The last piece

Bởi nnhazel

53.3K 3.6K 166

Stranger. Schoolmate. An engagement. A wedding. From school uniform to wedding dress. Seorang perempuan yang... Xem Thêm

Prologue
Chapter I
Chapter II
Chapter III
Chapter IV
Chapter V
Chapter VI
Chapter VII
Chapter VIII
Chapter IX
Chapter X
Chapter XI
Chapter XII
Chapter XIII
Chapter XIV
Chapter XV
Chapter XVI
Chapter XVII
Chapter XVIII
Chapter XIX
Chapter XX
Chapter XXI
Chapter XXII
Chapter XXIII
Chapter XXIV
Chapter XXV
Chapter XXVI
Chapter XXVII
Chapter XXVIII
Chapter XXIX
Chapter XXX
Chapter XXXI
Chapter XXXII
Chapter XXXIII
Chapter XXXIV
Chapter XXXVI
Chapter XXXVII
Chapter XXXVIII
Chapter XXXIX
Chapter XL
Chapter XLI
Chapter XLII
Chapter XLIII
Chapter XLIV
Chapter XLV
Chapter XLVI
Chapter XLVII
Chapter XLVIII
Chapter XLIX
Chapter L
Chapter LI
Chapter LII
Chapter LIII
Epilogue
Epilogue II

Chapter XXXV

568 48 0
Bởi nnhazel

Semasa perjalanan pulang ke rumah , aku mendapat panggilan daripada Inspektor Wafi bahawa terdapat satu kes penculikan kanak-kanak yang berlaku di sekitar kawasan Cheras. Selepas panggilan Inspektor Wafi dimatikan , aku terus mendail nombor suamiku untuk memberitahu bahawa aku perlu ke kawasan kejadian.

"Helo , abang ?"

"Ya , sayang." , jawabnya.

"Abang , Aisya kena pergi Cheras sekarang ni sebab ada kes kat sana. Aisya nak pergi cek tempat kejadian." , terangku kepada Faiq.

"Oh ye ke ? Takpa , pergilah. Hati-hati tau." , pesannya. Aku dapat merasakan kekecewaan di dalam suaranya itu. Takpa abang ! Aisya janji Aisya akan selesaikan kes ni cepat !!

"Okay , abang. Terima kasih."

"No need , sayang. Take care." , Ini kali kedua dia memesan supaya aku berhati-hati. Rumah aku dengan Cheras sebenarnya boleh dikatakan agak jauh kerana rumahku duduk di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Faiq mematikan panggilan dan aku terus menuju ke Cheras dengan laju selepas aku meletakkan siren di kereta range rover milikku ini.

Inspektor Wafi mengangkat tabik hormat kepadaku sebaik sahaja aku tiba di tempat kejadian.

"Adik ni bernama Nisa. Dia memang biasa main dekat belakang bangunan ni. Kebiasaannya ramai orang yang lalu kat sini , sebab tu emak dia tak kisah. Tadi , pukul 3 petang , emak dia panggil dia untuk makan lepastu tiada yang menyahut. Emak dia turun lepastu nampak kesan darah ni." , Inspektor Wafi menjelaskan semuanya lalu menghulurkan sarung tangan pakai buang kepadaku. Mujurlah , aku memang sneaker dan berseluar. Kalau tidak , harus aku tukar ni.

"Ada siapa-siapa nampak waktu dia hilang ?" , tanyaku menjatuhkan lutut untuk melihat darah merah di hadapanku. Boleh dikatakan amat banyak untuk seorang budak.

"Kebetulan waktu tu , memang takde orang lalu , Puan." , Inspektor Wafi memang seorang polis yang bertanggungjawab. Dia memang sentiasa menyelesaikan kes bersama-sama aku. Boleh dikatakan rapat dengannya.

"Kat sini ada CCTV ?" , aku melihat di sekeliling belakang bangunan rumah kondominium ini.

"Disebabkan dia main dekat belakang bangunan , memang takde satu pun bukti." , jawab Inspektor Wafi.

"Macam mana penjenayah tu boleh masuk sedangkan ada guard yang jaga dekat depan. Aku nak masuk tadi pun susah. Tunjuk kad pun guard tu payah nak lepas aku masuk." , kataku kepada Wafi. Kami sedang menuju ke arah pondok keselamatan untuk menyiasat guard kondominium ini.

"Tu la. Aku pun pelik." , kata Wafi.

Kami bertanya beberapa soalan kepada pegawai keselamatan tentang orang yang keluar masuk. Katanya , tiada orang yang mencurigakan. Kami melihat daripada CCTV , juga tiada yang mencurigakan.

"Wafi , buat masa sekarang. Semua penduduk kondominium ni akan jadi suspek. Arahkan pihak kau untuk periksa semua rumah dalam bangunan ni. Kalau ada yang mencurigakan , terus report . " , arahku. Wafi hanya mengangguk faham dengan arahanku.

"Satu lagi , cek semua dashboard camera kereta-kereta yang parkir kat bawah ni." , sambungku.

Inspektor Wafi mengangguk dua kali.

"Pihak forensik mana ? Aku takut ramai pihak polis pijak tempat kejadian , nanti hilang bukti. Susah pulak nak siasat. Kita kena cepat. Nyawa budak terletak kepada speed yang kita gunakan sekarang." , kataku panjang lebar.

"Tu , pihak forensik dah sampai." , Inspektor Wafi menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan ke arah van yang baru melepasi pagar kondominium ini.

"Okay , bagus. Mana emak budak tu ? Aku nak cakap sikit." , tanyaku.

"Tu , ada dekat ambulans." , Emak budak itu pengsan sekejap tadi. Oleh disebabkan itu , dia diletakkan di dalam ambulans yang merupakan tempat pengawasan.

Aku berjalan menuju ke arah emak budak tersebut.

"Puan , telefon puan ada dengan puan tak sekarang ?" , tanyaku. Inspektor Wafi turut menemaniku disebelah selepas memberikan arahan kepada anak buahnya.

Emak Nisa hanya mengangguk gigil.

"Okay , puan. Saya nak puan fokus. Penculik tu mungkin akan telefon puan untuk minta habuan duit , mungkin. Atau memberi amaran. Jadi , saya nak puan relax , jangan panik. Telefon puan akan disambung dengan komputer forensik. Jadi , kami boleh mengesan lokasi pemanggil." , jelasku perlahan berserta dengan gosokan di belakang.

Emak Nisa hanya mengangguk. Dia tidak mampu lagi untuk bersuara. Hanya kebimbangan yang jelas pada mukanya.

Selepas pihak forensik selesai mengambil bahan bukti , aku terus menuju ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) untuk mendapatkan keputusan analisis DNA penjenayah. Penjenayah telah meninggalkan satu cap jari di dinding bangunan yang berhampirah dengan darah. Daripada sudut pandangan aku , penjenayah ini melakukan jenayah dengan tidak cermat dan kemas. Lagi senang untuk dikesan.

Aku masuk ke dalam Bilik Mesyuarat di IPFN.

"Puan." , panggil Mia dan Alia yang sudah lama tiba di sana menunggu keputusan daripada pihak forensik.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Selepas beberapa minit , Doktor Ammar masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan satu fail berisi keputusan DNA.

"Macam mana , Am ?" , tanyaku kepada kawan lelaki aku ini. Kami sudah cukup rapat kerana dialah salah seorang doktor yang pakar dalam IPFN ini dan dia jugalah doktor yang selalu menganalisis kes-kes aku. Tanpa sedar , kami mula menjadi kawan.

"Okay , macam ni. Cap jari yang si pesalah tinggal sangat solid dan saya jumpa pemiliknya." , jelas Doktor Ammar kepada kami. Emak mangsa hanya mendengar penjelasan Doktor Ammar.

"How about the blood sample ?" , tanyaku.

"Bahagian tu yang pelik." , kata Doktor Ammar sambil menaikkan jari telunjuknya.

"Darah itu bukan darah Adik Nisa." , katanya ringkas.

"Means , darah tu adalah darah pesalah yang keluar semasa Adik Nisa nak pertahankan diri. Macam tu ?" , aku mula membuat spekulasi yang sedang bermain-main di dalam fikiranku.

"Bingo !" , Doktor Ammar sedang membuka slide yang baru terpapar di dinding bilik tersebut.

Semua pihak polis , pihak pendakwa dan pihak forensik sedang fokus pada slide tersebut.

"Macam yang Puan Aisya cakap. Darah ni adalah darah pesalah. Adik Nisa mungkin memegang alatan tajam dan menikam atau menoreh bahagian badan pesalah. Itu yang menyebabkan pesalah jatuh dan meninggalkan cap jari di dinding. Dia cuba untuk seimbangkan badan. Tetapi , cap jari itu terlalu rosak untuk dikesan." , jelas Doktor Ammar sambil menunjukkan gambar tempat kejadian.

"Pesalah adalah seorang yang kali pertama melakukan jenayah , betul ?" tanyaku.

"Betul. Dia tidak memakai sarung tangan untuk mengelak daripada cap jari tertinggal." , jelasnya lagi.

"Macam mana keputusan ujian bahan dalam badan ?" , aku bertanya dan tepat pada masa , Doktor Yana masuk dengan satu fail.

"Here's the toxicity test." , dia menyerahkan fail kepada Doktor Ammar.

"He's not a drug addict. But he's a heavy smoker." , jelas Doktor Yana dalam keadaan tenang.

"Wafi , cuba kau cek dengan pegawai keselamatan. Cek sama ada dia hisap rokok atau tak." , arahan diberikan kepada Inspektor Wafi. Dia hanya menurut dan menelefon polis yang bertugas menjaga kawasan kejadian.

"Masih tiada mesej atau panggilan ?" , tanyaku kepada Alia yang sedang menenangkan Emak mangsa. Telefonnya telah disambungkan dengan komputer pihak forensik multimedia.

Alia hanya menggeleng.

"Kita kena tunggu." , kata Alia.

"Puan Aisya." , Inspektor Wafi memanggil dengan nada keresahan.

Aku memusingkan badanku ke arah Inspektor Wafi yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat selepas memberi arahan kepada anak buahnya di tempat kejadian.

"Guard dah takde kat sana." , jawabnya resah.

"Apa ?!" , jerit Mia terkejut sambil mendekatkan langkah ke arah Inspektor Wafi.

"Track Pak cik tu. Dia pun suspek dalam kes ni. Aku nak kau cari alamat rumah dia dan cari dia kat sana. Buat report dan tutup sempadan. Suspend and block his passport and now he is our major suspect. " , aku menurunkan arahan dengan tegas.
Semua pihak polis bergerak. Aku masih lagi menunggu panggilan daripada penjenayah tersebut.

"Macam mana awak yakin yang pegawai keselamatan tu adalah penjenayah yang kita cari ?" , Encik Afiq masuk ke dalam bilik mesyuarat dan bersuara. Dia adalah salah seorang pendakwa raya di pejabatku. Aku memang menyampah dengan dia. Dia sememangnya siasat kes lambat dan tiada tindakan yang segera.

"Encik Afiq , saya nampak bekas habuk rokok dalam pondok dia. Lagi buat saya syak adalah bila ada tukul yang basah bawah beg dia." , jelasku dengan suara yang sudah naik satu oktaf.

"Itu tidak menjadikan dia sebagai suspek utama." , katanya lagi.

"Encik Afiq tiada di tempat kejadian dan Encik Afiq takkan faham. Baju yang dia pakai ada kesan air yang sangat banyak. Waktu saya bertanya dia tentang kes ini , dia berpeluh dan badan dia berbau hanyir." , jelasku lagi.

"Encik Afiq , ini kes saya. Saya harap Encik Afiq tak sibuk nak halang. Saya tahu apa yang saya buat. Ini keputusan saya." , sambungku marah.

"But you know , your decision comes with responsibility and consequences , right ?" , dia turut menaikkan suara.

"Yes , i know. And i will. I take the risk to make this decision and i will take the responsibilities. Encik Afiq , you can step out of this case." , marahku dan turut menaikkan jari telunjuk di hadapannya.

Mukanya merah kembang. Selepas kesunyian yang mengisi bilik mesyuarat , satu deringan telefon berbunyi. Aku berpaling ke arah bunyi itu. Telefon Emak mangsa berdering. Aku mendekati meja yang didudukinya. Dia menjawab panggilan tersebut. Pihak forensik sudah bersedia untuk menapis suara dan mengesan lokasi.

"Kalau kau nak anak kau selamat , bagi aku RM 100,000 tunai." , suaranya telah disembunyikan disebalik suara palsu yang garau.

Inspektor Wafi menulis "Kata setuju dan minta gambar keadaan Nisa" di atas satu kertas lalu ditunjukkan kepada Emak mangsa.

"Aku setuju. Tapi sebelum tu , aku nak tengok anak aku." , suaranya mula menggigil ketakutan.

"Baik. Aku akan hantar gambar anak kau." , jawabnya.

"Curi masa dia. Kami nak kesan lokasi telefon tu." Inspektor Wafi menulis lagi.

Emak mangsa hanya bertenang dan mencuri masa penjenayah sementara pihak forensik mengesan lokasi.

"Kau siapa ? Aku kenal kau ke ?" , tanya Emak mangsa dalam esakan.

"Hahaha. Kau pernah pandang hina pada aku , pandang rendah dekat aku. Sekarang , padan muka kau." , penjenayah itu menyindir.

"Tolong , aku nak anak aku. Jangan apa-apakan dia. Dia tak salah. Aku yang salah." , Emak mangsa menangis sambil meminta belas.

