PENAMPAKAN

139 14 22
                                    

Aku meletakkan beg di anjung rumah. Rumah pusaka peninggalan datuk ini sudah lama tidak berpenghuni sejak kematian datuk kira-kira 15 tahun yang lepas. Aku perhatikan keadaan sebelum tanganku menolak pintu rumah yang sudah agak usang tapi masih kukuh.

Kreekk...

Gelap saja suasana dari dalam rumah ini. Terasa bulu tengkukku merinding. Mungkin kerana keadaan di sekitar. Hatiku juga mula berasa kurang enak.

Ah, persetankan saja.

Aku tetap meneruskan langkah aku menuju ke suis lampu yang terletak di sebelah pintu utama. Berkali-kali dipetik namun tetap tiada sebarang perubahan yang berlaku. Suasana di sekitar kekal gelap. Nampaknya bekalan elektrik masih belum disambungkan. Mungkin aku perlu tunggu sehingga esok. Kata bapa, penyambungan semula elektrik akan memakan sedikit masa. Haih, bergelaplah aku malam ini. Risau juga sebab sekarang dah senja. Matahari pun dah hampir terbenam.

Aku menoleh memandang semula ke luar rumah. Di luar masih lagi dalam keadaan hujan lebat. Mungkin rezeki aku. Sejuk. Tidaklah aku kepanasan semasa tidur nanti. Syukur.

Aku mengambil semula begku yang ditinggalkan di anjung rumah sebelum membawanya masuk ke dalam rumah. Aku mengambil sedikit masa untuk aku membiasakan diri dengan keadaan yang gelap. Setelah mataku sudah terbiasa dengan keadaan yang gelap, aku mula membawa diri ke ruang tamu. Beg diletakkan di atas sofa.

Sejurus selepas itu kedengaran bunyi berdengung sebelum suasana sekitar berubah terang. Nampaknya sambungan elektrik ke rumah pusaka ini sudah berjaya dilakukan. Nyalaan lampu-lampu pendarfluor di sekeliling telah merubah suasana menjadi lebib ceria. Kipas di siling mula berpusing membuatkan bayu bertiup lembut ke wajah.

"Nyamannya. Nasib baik elektrik dah ada."

Pap!

"Ala bodohnya aku cakap sorang-sorang."

Aku memerhati kawasan dalaman rumah ini. Meneliti setiap inci rumah sebenarnya menghadirkan beberapa siri ingatan nostalgia. Betapa banyak memori yang tercipta dalam rumah ini. Rumah di mana aku menghabiskan zaman kanak-kanak bersama-sama dengan-

Atuk.

"Oh ya, kat mana eh benda tu..."

Aku bergerak menghampiri almari televisyen. Kedua-dua almari kayu kecil yang berada bersebelahan dengan televisyen itu aku selongkar. Ada sesuatu yang aku ingin cari dan aku sangat yakin benda itu ada di sekitar sini.

Almari pertama kubuka perlahan-lahan. Agak keras dan sukar untuk dibuka pintunya. 15 tahun sudah, tentulah engsel pintu almari ini sudah berkarat. Tak banyak yang aku jumpa. Hanya beberapa keping surat yang masih bersampul. Aku membelek beberapa keping surat tersebut. Hanya bil-bil rumah pusaka ini sahaja.

Ktingg.

Aku menurunkan pandangan ke arah kakiku. Terdapat sebuah kunci terbaring elok sahaja bersebelahan kaki kiri. Surat-surat itu aku kembalikan ke tempat asalnya. Pintu almari itu kututup perlahan-lahan. Setelah itu, aku menundukkan badan untuk mengutip kunci yang terjatuh. Pastinya kunci itu terjatuh saat aku mengeluarkan surat-surat bil sebentar tadi.

"Jap."

Tangan kananku yang sudah hampir menggapai kunci emas itu aku berhentikan geraknya. Membiarkannya terawang-awangan betul-betul di atas kunci emas tersebut. Aku sudah sedia menundukkan tubuh namun entah kenapa terasa sukar untukku meneruskan gerak. Hasilnya aku membongkok untuk beberapa ketika tanpa menggerakkan walau satu otot pun. Entah kenapa perasaanku mula berasa kurang enak.

Kenapa rasa macam ada terlepas sesuatu eh? Hatiku membisik satu persoalan.

Pandangan pantas dialihkan ke arah almari kayu tadi. Sepertinya aku ada terlepas sesuatu di situ.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Dec 24, 2017 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

RUMAH PUSAKA Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz