OUR DESTINY

Autorstwa Lynn_sweety

773 177 0

Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu yang terpaksa harungi segala ujian dalam usia muda. Sifatnya ya... Więcej

PROLOG
CHARACTERS
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25

PART 7

29 8 0
Autorstwa Lynn_sweety

(KANTIN CHS)

Sepinggan spageti carbonara bersama air teh o' ais hidangan bagi makanan tengah hari Aisar Hayza.Meja single dihujung kantin di tuju.Mata-mata yang memandang ke arahnya dibiarkan saja.Sejak ramai yang telah mengenali dirinya,dia sentiasa berasa tidak selamat atau lebih tepat tidak selesa.

"Hai Aisar,can i sit here?" Sudah terang lagi bersuluh meja itu hanya untuk seorang saja.Nak cakap tak ada mata,siap pakai contact lens lagi warna ungu pula tu.

"Are you blind?This table is for one person only.I don't want lunch with anyone.So,please leave  me now." Panahan mata helangnya diberikan.Bermakna dia memang tidak suka akan perkara tersebut.

Mana Izham?Disebabkan Izham dan Aisar belajar di dalam kelas yang berbeza,mereka juga rehat pada waktu yang berbeza.Sekarang,semua kelas kedua dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 rehat dahulu.Setengah jam kemudian,semua kelas pertama pula akan berehat.

Tak cukup tempat duduk?Mustahil.Kebesaran kantin sekolah ni ibarat restoran,siap ada dua tingkat lagi.Tak ada sebab untuk murid panjat pagar sekolah semata-mata nak beli makanan.Pelbagai jenis makanan disediakan berdasarkan cita rasa majoriti murid di sekolah itu.

Sedang menikmati makanannya,spagetinya dimasuki air sirap.Lantas,mukanya diangkat memandangan si gerangan yang berani mati itu.

"So-sorry.Saya tak sengaja.Tunggu sekejap,saya gantikan spageti awak." Larian yang seperti Usain Bolt itu membuatkan Aisar tidak sempat mengatakan apa-apa.

Semua yang berada disitu melihat ke arahnya.Baju putihnya yang sudah bertompok warna merah ditilik.Betul-betul dibahagian belah kirinya.

Gadis yang berbaju kurung biru itu di lirih olehnya.Cepat-cepat dia beredar dari situ tanpa mengikut arahan yang gadis itu berikan.Tidak kisah kalau perutnya lapar disebabkan baru habis separuh pinggan.Dia lagi kisah kalau orang lain melihat seorang gadis belanjanya sepinggan spageti sebagai ganti rugi.Jatuh maruah kelelakiannya.

"Mana pula mamat tu pergi?Aku dah belikan spageti ni kot.Dia tinggalkan macam tu je?Tapi,dia tu budak baru ke?Tak pernah nampak pun kat kantin sebelum ni." Monolog Imani lalu sepinggan spageti itu di bawa ke mejanya.

"Banyaknya kau makan hari ni?Bukan kau kata kau nak diet ke?" Terkejut apabila Imani membawa sepinggan nasi goreng ayam dan sepinggan spageti.

"Tadi aku tertumpahkan air sirap kat pinggan spageti seorang mamat ni.Bila aku dah beli spageti untuk ganti rugi,boleh pula dia menghilang." Penjelasan yang cukup jelas untuk sekali mendengar.

"Wait,air sirap kau kata?Tadi aku ada nampak Aisar lari pergi toilet.Nampaklah kesan air sirap tumpah tu." Kata Masyitah yang memakai baju kurung kuning yang menandakan dia seorang pengawas pusat sumber sekolah.

"Aisar?Kau tumpahkan air sirap kat dia?Berani betul kau ni.Tak takut ke peminat dia serang kau?" Soalan yang dilontarkan oleh Dina,kawan sekelas Imani juga.

"Siapa pula si Aisar ni?" Kening dikerutkan menandakan dia tidak kenal siapa yang kawan-kawan dia katakan.

"Aku tahu kau penat bersukan,tapi takkan kawan meja sebelah kau,kau tak perasan siapa?" Apalah nasib dapat kawan yang memang tak pandang kanan kiri ni.

"Mamat tu duduk sebelah meja aku ke?Sebelah aku kan kau,Dina." Masih tidak jelas bagi seorang Imani.

"Memanglah,tapi sebelah kanan kau tu dia." Harap-harap Imani boleh dapat apa yang mereka jelaskan.

"Aku dengar dia anak jutawan.Ayah dia ada syarikat dalam dan luar Malaysia.Mesti kaya gila kan dia tu." Si pengupas bawang sudah mula  menjalankan kerja mengupas bawangnya.

"Habistu kau tak kaya ke?Semua yang belajar kat Carmiella High School,semua anak orang berada."Bukan nak menunjuk tapi memang realiti.Sekolah ini majoriti muridnya daripada kalangan anak-anak orang yang berada.

"Memanglah,tapi dia anak jutawan yang ada syarikat kat luar negara kot.Yang aku pernah dengar,syarikat ayah dia ada di UK,Kanada,Itali,Korea Selatan lagi satu kat Jerman." Boleh gantikan Janna Nick pengacara melodi si Masyitah ni.

"Luas betul pengetahuan kau fasal mamat Aisar tu.Kalau subjek sejarah kau macam ni pengetahuannya,mesti cikgu Rozi bangga ada anak murid macam kau." Perlian yang sangat sopan oleh Imani.

(Dalam Kelas  5 Serendipity)

"Kringg!!!!" Deringan loceng waktu rehat berbunyi.

"Stand up,thank you,teacher." Suara lantang daripada ketua kelas 5 Serendipity dan diikuti pelajar lain setelah tamat kelas Bahasa Inggeris.

"Kau nak rehat kat mana hari ni?" Soalan ni khas ditujukan untuk seorang saja dalam kelas itu.

"Siapa?Kau tanya aku ke?" Soalan di balas dengan soalan.

"Siapa lagi kalau bukan kau?Hanya kau je yang rehat bukan kat kantin tapi kat library."Sudah lali dengan Arissa yang tak akan pergi ke kantin kalau waktu rehat.Orang waktu rehat makan,dia pergi belajar.Tak penat ke?

"Macam biasalah." Jawapan yang sememangnya boleh agak dan tak perlu tanya pun.

"Kau nak gastrik macam haritu ke?Sedarlah diri tu cik adik manis.Awak tu ada gastrik.Nanti jatuh pengsan,siapa nak tolong?" Boleh pula dia pengsan waktu ujian Matematik.Bila tanya makan tak?Dia boleh jawab tak sempat.

"Tak naklah yang tu.Tak pe,pagi tadi aku dah makan.Insya-Allah,makanan tu boleh tahan lama dalam perut aku ni.Jangan risau ok?Kau pergilah makan.Aku kat tempat biasa."Degil sangat Arissa ni.Tak tahu nak buat apa supaya dia makan pada waktu yang tepat.

Maka,tinggallah Arissa di dalam kelas seorang diri.Buku-bukunya di atas meja dikemaskan dan kerusi dilipat.Jangan tanya kenapa kerusi boleh lipat.Sekolah ni barang-barang yang tak ada di sekolah lain,sekolah ni ada.

Perpustakaan yang dinamakan Dynamite Library menjadi destinasi yang dituju Arissa.

Novelnya yang berjudul Our Destiny menjadi penemannya pada waktu rehat hari ini.Novel yang dibeli oleh Imani ketika mereka keluar bersama-sama selepas waktu sekolah.

"Macam sad ending je cerita ni.Kenapalah si Imani tu belikan novel ni?Dia tak tahu ke aku ni cengeng.Ada yang aku bertukar jadi badut ni." Sinopsis novel yang dipegang itu dibaca.

"Apa-apa pun mulakan novel baru dengan bismillah." Maka,bermulalah Arissa dalam dunia imaginasinya.


(Izham POV)

Tadi sebenarnya aku nak pergi kantin,tapi tiba-tiba aku  dalam bilik guru.Sebab apa?Sebab cikgu Zoey panggil aku minta tolong angkat buku-buku teks yang baru sampai ke perpustakaan.banyak-banyak murid kat sekolah ni,kenapa aku?Oh lupa,akukan sado.Jadi,aku gunakan otot-otot aku untuk buat kerja amal.Alhamdulillah.

Aku bukanlah nak berlagak,tapi berlagaklah juga,aku tahu aku handsome macam Tom Cruise tapi janganlah sampai berjalan pun nak pandang aku macam nak terkam je.Aku yang seram.Tu,kalau terlanggar tiang besi jangan salahkan aku.    

Bila dah sampai kat perpustakaan,aku jadi keliru.Ini perpustakaan sekolah ke negara?Besar dia tak nak kalah.Cikgu Zoey pun arahkan aku untuk letak buku-buku ni kat stor buku.Aku pun pergilah stor tu.Jauhlah juga stor tu,boleh habis baca 10 muka surat novel.

Sedang aku susun buku-buku dalam stor,aku terdengar derapan kaki yang datang menghampiri aku.Pada mulanya,aku nak aja lari tapi dalam keadaan aku yang penuh dengan buku-buku,menjadikan aku susah nak berjalan inikan pula berlari.

Bunyi tu makin lama makin dekat dengan aku.Aku tak naklah nampak yang aku takut.Jadi,aku masih lagak seperti tak ada apa-apa.Walaupun tulang sum-sum aku pun menggelatar waktu ni.Itulah,perpustakaan besar-besar lagi,kan benda tu pun suka membaca.

(END POV)

Dalam keadaan ketakutan,dia di sapa oleh seseorang.

"Awak siapa?" Terkejut mungkin.Ingatkan dalam perpustakaan ini hanya dia sahaja.

"Mummy!!!Arghhh!!Jangan dekat dengan aku!Pergi!Kau nak baca buku pun janganlah ganggu aku!Aku tak ganggu kau punlah!"Hilang suara kelelakiannya akibat jerit.Buku-buku yang berhampiran degannya,dibaling ke arah yang menegurnya.Muka usah di kata,seperti budak-budak yang melihat cerita hantu.Hantu tu keluar daripada bingkai gambar yang tergantung.

"Stop Izham!Awak kenapa ni?Terjerit pekik macam kena sampuk hantu saja." Mujur Cikgu Zoey datang selamatkan Izham daripada terus dalam imaginasi kanak-kanaknya itu.

"Cik-cikgu!Tak,tadi saya dengar suara pe-perempuan." Kasihan si Izham ni.Tercungap-cungap nafasnya.Hilang machonya tadi.                                                      

"Rilex,rilex.Chill bro." Tak tahu bagaimana mahu menenangkan anak muridnya yang ini.

"Cikgu,dia ok ke?Salah saya ke tegur dia?Saya tak buat apa-apa pun kat dia.Tiba-tiba dia meracau macam ni."Risau anak orang yang normal boleh jadi gila hanya sebab dia menegur.Pada masa yang sama,kelakar juga bila seorang lelaki riaksi seperti ini.Ingatkan perempuan saja yang jerit bagai mahu pecah tingkap.

"He's fine.Don't worry,Arissa.Awak boleh sambung kerja awak.Biar cikgu yang uruskan dia."Tidak sangka perkara ini akan berlaku.

"Di-dia dah pergi ke cikgu?" Terketar-ketar suaranya.Baju t-shirt sukan yang dipakainya lenjun dek peluh yang mengalir.

"Sudah.Awak boleh bangun sekarang.Pergi toilet,tukar baju.Buku-buku ni,biar saya yang settlekan." Tidak sanggup melihat anak muridnya sebegitu.Nak gelak takut berdosa.

"B-Baik cikgu."Langkah diatur begitu pantas.

"Izham,Izham.Harap badan je sado tapi penakut.Kena minta bantuan juga nak uruskan buku-buku ni.Tapi siapa ye?" Pelipisnya diurut.Ingatkan bolehlah kerjanya siap cepat hari ini.Lain pula yang jadi.

"Cikgu perlukan bantuan ke?" Orang yang sama,di tempat tragedi yang sama.Mangsa yang berbeza.

"Hish,kamu ni!Terkejut cikgu.Nasib iman cikgu kuat lagi.Kalau tak,sama macam si Izham tu."Hah,tahu pun terkejut.Tadi bukan main cakap orang penakut.

"Hehehe,sorry." Rasa bersalah pula sebab sudah kali kedua dia buat perkara yang sama.

"Kalau kamu nak tolong,boleh.Tapi,petang ni boleh?Sekarang waktu rehat pun dah tamat.Pukul 2 nanti kamu datang perpustakaan ya." Lega.Ada juga yang rela hati mahu menolongnya.

"Baikkkkkk." Senyuman yang manis diberikan sepenuh ikhlas.









TBC....

Vote,Comment,Share!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

158K 4.4K 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pi...
58.1K 3.8K 83
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
116K 5.6K 21
Terbitan, Suara Hati Publication. "Politic is a scary thing, but the world is the scariest. It keeps lying to you." - Haydar Black Dunia memandang su...
888K 40.5K 21
Kisah Eskandar Arasyah x Dara Nailufar. Sekian. Selamat membaca ~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to...