Mak Leha yang berdiri di sisi meja untuk menyendukkan nasi tergamam di situ.

Hani membuat isyarat diam kepada Mak leha.

"Tadi awak keluar?" Arsel mengajukan soalan.

Hani mengangguk.

"Awak pergi mana? Saya tengok location awak.. awak pergi hospital eh? " Arsel bertanya lembut.

Hani mengangguk sekali lagi.

"Awak sakit ke?" Ada sedikit nada risau pada suaranya.

Kali ini Hani menggeleng perlahan.

Selesai mengeringkan rambut isterinya Arsel melabuhkan punggung di kerusinya tadi.

"Apa yang jadi? Kenapa awak menangis?" Kali ini Arsel bertanya dengan nada dingin.

Hani menggeleng lagi.

" Awak tahu kan saya tak suka kalau ada orang tipu saya? " Arsel memandang mata Hani dengan tajam.

Air mata Hani kembali berlinang.

"Erm.. mak leha.. pergi lah.. buat kerja dulu.." Hani bersuara perlahan. Dia tidak ingin ada orang lain selain dirinya dan Arsel di situ.

"Saya tanya awak ni... Apa yang jadi? " Arsel cuba menenangkan hatinya.

"Apa yang tak cukup saya bagi pada awak? Awak nak apa? Cakap? Saya boleh bagi.. awak jangan la pendam macam ni.. saya risau" Arsel bersuara perlahan.

" Betul awak boleh bagi apa yang saya nak? " Hani memandang Arsel dengan air mata yang masih berlinang di pipinya.

Arsel memandang mata Hani dan memegang lembut tangan wanita itu.

"Ceraikan saya" Hani bersuara perlahan.

"Apa?! Awak kenapa? Tiba tiba cakap pasal cerai? Apa yang tak cukup saya bagi pada awak? Awak dah sign kontrak tu. Mustahil saya akan lafazkan talak. Ooohh.. sebenarnya awak dah cari orang lain kan? Awak dah puas dapat apa yang saya bagi selama ni.. tu sebab awak mintak cerai kan? Ingat.. saya takkan ceraikan awak sampai kontrak tu habis. " Arsel berlalu pergi ke atas.

Hani terduduk di situ.

Dia tak ingin Arsel kecewa dengannya. Cukup seorang wanita yang pernah mengecewakannya.. dia tidak ingin menjadi wanita kedua.

Hani berlari ke atas dan mencapai tudung sarung.

Dia kena pergi dari rumah ni sebelum Arsel sedar dirinya mengandung.

Air mata cuba diseka tetapi matanya tidak henti henti mengeluarkan air mata.

Hujan masih belum berhenti.

Dia perlu pergi ke rumah Anita. Di situ satu-satunya tempat yang Arsel tidak tahu.

Telefonnya dan dompetnya ditinggalkan kerana ada location detector pada telefonnya dan duit di dalam dompetnya tidak satu pun miliknya kecuali IC.

Hani berlari menuju ke pagar kecil yang tidak berkunci.

Hujan masih belum berhenti sebaliknya kilat mula menyambar nyambar.

Hani sudah tekad. Dia tidak ingin melukakan hati Arsel dengan berita itu.

****
Arsel duduk di hujung katil miliknya.

Selama ini dia cuba untuk melayan wanita itu sebaiknya. Apa yang tidak kena dengan wanita itu?

Dia tahu pada awal perkenalan nya dengan wanita itu, perangainya agak teruk.. tetapi setelah mereka berkahwin dia bertekad untuk menjadi suami terbaik untuk wanita itu.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Sep 22, 2020 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

Sorry But Its LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz