pada Aaira.

Ini la yang di katakannya soal Aaira yang memang kuat cemburu

"betul ni?"

"iya sayang, abang tak tipu" selepas itu tiba tiba telinga Luth di pulas

"aduh sayang, sakit" adunya, sampai rasa nak tercabut telinganya kerana penangan Aaira

"balasan sebab buat Aaira cemburu" Aaira memeluk tubuh

"sampai hati sayang dah la abang demam lepastu sayang tarik pula telinga abang" dia mengusap telinganya perlahan, wajahnya masam mencuka

"alololo...merajuk pula suami kesayangan Aaira ni. Nah" Aaira mengucup telinga Luth yang di pulas tadi

"sorry abang, isteri abang ni marah sangat sampai tak sedar yang abang tengah demam" Aaira tayang sengih

"Aaira ni kan memang nak kena" Luth menggeletek isterinya dan Aaira terkekeh ketawa, mulut Aaira di tekup Luth

"jangan ketawa kuat sangat sayang nanti anak bangun" Aaira angguk namun dia masih tertawa nasib sahaja tangan Luth masih menekup mulutnya.

Dia menolak Luth yang berada di atas badannya

"segar pula ya abang ni, pagi tadi nak bangun pun tak larat. Dah sekarang jom tidur" Aaira memeluk tubuh tegap suaminya, legan Luth di jadikan alas kepala. Dia menepuk perlahan bahu Luth persis dia mendodoikan Arfan tidur





"WAH...mama engok tu, ayah ada tak?" Ammar teruja melihat kemasukkan unit angkatan tentera darat yang mula memasuki ruang perarakan. Untung saja mereka kerana mendapat tempat di hadapan sekali.

Begitu teruja sekali Ammar kerana ini pertama kali anaknya itu di bawa menyaksikan perarakkan sempena hari kemerdekaan

"ayah mesti la ada dalam barisan tu tapi mana mama nampak sebab ramai sangat orang, lagipun ayah pakai suit lengkap la sayang, tak nampak muka ayah" terang Aaira.

Ini juga pertama kali dalam hidup Aaira meyaksikan di depan mata. Selalunya dia hanya menonton di kaca televisyen.

Keputusan ini juga di buat dua hari lepas, ketika dia menemani Luth melakukan raptai di sini, sungguh suaminya nampak segak dan kacak . Selepas raptai itu pula ada beberapa orang yang turut menyaksikan raptai itu ingin meminta swafoto bersama Luth lagi la buatkan keinginannya membuak buak ingin datang pada hari ini.

Acara selesai tepat jam 11 pagi, ketika itu mula la penonton yang menyaksikan perarakkan tadi masuk ke kawasan tengah untuk bergambar dengan badan beruniform kegemaran mereka.

Aaira pula menanti Luth di tempat tadi kerana kata suaminya dia yang akan datang pada Aaira.

Ammar pula sudah tertidur di dalam stroler.

Dia tersenyum sebaik sahaja ternampak seorang lelaki beruniform lengkap dan wajah itu masih tertutup hanya mata sahaja yang kelihatan.

Namun sudah cukup untuk Aaira kenal iris hazel itu milik suaminya, Luth Haiyyan.

Rasanya seperti dejavu pula bila teringat kejadian di sempadan thailand beberapa tahun lalu, hanya melihat mata Luth sahaja ketika itu hatinya sudah terpaut.

Tinggal beberapa langkah sahaja Luth untuk sampai pada isterinya namun di sekat oleh beberapa orang gadis yang minta untuk bergambar bersamanya.

Namun Luth memandang Aaira seolah olah meminta izin pada isterinya, selepas melihat anggukan dan senyuman wanita kesayangannya, Luth bersetuju pada enam orang gadis tadi dan mereka mula mengambil gambar.

Mereka mengucapkan terima kasih dan sempat bertanya pada Luth

"isteri abang ke tu?" salah seorang gadis itu bertanya

"haah" jawab Luth

"cantik betul isteri abang mesti abang pun handsome, nanti kirim salam pada isteri abang ya" selepas itu keenam enam gadis itu berlalu

"mereka ada cakap apa apa ke pada abang?" Luth tersenyum di sebalik pelitup wajah yang di pakai

"mereka cakap sayang cantik, mereka kirim salam" Aaira tersenyum mendengar pujian tadi

"waalaikumsalam"

"abang dah sudah ke?" Luth mengangguk

"Arshad mana?"

"Arshad dah tunggu untuk naik bas balik ke kem" Aaira mengangguk.

Syafiqah tidak dapat hadir kerana wanita itu sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua yang merupakan bayi lelaki beberapa minggu lepas, itu yang tak tentu arah Arshad nak balik agaknya

"Abang balik nanti boleh tak abang bawa Aaira pergi makan nasi arab" Luth mengerutkan dahi

"bukan sayang tak makan nasi arab ke?" soal Luth bingung dengan permintaan isterinya

"bukan Aaira yang nak tapi baby yang nak" lagi la Luth tak faham, takkan Arfan pula

"Arfan ke yang nak sayang?" Aaira tergelak seraya menggeleng

"abang ni bukan Arfan la, tapi baby dalam perut ni yang nak" Aaira mengusap perutnya yang masih kempis.

Terbeliak mata Luth

"sayanggg..." Aaira mengangguk, tubir matanya berair

"dah masuk 5 minggu" katanya.

Tak tunggu lama dekat situ juga Luth angkat isterinya dan berpusing pusing sampai menjerit Aaira

"jadi lepasni abang akan jadi ayah kepada tiga orang anak la kan?" Aaira jatuhkan kepala

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, terima kasih sayang" dahi Aaira di kucup bertalu talu.

Mereka berpelukan di dataran putrajaya itu meraikkan kehadiran orang baru yang bakal menyerikan lagi mahligai Luth Haiyyan dan Aaira Nasrin.



TAMAT

TERIMA KASIH SUDI BACA SPECIAL CHAPTER YANG TAK SEBERAPA NI ♥️

TIADA APA YANG SYAZA MAMPU UCAPKAN SELAIN UCAPAN TERIMA KASIH KERAN SUDI MEMBACA CAPTAIN LUTH HAIYYAN DARI VERSI 2020 HINGGA DI UBAH SEDIKIT MENJADI VERSI BARU 2022/2023. MOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT INFO YANG SALAH ATAU PERKATAAN YANG KURANG ENAK DI BACA 











Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 92 10
Amira Esha - Gadis berani bergelar peguam. Sedar bahawa hidup sebagai seorang peguam pasti ada cabarannya. Kelurga. Kawan. Nyawa. Semua menjadi perta...
126K 13.7K 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang...
10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
516K 20.5K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...