Pihak forensik sudah dapat mengesan lokasi dan aku mula bergerak ke sana.

Panggilan dimatikan dan Emak mangsa hampir pengsan dalam esakan. Aku menyuruh Mia untuk menemani Emak mangsa di sini dan mengajak Alia untuk ke lokasi yang baru dikesan.

Gambar yang dihantar tadi adalah seperti peti sejuk simpanan barang-barang mentah. Kami menuju ke lokasi tersebut iaitu bangunan kosong dan tidak berpenghuni. Kilang lama.

Kami mencari di sekitar kawasan bangunan itu. Tiada kesan orang keluar masuk.

Selepas beberapa minit mencari , kami berkumpul di satu tempat untuk berbincang.

"Macam mana Wafi ? Ada jumpa apa apa ?" , tanyaku.

Dia menggeleng.

"Macam mana ni , Puan ? Puan rasa Nisa masih hidup ke ?" , tanya Alia dalam kelelahan selepas berlari.

"This is the rule of 3-3-3." , kataku ringkas.

"We can survive without food for 30 days , without water for three days and without oxygen for only three minutes." , aku sedang menjelaskan kemungkinan yang akan berlaku kepada Nisa.

"Gambar yang dihantar tadi adalah dua jam selepas kehilangan adik Nisa. Muka dia pucat. Penjenayah kurung dia di dalam peti sejuk barang-barang kilang. Atau mungkin , peti sejuk simpanan restauran." , sambungku serius sambil memandang polis-polis yang berada di hadapanku. Alia juga turut dipandang serius.

"In hypothermal state , she can survive for only 3 hours."

"Dua jam dah berlalu. Kita masih ada masa sejam untuk mencari dia. Kita kena cari dia sebelum pukul 7. Pukul 7 nanti cukup tiga jam dia dikurung dalam peti ais. Jadi , periksa semua bangunan atau restauran terbiar yang berdekatan dengan bangunan ni. Pastikan cek semua bangunan. Jangan tinggal satu pun." , aku mengarahkan pihak polis.

Aku dan Alia bergerak untuk periksa semua bangunan di sebelah kanan dimana lokasi tadi dikesan.

Sudah setengah jam berlalu , sekarang sudah pukul 7.32 malam. Aku semakin resah dan bimbang. Masih tiada kesan yang dijumpai di sekitar bangunan sini.
Pihak forensik di pejabat juga sedang memikirkan kebarangkalian tempat untuk mengurung Nisa. Mia memberitahu bahawa Emak mangsa sudah pengsan akibat selepas menangis dengan jumlah yang banyak dan menyebabkan badannya letih. Dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Aku dan Alia melalui satu bangunan besar yang dulu pernah dijadikan hotel tetapi akibat bankrup , hotel ini terpaksa ditutup. Bangunan yang amat besar ini kami memasuki dengan lafaz bismillah berharap Nisa berada di dalam. Masa berbaki 20 minit sahaja lagi. Aku terus menuju ke arah dapur yang menempatkan peti sejuk yang besar. Walaupun bangunan ini sudah lama ditinggal , elektrik masih lagi berfungsi dengan baik. Aku mendengar bunyi generator dari belakang. Aku bergerak ke arah bunyi itu dan menyelak plastik keras yang digunakan sebagai pintu untuk masuk ke peti sejuk. Pistol dikeluarkan bagi pertahankan diri. Pistol diacu ke depan sambil masuk ke dalam peti sejuk yang luas itu. Pasti ! Elektrik berjalan di sini. Penculik itu mungkin sudah datang ke sini. Lantai peti sejuk itu disentuh. Tiada habuk. Bermakna seseorang baru sahaja menjejak kaki ke sini.

Tangan memanggil Alia untuk datang ke sini. Alia memberi arahan kepada pihak polis melalui walkie-talkie. Pihak polis pantas tiba di belakangku. Aku mendahului langkah bersama pistol. Lalu , aku memusingkan badan ke arah kiri dan ternampak seorang budak yang terikat kemas dan berbaring di atas lantai yang sejuk sambil menghirup oksigen yang amat sejuk ini.

Aku berlari menghampirinya. Badannya digoncang. Nadinya di rasa. Amat lemah. Nadi dan jantungnya amat lemah. Dibelek muka budak itu. Nisa. Memang sah Nisa. Aku mengarahkan Inspektor Wafi untuk menelefon ambulans dengan segera. Laju dia menurut perintah. Aku berjalan ke arah belakang almari setelah mendengar bunyi yang sangat asing. Satu kelibat manusia yang sedang berdiri di hadapanku. Badannya yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Aku beranggapan dia berada dalam umur 30-an. Aku berhati-hati menghampirinya dan pap ! Dia melanggar bahuku untuk keluar dari tempat ini. Aku terjatuh ke lantai dan meninggalkan kesan pada dahiku selepas terhantuk dengan meja kecil. Tiada gegaran otak yang terasa. Hanya luka. Aku bangun dan mengejar manusia itu. Pihak polis semuanya berada di luar.

"Wafi !! Penculik tu lari !" , jerit aku yang mengejar dia keluar dari bangunan ini.

Inspektor Wafi dan Pihak polis lain turut mengikut langkahku mengejar pelaku itu. Tanpa henti. Nafas yang tidak terasa. Aku masih lagi berlari. Dia hilang dari pandangan. Aku mula berjalan sambil melihat di sekeliling. Ternampak satu figura yang sedang duduk di hujung bangunan tinggi.

Tang ! Satu das pistol ditembak. Bunyi itu menarik semua perhatian polis untuk datang ke arahku.

Aku menarik peluru lain.

"Das pertama adalah amaran. Das kedua adalah yang sebenar." , kataku sambil menayangkan muka yang serius.

Penjenayah mengangkat dua belah tangannya ke atas. Aku mula menyarungkan sarung tangan pakai buang di tanganku sebelum menggari tangannya. Aku berjalan menuju ke arahnya sambil mengacu pistol ke arahnya. Pihak polis yang lain sedang mengacu pistol dari belakang. Aku mendekatinya. Gari dikeluarkan dari poket seluar. Aku memang sentiasa bawa gari dimana sahaja aku pergi.

"Rahim Asfar bin Baharuddin. Anda telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri. Apa sahaja yang anda katakan boleh digunakan untuk menentang anda di dalam mahkamah. Anda mempunyai hak untuk berbincang dengan peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum kami bertanyakan sebarang soalan kepada anda dalam tempoh siasatan." , Miranda rights dibaca oleh aku semasa aku menggari tangannya. Dia hanya mendengar dengan muka kesal. Aku menyerahkan dia kepada Inspektor Wafi untuk dibawa ke balai.

Dua jam telah berlalu selepas aku menangkap penculik tersebut. Aku terus bergerak ke arah hospital untuk melawat Nisa dan emaknya. Emaknya berada di birai katil sambil memegang tangan anaknya. Sebaik sahaja aku sampai di birai katil. Emaknya berdiri seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Terima kasih , Cik. Terima Kasih." , berulang kali ucapan itu dikatakan oleh Si Emak. Air mata juga jatuh bercucuran. Aku hanya mampu tersenyum dan Mia terlebih dahulu menggosok belakangnya.

Nisa membuka mata dan badan kecilnya dipeluk erat oleh Si Emak. Selepas terlerainya pelukan , aku duduk di birai katil dan bertanya kepada mangsa.

"Adik , adik ingat tak apa yang berlaku hari ni ?" , tanyaku lembut supaya tidak mengganggu emosinya.

"Nisa main dengan kawan lepastu ibu ajak Nisa makan. Sedap ibu masak." , jawabnya teruja.

Senyumanku hilang dan aku hanya mengangguk sebelum emaknya memanggil doktor untuk memeriksa keadaannya selepas mendengat jawapan dari mulut anaknya. Aku memahami fikiran Si Emak ketika ini. Dia mungkin berfikir anaknya hilang ingatan.

Doktor datang memeriksa keadaan mangsa.

"Doktor , dia mengalami PTSD , kan ?" , tanyaku seraya selesai memeriksa.

Doktor menjatuhkan kepala dua kali.

"PTSD tu apa , doktor ?" , Si Emak bertanya pula dengan nada penuh kebimbangan.

"PTSD bermaksud post traumatic syndrome disorder dimana pesakit akan mengalami gangguan panik yang berlaku disebabkan satu peristiwa yang membuatkan seseorang trauma. Anak puan telah hilang ingatan untuk apa yang berlaku pada harini. Dia hanya ingat mungkin satu atau dua episod sahaja. Dan episod itu semuanya menggembirakan dia." , Doktor menjelaskannya kepada Si Emak.

Aku memang sudah terbiasa dengan mangsa kes-kes seperti ini mengalami PTSD. Lagi-lagi kalau melibatkan pembunuhan. Ada sesetengah mangsa meracau dalam tidur disebabkan gangguan peristiwa traumatik.

Selepas memastikan semuanya selesai dengan baik , aku pulang ke rumah dan akan ke pusat tahanan untuk menyiasat penculik tersebut.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

883K 35.8K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
613K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
277K 15.9K 52
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos
865K 45.2K 48
GTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis y...