Bab 10 | Butterfly

Bắt đầu từ đầu
                                    

   "Baru je sampai."

    "Ada apa datang sini?" soal Fiya.

    "Oh! Saya datang nak jumpa Qaisara. Nak ajak dia keluar." jawab Qash.

    Aku memeluk tubuh. Aku perasan Fiya sempat menjeling aku. Aku hanya buat tak tahu.

   "Oh? Lepas tu?"

   "Dia tak nak ikut."

   Terus aku mencerlung ke arahnya. Eyy mamat ni tak cari pasal ke apa?

   Fiya memandang aku.

   "Asal kau tak nak ikut?"

   "Kau nampak kan aku tengah buat apa tadi?" soalku geram.

   "Oh! Lah, itu aku pun boleh tolong settle kan. Pergi jelah keluar dengan Qash." balas Fiya membuatkan mata aku terbeliak.

    Alahai Fiya... Kenapa kau jawab macam tu? Kau faham tak aku tak nak keluar dengan dia? Faham tak?!

   Qash sudah tersengih kemenangan.

   Aku pula rasa nak cekik dia. Grrr!











    AKU sedari tadi hanya diam di dalam kereta. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut aku. Ya! Aku nak tunjuk protes!

     Iya lah, mana aku tak bengang? Fiya paksa aku keluar dengan mamat 'pinggan' sebelah aku ni!

    Qash pula dari tadi asyik tersenyum sahaja. Geli hatinya melihat wajah Qaisara yang sedang marah. Comel kau tahu tak comel?

    Qash berdehem perlahan.

   "Diam je? Marah aku lagi ke?"

     Aku hanya buat tak dengar. Ha ya! Aku tengah marah sekarang ni!

    Qash yang melihat tiada respon daripada Qaisara mengambil keputusan untuk diamkan diri sahaja. Marah lagi lah tu!

     Qash membelok ke kiri memasuki perkarangan stesen minyak.

    "Buat apa berhenti sini?" soalku.

    Qash merenung ke arah aku. Kemudian dia melihat sekeliling pula.

    "Kau nampak kita dekat stesen minyak kan? Buat apa lagi? Takkan main bola pulak." balasnya selamba dan terus keluar dari kereta.

Erk?

    Err... Okay agak bodoh soalan aku tadi. Tangan aku naik menepuk dahi berkali-kali.

    Sedang aku menunggu Qash di dalam kereta, tiba-tiba mata aku terlihat ada seekor kucing yang sedang berjalan terhincut-hincut tidak jauh dari aku. Pantas aku mencari tote bag aku. Tangan aku meraba-raba isi dalam bag. Setelah menjumpai sepeket kecil makan kucing dan minyak gamat, aku terus keluar dari kereta. Kaki aku laju melangkah ke arah kucing yang sedar terhidu-hidu sesuatu di rumput.

    Qash yang baru melangkah keluar dari pintu stesen minyak itu ternampak kelibat Qaisara yang baru keluar dari keretanya.

    "Nak ke mana pulak mak nenek tu?" soal Qash hairan.

    Qash melangkah menuju ke keretanya. Matanya tidak lepas dari memandang tingkah laku gadis itu.

    Sebaik sahaja aku tiba di hadapan kucing itu, aku mencangkung di hadapannya.

    "Hey, awak lapar eh?" kata aku.

     Kucing itu memandang aku dengan mata bundarnya. Dia menghampiri aku dan menggeselkan badannya di kaki aku.

Mr Annoying Vs Miss BekuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