“ Tapi apa? Hang tak payah buat ayat sekerat-sekerat boleh dak? Nak buat ayat bagi habis terus, suka sangat buat orang laguni” omel Endika perlahan, terdengar keluhan di bibir Zar Uzair.

“ Dia tu bakal tunang orang hang tau dak, Aku nak masuk line lagumana? Hang cuba bagi akai kat Aku, takkan Aku nak terus pi rumah dia bagitau mak pak dia aku nak kahwin ngan dia, pastu alasan aku nak bagitau apa? Bagitau hat kami ni dah buat benda tak elok? Hang ingat Aku gila sampai lagutu ka?’

Melopong Endika dibuatnya, dalam banyak-banyak perempuan yang single, perempuan milik lelaki lain juga si Zar ini berkenan.

“ Hang jangan buat leceh”

“ Hang nampak Aku tengah main-main ka, Aku serius la, dia tu bakal tunang orang, tunang dia tu kerja kat tempat kita, lagila haru”

“Tapi hang cakap bakal tunang kan?”

Zar mengangguk perlahan, membiarkan Endika berfikir seketika. Pipinya membahang panas, tidak pernah walau sekali dalam beberapa tahun dia bekerja di unit ini, bersama ahli kumpulan yang lain, dia menceritakan masalah peribadi dirinya kepada orang lain. Tapi kali ini lain, kerana Adwa Naila dia buka segala kisah.

Benarlah bahawa Adwa Naila telah membuatkan hatinya huru hara tidak menentu.

“ Haa Aku ada idea”

Zar menoleh ke arah Dika, senyuman nakal juga menghiasi wajah rakan yang seorang ini, lagilah bertambah rasa hairan di hati.

“ Hang kata dia bakal tunang kan, tak kahwin lagi kan?”

“ Haa, tak kahwin lagi, pasaipa hang tanya?”

“Awat hang ni lembap sangat, hang ambikla peluang ni, pi kenal dengan dia, hang pi jumpa mak pak dia, jangan kata nak kahwin terus, gelojoh sangat slow-slow la, selebihnya hang serah pada tuhan, kalau tuhan cakap dia tu jodoh hang Insyallah takkan lari punya la”

Termangu seketika Zar, rentak jantung di hati bagaikan badai yang melanda, kata-kata daripada Endika terus tepat ke hulu hati.

Benarlah, kalau serkiranya Adwa Naila itu memang tertulis buat dirinya, cepat atau lambat dia akan menggapai wanita itu, tetapi kalau benar Adwa itu bukan takdirnya nya, seharusnya dia lebih mengetahui bahawa tuhanya itu sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya. Terasa sedikit rasa lega menghembus ke segenap pelusuk tubuh badan.

Kerana apa yang kita sangkakan terbaik buat diri kita, mungkin hakikatnya itu adalah yang terburuk, ada kalanya kita salahkan tuhan, bertanya mengapa dan mengapa, walhal tuhan itu sedang melindung kita.

Zar mengangguk perlahan, benar apa yang dikata oleh Endika,

“سُبۡحٰنَ الَّذِىۡ خَلَقَ الۡاَزۡوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۡۢبِتُ الۡاَرۡضُ وَمِنۡ اَنۡفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُوۡنَ‏”  - Yasin 36

Seusai menuturkan kalam suci Allah, Endika menepuk lembut bahu Zar, matanya biaskan rasa kasih pada insan yang bergelar sahabat di dunia dan Isyallah di syurga kelak, lalu dengan senyuman yang tersenyum simpul dia berkata,

“Aku tau hang jenis lagumana, bukanya hang suka usung anak dara orang sana sini, kalau Qa’id tu lainlah semua dia bedai, Aku ni berapa banyak kali kena cover perangai dia tu, tapi hang lain Zar, Aku tau hang ni jenis macam mana, Insyallah hang boleh dapat”

Lagi terharu Zar rasakan, Endika ini perangai nya suka melawak, berbuat jenaka, senang cerita dia adalah “Joker” dalam kumpulan GAMA, namun siapa sangka hari ini, Zar melihat satu lagi sisi lain seorang Endika Ukasyah, Endika yang tenang dalam melafazkan kata-katanya, Endika yang memberikan kata semangat dan dorongan padanya.

ZARUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum