RFL : 1

3.5K 350 41
                                    




╔══  ≪≪≪≪ °❈°  °❈° ≫≫≫≫ ══╗


       INDAH dipagi hari dengan bunyi kucupan burung-burung yang berterbangan di luar rumah menghinggap pokok-pokok tumbuh tinggi ke sarangnya.

Tangan sibuk membetulkan rambutnya yang panjang dan lebat agar kelihatan kemas dan cantik . Mata pula tetap fokus memandang pantulan wajah di cermin soleknya.

Bibir mula mengukir senyuman manis apabila rambutnya memberi kerjasama yang baik dan wajah ditacap dengan cantik menggunakan solekan yang tidak terlalu tebal.

Kaki mula berdiri tegak dan mengorak langkah ke arah cermin yang lebih besar untuk memastikan pakaian terletak kemas

Baju hoodie berwarna coklat dengan rambut hitam lebat dibiar lepas ,Baju disarung kemas ke badan sekadar memastikan keselesaan diri sendiri untuk keluar.

Topi berwarna coklat kemas dipakai diatas kepala sebagai perhiasan . Kasut berwarna cream dikeluarkan dari kotak kasut yang disusun kemas disetiap almari dan stokin putih diambil untuk disarungkan ke kaki.

Hello...
Nama aku Aurora Tiara Estella. Panjangkan ...
Yes aku tahu nama aku macam nama puteri terlepas daripada kandang.
Entah apa yang mak aku fikir masa beranakkan aku sampai muncul nama macam tu.

Apa-apa pon nama aku tetap cantik hehehe.
Mungkin mak aku baru lepas tengok disney kot sebelum lahirkan aku...
Tapi zaman tu ada disney dah ke?
Bukan ke?...

Eh apa-apa je lah...
Okey sambung balik.
Nama aku Aurora Tiara Estella.
Semua orang panggil Tiara sebab nampak melayu , Nama lain macam puteri terlepas dari kandang. Putera raja mana?
Tiada sebab putera raja nampak aku terus lari sekian...

Aku baru berumur 24 tahun, Muda kan.. Aku tahu hehehe malu saya. Dan jangan fikir aku tak bekerja ye.. Aku merupakan penulis novel.
Dan pada yang sama memang aku suka baca novel . Bilik aku lebih banyak buku berbanding pakaian.

Itu sahaja daripada saya...

Tiara mula mencapai beg tangan silang kecilnya sebelum mula kembali mengorak langkah turun ke bawah untuk bersarapan.

satu persatu langkah Tiara menuruni tangga hingga ke bahagian ruang tamu lalu terus mengorak langkah masuk ke bahagian dapur.

"Selamat pagi ibu !!"-Sapa Tiara dengan senyuman yang tidak lekang di bibir lalu terus menarik kerusi meja makan dan mula mengambil tempat dia atas kerusi tersebut.

Puan Linda yang baru mengalihkan wajah memandang anak daranya yang baru turun terus mengukir senyuman sambil mengaut nasi ke dalam pingan.

"selamat pagi juga... ini Tiara mahu pergi mana?" Balas Puan Linda mesra dengan senyuman.

"Mana lagi ibu... Pergi jumpa kak mawar la" Kata Tiara sambil mengunyah roti kaya yang dihidang cantik di atas meja.

"Wahh... Macam mana cerita yang kamu tulis sekarang... seronok tak?" Soal Puan Linda mesra sengaja mahu membuka topik bualan di pagi hari bersama anak daranya.

"seronok ibu... Untuk buku kedua akak.. Akak tulis cerita lain sikit" Ujar Tiara dengan riak wajah yang tetap ceria.

"Apa tajuknya?" Tanya Puan Linda lembut. Matanya beralih kearah anak daranya dengan tangan sibuk menuang kopi panas ke dalam cawan bercorak bungai biru itu.

"Love Prince Alexander Darriel" Balas Tiara dengan senyuman melebar.

"Amboi... Tajuk cantiknya" Kata Puan Linda dengan senyuman melebar memandang Tiara yang masih sibuk makan.

 A Royalty Female Lead [ FANTASY ]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें