Nota Penulis

382 36 0
                                    

Inkfinity Book Club atau senang singkatannya IBC.
Aku tak tahu... perlukah aku nak cerita? Aku tak rasa semua suka belajar sejarah?

Jadi, aku ringkaskan.
Pendek kata, IBC ialah cawangan/anak syarikat Inkfinity. Inkfinity pula untuk yang tak tahu, ialah sebuah grup penulisan Wattpad dengan akaun rasmi 1NKFINITY
Sementara Inkfinity ialah sebuah kumpulan tertutup yang eksklusif untuk beberapa orang ahli sahaja, IBC terbuka kepada umum. Separuh terbuka, mungkin. Sebab link grup WhatsApp disebar-sebarkan mempersilakan orang masuk tapi sampai masa link akan dibatalkan. Tutup pintu.

Aku ialah penyelaras IBC bersama ahli-ahli eksklusif Inkfinity yang lain.

IBC ialah sebuah grup penulisan amatur. Kau ada sikit, aku ada sikit... jadi saling kongsi ilmu penulisan yang kita ada. Begitulah konsepnya.

Sesi perbincangan penulisan boleh berlaku pada bila-bila masa, tapi selalunya berlaku pada jam 7 malam sehingga 11 malam. Sebab tu ada buku ini. Dengan timbunan mesej yang bertindih, mesej yang berisi tips penulisan hilang begitu sahaja. Sia-sialah kalau macam tu.

Nanti, jadilah macam tin kosong. Banyak sembang, tapi tak buat. Auch! Bukan aku yang cakap, jadi aku pun terasa, hahaha!

Apa-apa aku akan tambah kemudian.
Jemputlah baca buku ni. Nak gunakan tips mana yang rasa berkenan boleh. Tapi, jangan ciplak artikel bulat-bulat. Hak milik Club Members Inkfinity Book Clubs.

Kompilasi Tips Penulisan IBCWhere stories live. Discover now