CrushSN8

335 20 8
                                    

Lagi seminggu exam semesta akhir bermula .
Aku juga masih fobia untuk ke sekolah .
Titt..tittt..
Bunyi telefon aku berbunyi tanda mesej masuk .
Aku melihat mesej daripada Hyemi .
' Kang Sora !!! Lepas ni kau dah boleh datang sekolah and ambil exam !! Sebabnye ..... Guanlin tak de minggu ni sampai seminggu selepas exam habis !!! Datang sekolah tauu !! Aku rindu kau . Kesian aku hari - hari makan sorang - sorang sejak 2 bulan lalu .. Datang tau Sora ! Aku tunggu kau besok '
Aku hanya termenung .
Patut ke aku datang ?
Kalau betullah Guanlin tak da , baguslah macam tu .
Sejak kene reject dengan Guanlin , aku terus tak datang sekolah .
Jangan ingat aku tak belajar eh .. Hyemi yang selalu datang rumah and tolong ajar aku .
Mesti korang fikir aku ni tak kene marah ke dengan omma aku .
Hakikatnya , hari - hari aku kene bebel dengan omma .
Tapi aku boleh lagi tahan .
Kalau pergi sekolah , confirm tersempak dengan Guanlin .
Sebab tu aku ambil keputusan tak pergi sekolah .
Biarlah omma bebel banyak - banyak pon .
Hati aku lagi sakit bila tengok muka Guanlin .
..
Keesokkan harinya ..
" Annyeonghaseyo my bestfriend !! " tegur aku sambil mencucuk pinggang Hyemi .
" oii !! Gelilah Sora !!! " jerit Hyemi .
Minah ni memang suka menjerit .
Boleh pekak telinga aku .
Nasib baiklah dia bestfriend aku . Tahan je la .
Aku dan Hyemi pon terus masuk ke kelas dan kelas pon telah bermula .

Kringg~
Bunyi loceng balik .
Aku dan Hyemi pon bercadang untuk stay kat sekolah sampai petang untuk mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru kami .
Sedang kami berbincang - bincang , pintu kelas diketuk .
Aku tidak memandang ke arah pintu kerana leka menulis .
Tapi aku berasa pelik kerana Hyemi hanya menepuk - nepuk peha aku .
Pahal dia ni .
Aku pon memandang Hyemi .
Dia hanya menjeling aku dan suruh aku jangan pandang pintu .
Bila dia cakap macam tu , bukannya buat aku tak nak pandang pintu , tapi membuatkan aku nak tahu .
Aku terus berpaling dan ..
Mata kami bertentangan .
Ya . Itu Guanlin .
Aku terus pandang buku aku dan termenung .
Dada aku berdegup ..
Dup dap dup dap .
Serta merta aku teringat akan kejadian 2 bulan lalu ..
Kenapa dia ada kat sini ?
..
Banyak kali Hyemi meminta maaf kepada aku .
" aku minta maaf sangat Sora .. Aku tak tahu pon Guanlin ada sekali . Aku fikir bila dia tak datang kelas pagi , mesti dia tak ada kat kelas tambahan jugak !! Eii semak betullah Guanlin nii " kata Hyemi .
Aku hanya diam .
Disebabkan aku hanya diam , Hyemi fikir aku memarahinya .
" Hyemi ! Aku tak marahkan kau laa .. Jangan lah bising - bising lagi .. Aku tahu kau memang tak tahu yang Guanlin ada sekali .. Aku terkejut je .. Kau jangan risaulah pasal aku .. Aku okay je " kata aku ceria .
Aku tak nak Hyemi risau pasal aku .
Biarlah aku je tahu ape perasaan aku ketika ni .
Guanlin , aku takkan lupa ape yang dah berlaku 2 bulan lepas

CRUSH- Sticky NotesWhere stories live. Discover now