Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.5K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45 (Akhir)

41

669 71 3
By dsyaf_


(Sorry - Halsey)

Hanum memandang Khalif yang hanya termenung. Sejak kejadian petang itu Khalif banyak mendiamkan diri.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, tubuh Khalif yang sedang di balkoni berhadapan dengan pantai didekati. Tangan naik memeluk suaminya dari belakang.

"Khalif."

Tubuh Khalif sedikit tersentak apabila dipeluk begitu secara mengejut. Tangan Hanum di pinggangnya diusap.

"Ya?" Air kopi panas diletakkan di atas meja yang berada di balkoni itu.

"Fikir apa?"

Khalif tersenyum, tubuh dipusing menghadap isterinya. Rambut Hanum diusap dan diselitkan di belakang telinga.

"Tak ada apa, cuma masih terkejut."

Hanum mendongak sedikit memandang wajah Khalif yang jelas muram dan tidak ceria.

"Rindu Qayeed?" Pipi Khalif dipegang.

Perlahan-lahan wajah itu berubah sebelum air mata laju turun membasahi pipi. Siapa yang tidak rindukan sahabat? Biar jahat mana pun, rindu itu tetap akan ada.

Hanum menarik Khalif ke dalam pelukan, rambut Khalif diusap. Belakang badan Khalif turut diusap perlahan.

"Saya tak sangka dia dah tak ada, dia dah tinggalkan saya dengan yang lain Hanum.."

"Kalau saya tahu, saya akan maafkan dia. Saya tak sangka selama ni saya kejam, saya ego. Saya seksa dia dengan tak maafkan segala perbuatan dia.

Salah saya Hanum. Salah saya sebab menangkan ego, saya rindu mereka tapi saya bohong Hanum. Saya jahat, saya kejam Hanum." Tubuh Hanum dipeluk erat.

Hanum hanya membiarkan bahunya menjadi tempat Khalif menangis. Biar suaminya meluahkan segala-galanya, dia mahu tahu isi hati Khalif yang telah lama dipendam.

"Khalif.."

Terdengar esakan Khalif yang tidak tertahan, dia tahu lama Khalif memendam segalanya. Berpura tiada apa sedangkan hati lelaki itu tidak pernah tenang.

"Awak tak jahat Khalif, awak tak kejam Khalif. Awak sahabat terbaik, mungkin silap awak sebab tak peka dan ego tapi bila awak tahu, awak terus menangis. Itu tanda awak sayang, awak rindu. Awak sahabat yang baik Khalif, walaupun mereka buat jahat, akhirnya awak maafkan. Saya bangga, bangga dengan diri awak."

Bertemankan cahaya dari bulan, ego seorang Ahmad Khalif tumpas, dengan rela hati dia memaafkan kesemuanya rakannya,

Dan Ya Allah, tempatkan Syed Qayeed ke tempat orang beriman,

Al - Fatihah.

***

"Rais." Pantas tubuhnya memandang gerangan yang memanggil namanya.

Dilihat kelima-lima tubuh itu menghampirinya. Wajah mereka muram, tiada langsung sinar ceria.

Tanpa apa-apa tubuhnya dipeluk, matanya turut membulat.

"Terima kasih sebab sanggup buat percutian ni." Ucap Aiman.

Selepas ini Aiman akan sibuk dengan kerjanya, akan kembali ke kota untuk meneruskan pekerjaan sebagai perisik rahsia.

"Aku pun nak ucap terima kasih." Asiddiq.

Asiddiq pula bakal menggantikan tempat ayahnya untuk menguruskan syarikat, pasti masa akan terhad dan padat.

"Aku dengan Amad pun nak ucap terima kasih tau Rais." Idan dan Amad hanya tersenyum sayu.

Pasti mereka akan turut sibuk mengembangkan lagi perniagaan cafe mereka, jika boleh biarlah hingga ke luar negara.

"Terima kasih Rais." Paan hanya menunduk.

Dia juga akan sibuk dengan kerjayanya sebagai pemandu ambulans, entah bila pula mereka dapat lepak bersama.

Rais membalas pelukan mereka berlima, dia tidak tahu apa yang Khalif bincangkan bersama mereka, tak tahu sama ada benda yang baik atau buruk.

Hari ini merupakan hari terakhir percutian mereka, dilihat pekerja-pekerja mula mengambil tempat di dalam bas.

Ada juga ahli syarikat yang pulang dahulu atas sebab masalah yang tak boleh dielakkan.

"Khalif maafkan korang?" Soalnya.

Mereka berlima hanya menunduk, tahulah Rais bahawa hati seorang Khalif masih lagi tidak dapat menerima.

"Kami minta diri dulu, jagakan Khalif. Kami tak tahu bila pula boleh jumpa dan kumpul ramai-ramai." Ucap Aiman dan yang lain hanya mengangguk.

Mereka mula bersalaman, mungkin sampai di sini sahaja yang mampu mereka lakukan untuk mendapatkan kemaafan Khalif.

Rais menghantar pandangan kepergian lima sahabat itu.

"Aku dah maafkan korang!" Jerit satu suara menghentikan langkah mereka berlima.

Rais turut tersentak memandang kearah Khalif yang sedang mendekati lima sahabat itu.

"Aku maafkan semua, kita kawan. Bawa aku ke kubur Qayeed?" Ucap Khalif.

Asiddiq dan Aiman bertukar pandangan, begitu juga Amad, Idan dan Paan. Laju mereka mengangguk dan menarik tubuh Khalif ke dalam pelukan.

Qayeed,

Tunggu kami datang.

***

"Kubur siapa ni ayah?" Soal Hadi.

"Sahabat ayah, nama dia Syed Qayeed."

Hadi hanya mengangguk, lalu rumput yang mula tumbuh disekitar perkuburan itu dicabut.

"Assalamualaikum pakcik, Hadi ni. Hadi tak pernah jumpa pakcik, tapi Hadi harap pakcik baik-baik je, pakcik kawanlah dengan nenek dan atuk Hadi ya?"

Khalif tersenyum mendengar bicara Hadi. Hanum dibiarkan di dalam kereta bersama Aisyah, Tiara dan Misha.

Tak elok membawa bayi ke kawasan perkuburan, begitu juga wanita mengandung. Yang turun melawat perkuburan arwah Qayeed hanya dia, Hadi, Rais, Kamal, Zikir, Aiman, Asiddiq, Idan, Paan dan Amad.

"Assalamualaikum, Qayeed." Aiman mendekati lalu batu nisan itu diusap.

"Hajat terakhir kau.. kitaorang dah kabulkan. Kitaorang bawa Khalif ni Qayeed."

Yang lain mula sebak, Rais, Kamal dan Zikir memberi ruang. Mula menjauhi tanah perkuburan sedikit, biar sekumpulan sahabat itu meluahkan rasa mereka.

"Assalamualaikum, Qayeed." Khalif memandang lama nama yang tertera di batu nisan itu.

Tidak sangka, sejujurnya dirinya masih terkedu. Tidak percaya akan kepergian Qayeed.

"Aku maafkan segala salah silap kau, aku ikhlas. Tak ada benci, tak ada ego, hanya rindu. Aku rindu kau, kenapa kau pergi cepat sangat?"

Mereka yang mendengar bicara Khalif mula memalingkan wajah, sebak. Tidak tahan melihat situasi begini.

"Aku tak salahkan kau, betul kata Hanum. Salahnya adalah aku, aku yang lemah iman. Aku yang mudah terhasut. Kau dengar tadi anak aku cakap dengan kau?"

"Ahmad Hadi Ehsan. Anak aku dan Hanum, hasil lapan tahun lepas. Aku dengan Hanum dan kahwin Qayeed, sekarang Hanum mengandung. Kau akan ada anak buah lagi!" Teruja Khalif bercerita, dia tak hiraukan mata mereka yang memandangnya.

"Aku dan Hanum dan maafkan kau. Kau jangan risau tau? Aku harap kau baik-baik, aku akan sentiasa doakan kau. Tenanglah Qayeed, semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman." Khalif menunduk, rasa sebaknya mula hadir.

Tiba-tiba ada tangan yang mengusap belakangnya, Rais.

"Qayeed, ini kawan aku. Rais, itu Kamal dan Zikir. Mereka bantu aku berubah, mereka tegur aku. Qayeed, kau sahabat terbaik aku, aku minta maaf kalau ada salah dengan kau."

Mereka mula membacakan Yaasin dan diakhiri Al- fatihah. Melihat Rais diam, Khalif mula pelik. Yaasin ditutup lalu diberikan kepada Aiman.

"Kenapa?" Soal Khalif.

"Aku tak tahu ni kebetulan atau apa." Bicara Rais menarik perhatian mereka semua.

"Cantik Allah atur." Ucap Zikir sambil tersenyum, begitu juga Kamal.

Khalif dan yang lain memandang tidak mengerti.

"Ini sahabat kami, Muhammad Alif."

Mereka tersentak tatkala Rais mengusap batu nisan yang bersebelahan dengan kubur Qayeed.

"Aku harap kau masih ingat pertemuan kita, dekat depan pagar kubur tu." Rais menjuih bibir ke arah pagar kubur.

Khalif membulatkan mata, macam mana dia boleh terlupa? Kejadian dia dan Rais bertembung dihadapan kubur beberapa tahun lepas?

Kini mereka memerhati pula Rais, Kamal dan Zikir berbual-bual di hadapan kubur Alif.

Hampir sejam lalu mereka mula berdiri tatkala melihat awan mula mendung.

"Kami balik dulu Qayeed, Alif. Assalamualaikum." Ucap mereka bersama.

Khalif memimpin tangan Hadi, yang lain turut mengikuti langkah Khalif. Biar sahaja Allah yang tahu perasaan mereka tatkala ini.

Bahagia,

Sangat bahagia bertemu sahabat, biar dunia berbeza, biar jahat mahu baik, sahabat tetap sahabat.

Allah, jagalah hubungan sahabat kami hingga ke syurga.

***





Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
576K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
557K 21.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...