Selangkah dua berjalan, dia terhenti. Matanya mencerun ke arah Camcodernya yang digalas Nuqman.

"Kenapa?" Nuqman juga tak jadi melangkah.

"Nak tu!"

"I'm a man of his word. Answer me and it's yours. Simple." Dia hanya menjungkit bahu dan berlalu pergi.

Berani dia! Macammana kalau aku cakap yang aku tak suka dia? Isyhh! Topkapi Palace ni! Rugi kalau tak ambil gambar! Dengan muka marah, Puteri melangkah laju lalu menepuk bahu Nuqman yang berjalan selamba meninggalkannya. Nuqman berhenti melangkah dan menoleh. Puteri pula tercegat tak bersuara. Hilang segala ayat dalam kepala. Nuqman melangkah semula. Bulat mata Puteri dibuatnya.

"Saya tak suka lelaki sebab fitrah lelaki dah rosak!" Haaa... ambik kau! Puas hati? Sibuk dengan fitrah aku yang dah rosak. Fitrah lelaki yang rosak, macammana? Puteri mula main kasar.

"Kalau fitrah lelaki dah rosak, macammana saya nak harapkan lelaki pimpin saya yang awak kata dah rosak fitrah ni?" Soalan makan dalam.

Nuqman terhenti melangkah, kaget seketika dengan jeritan dan jawapan Puteri. Dia berpusing ke belakang. Diam memandang tajam. Jawapan itu sebenarnya langsung tak dijangka. Puteri mencerunkan matanya lalu melangkah mendekati Nuqman.

"A man of his word, eh?" Puteri menghulurkan telapak tangannya. Nuqman hanya memandang matanya. Seketika terjeda. Tanpa mengalihkan pandangannya, dia meletakkan Camcoder itu di telapak tangan Puteri. Nuqman kembali senyum. Tangan Puteri yang sebelah lagi dicapai.

"Come, let's go inside." Eh! Macam mesra saja? Macam tak ada apa-apa saja? Terpelongo Puteri sesaat. Mahu tak mahu, kakinya melangkah sebelum dia diseret. Dia ni tak reti marah ke? Sikit pun dia tak rasa apa-apa? Sempat hatinya berbisik.

"Topkapi maksudnya Gerbang Meriam. And this is the Imperial Gate." Beritahu Nuqman apabila mereka melangkah melewati pintu gerbang yang kukuh berdiri itu.

"Menara yang di sebelah kiri pintu utama ni jadi penjara untuk hamba high-level yang buat jenayah masa zaman Uthmaniyah. Khabarnya pemancung akan basuh pedang lepas hukuman pancung dijalankan dengan air pancut depan pintu masuk tadi." Berkerut muka Puteri, ngeri bila mendengarnya.

Sebuah taman bunga yang luas menghijau berlatarbelakangkan Laut Marmara yang terbentang menyambut kedatangan mereka. Subhanallah! Permandangan yang sangat menenangkan jiwa. Puteri terpaku agak lama menghayati suasana. Selepas itu dia mula merakamkan tempat bersejarah itu dalam bentuk imej agar dapat dia lihat kembali nanti. Sememangnya semua ini sangat berharga.

Kemudian mereka melewati sebuah pintu gerbang lagi yang diberi nama Bab as-Salam atau Gate of Salutation.

"Istana dalam bahasa Turki disebut Sarayi. Di sinilah pusat pemerintahan hampir 400 tahun pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang merupakan salah satu empayar terbesar di dunia. Sultan-Sultan dengan ahli keluarga tinggal kat sini. Lepas tu bila Atartuk ambil alih, dia berpindah ke Istana Dolmabache."

"400 tahun? Wow! Lamanya istana ni..." Terpegun Puteri mendengarnya. Kukuh sungguh binaan orang di zaman dahulu.

"Kebanyakkan bangunan istana ni pernah musnah dalam kebakaran besar, rosak disebabkan gempa bumi tapi dibaik pulih, alhamdulilllah, kekal sampai sekarang."

Di sebelah kanan terdapat bangunan dengan cerombong udara di atas bumbungnya. Bangunan itu dulunya adalah dapur istana. Mereka melangkah melewati koridor sambil memerhatikan batu-batu bertulisan arab yang disusun di situ. Banyak peralatan untuk makan dan minum dari koleksi porselin dipamerkan yang berasal dari beberapa buah negara termasuk Jepun dan China. Peralatan untuk memasak pula disimpan di suatu sudut bangunan itu. Dan bertentangan dengan dapur istana, terdapat gudang senjata. Bangunan-bangunan itu berada di dalam taman dan suasana begitu damai.

MAKNA PADA RASAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz