“mama dengan papa ada dekat rumah uwan. habis rosak pelan aku untuk luangkan masa dengan uwan.” rungut gadis itu. kasutnya diletakkan dalam rak khas kasut.

helmet full face yang berada ditangan gadis itu pula diletakkan keatas almari kasut. senang untuk dia mencapai helmet itu nanti.

kemudian, Dayana menghayunkan langkah kearah ruang tamu. sofa kosong yang berada dihadapan television itu menjadi sasaran untuk dia merebahkan tubuhnya.

Dayana baring diatas sofa tersebut. sebelah lengannya dijadikan alas kepala. matanya cuba untuk dipejamkan.

Irisy hanya diam. dia bahkan sudah lali dengan isu keluarga yang dialami oleh Dayana. gadis itu tidak pernah ada hubungan yang baik dengan ibunya.

anak mata coklat milik Irisy turun pada telepak kaki kanan Dayana. bandage yang berbalut kemas pada kaki gadis itu menarik perhatiannya.

“kaki kau kenapa?” soal Irisy.

“gaduh dengan mama. biasalah itu. macamlah ini kali pertama aku terluka akibat ulah mama.” santai sahaja Dayana menuturkan ayatnya.

benarlah apa yang dikatakan oleh Dayana itu. ini bukanlah kali pertama Dayana pulang dengan luka yang berat.

jika diikutkan, dia juga tidak tahu ini sudah kali ke berapa Dayana terluka akibat Puan Dhalila. namun gadis itu sabar dengen kerenah ibunya itu.

beberapa bulan kelmarin, Dayana pulang ke rumah dengan luka yang agak teruk pada dahi gadis itu.

ada juga pernah sekali, lengan kanan Dayana berbalut dek kerana melecur. katanya Puan Dhalila tidak sengaja mencurahkan air panas pada gadis itu.

paling teruk, Dayana pernah dikejarkan ke hospital akibat luka - luka berat yang gadis itu terima. salah satu puncanya adalah tekanan emosi yang mengganggu Dayana.

Irisy dan rakan serumah yang lain tidak tahu bagaimana ingin membantu Dayana. kalau mahu membuat laporan polis karang, isu ini semakin teruk.

bahkan Dayana melarang keras mereka untuk membuat laporan polis. katanya, lambat laung, Puan Dhalila akan sedar juga dengan perbuatannya.

“yang lain mana? sunyi aja rumah.” soal Dayana seraya mengalihkan topik perbualan mereka.

“Dianah dah balik rumah umi dia. Iman dengan Marissa ada dekat cafe. Fariesha pun ada dekat rumah ibu dia lagi.” jelas Irisy.

Dayana mengangguk faham. kelopak matanya mulai memberat. perlahan - lahan gadis berambut separas tengkuk itu diulit lena.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ BULAN DEPAN aku kahwin.”

“puft──”

air yang barusan sahaja disisip oleh Marissa tersembur keluar. Iman yang duduk dihadap gadis itu menjadi mangsa semburan air yang keluar daripada mulut Marissa itu.

“Chot! gelilah!” berang Nuriman. gadis itu bangun lalu berjalan kearah dapur.

“kau biar betul, Ja? tak ada angin tak ada ribut, terus nak kahwin?” soal Dianah tidak percaya.

“ini ke Dayana Zhalifah yang aku kenal? bukan ke senah ini tak mahu kahwin? kenapa tiba - tiba berubah fikiran pula ini?” kini Irisy pula bersuara.

“panjang cerita dia. ah! kau orang tak perlulah tahu. yang penting kau datang sahaja nanti.” ujar Dayana.

“kau kahwin dengan siapa? Jaehyun ke? setahu aku, kau bukannya ada balak pun.” sampuk Iman.

gadis itu kembali semula dengan sehelai kain lap muka. nampaknya Nuriman baharu sahaja mencuci wajahnya.

“lelaki yang kau orang pernah nampak itu. yang Chot kata dia bawa Honda Civic hitam itu.”

“sumpahlah, Jaja? hari itu kau kata dia cuma kawan.” soal Marissa.

“kan aku dah cakap, ceritanya panjang. ada masa aku ceritalah. buat masa ini, aku mahu uruskan hal yang sepatutnya dahulu.”

“alah, pendekkanlah.” rengek Marissa.

gadis itu masih ingin mengorek rahsia daripada Dayana.

“tak nak. aku tak mahu.”

“Jajaaaa.” lagi - lagi Marissa merengek.

Dayana mengeluh perlahan. mahu tidak mahu, dia harus menceritakan semuanya juga. kalau tidak, Marissa akan terus - menerus merengek seperti kanak - kanak kehilangan mainan.

“yelah, aku cerita.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

MACAM ITULAH ceritanya.” ujar Dayana usai mencerita keseluruhan kisah.

habis melopong rakan serumahnya itu. seperti tidak percaya dengan apa yang barusan mereka dengar.

“sumpahlah? teruk gila. ada ke patut mama cakap kau macam itu. tak baik betul.” kutuk Marissa.

geram apabila mendengar cerita Dayana.

bahu Marissa ditepuk kuat oleh Iman. gadis berambut panjang itu menggelengkan kepalanya, “tak baik cakap mak orang macam itu. mesti ada sebab kenapa──”

“kau tak ada dekat tempat Jaja. kalau kau jadi Jaja, agak - agak kau buat apa?” soal Marissa sarkastik.

Irisy mengeluh perlahan. tubuh Marissa dirangkul daripada belakang. budak kecil ini bukannya padan dengan kecil.

tubuh sahaja pendek. namun akalnya panjang lain macam. takut cawan teh itu melekat dekat muka Iman sahaja nanti.

“tak apalah, Ja. mungkin ada hikmah kenapa Allah itu atur hidup kau begini. tentang hati dan perasaan, kau boleh pupuk rasa itu selepas kahwin nanti.” ujar Dianah.

“buat masa ini, kau cuba terima Ziyad dahulu, ya? walaupun aku tahu kau masih takut akan lelaki disebabkan oleh Ezham tak guna itu.” tambah Dianah lagi.

Marissa mengangguk laju, “betul. lagipun aku tengok Ziyad itu jauh lebih bagus daripada Ezham. muka pun handsome. tak macam Ezham, rupa entah macam apa.”

“tak baik kutuk orang, Chot.” tegur Irisy. lengan Marissa dicubit kasar.

“sakitlah.”

gadis itu memayunkan bibir. lengannya yang menjadi mangsa cubitan Irisy itu digosok lembut. Irisy itu, jari sahaja kecil tetapi kalau bab mencubit orang kemain sakit lagi.

“lagipun Ja, aku tengok Ziyad itu okay sahaja. dia tak pernah ajak kau keluar selepas maghrib. kalau dia ajak kau keluar, dia pasti akan hantar kau pulang sebelum waktu maghrib. he's the whole green forest.” tambah Iman pula.

Dayana hanya menggumam kecil. rakan - rakan serumahnya juga turut menyokong keputusan buru - buru Dayana itu.

bahkan siap puji Ziyad melambung lagi. ini kalau Ziyad dengar secara langsung, mahu dia kembang setaman.

“aku harap pilihan aku kali ini tepat.” gumam Dayana perlahan.

“In Sya Allah. tepat punya ini.”

Bintangku जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें