"Suami puan sakit apa?"

"Sakit mental. Kadang-kadang tu, sawan babi dan ada meroyan sikit-sikit."Ucap Mawar sinis. Tak habis-habis tanya fasal dekat mana suami! Nafas tergetus sendat. Harap Hayden tak buat perangai dalam kedai ni lah nanti!

Ketawa kecil lelaki itu. Hayden kelihatan seluk sesuatu dalam poket jaket.

"Dalam ada duit RM5000. Aku rasa puan sangat perlukan sangat duit RM5000 ni lagi-lagi puan pun tengah mengandung. Jaga kesihatan baik-baik. Esok aku tak nak muka puan kerja dekat sini lagi."Suara Hayden bertukar tegas, mata pula kian runcing bak mata seekor helang.

"Saya tak perlukan duit awak. Awak jangan buat hal dalam kedai ni. Percuma saya kena buang kerja. Saya nak cari rezeki dekat mana kalau saya kena pecat!"Bentak Mawar seraya berusaha mengambil ton suara.

"Kalau tak nak ambil duit ni ikut aku balik. Aku tak nak berkasar dengan kau, Mawar. It's been 5 months! Aku rasa dah cukup. Hentikan semua ni. Kau tengah mengandung sekarang ni. Aku dah tak nak layan bodoh kau ni. Terkejar-kejar kau, tercari-tercari kau macam orang tak betul!"Hayden jadi agresif. Pergelangan tangan Mawar disambar.

Mawar cuak. Ada mata-mata pelanggan di dalam kedai mulai menala dengan pandangan kurang senang kepada mereka. Nafas kian berombak kencang. Dicari kelibat Cherry tapi tak kelihatan. Lidah juga lumpuh mahu mengeluarkan sebarang suara.

"Lepaslah, Hayden! Orang tengah perhatikan kita. Awak ni memang tak pandai malu ke apa?!"Mawar menggertak benci dalam bisikan. Geram dan sakit hati.

"You're pregnant woman, Mawar! Jangan degil sangat. Aku peduli apa. kalau orang tengok aku. Aku nak bawa kau balik. Aku ada hak ke atas kau!"Pujuk Hayden separa memaksa.

"Saya bekerja untuk kelansungan hidup. Awak dah pernah berjanji untuk lepaskan saya lepas awak dah ambil semua yang saya ada. Ini bukan anak awak. Sekali lagi, Encik Hayden ini bukan anak awak! Bukan objek yang akan diperalatkan untuk menjadi hamba harta kekayaan Gambino!"Mawar ambil segelas kopi pelanggan yang masih tinggal setengah di dalam cawan. Splashhh! Disimbah kasar pada muka Hayden.

Terpaku automatik Hayden di depan Mawar. Nafas dicungkil, rahang bergerak laju. Diketap sehabis hati.

"Keluar dari kedai ni. Kalau nak jadi pelanggan, jadi pelanggan yang berhemah sikit. Saya tak amalkan prinsip customer always right." Sembur Mawar. Sesudah itu, kaki didayung cepat pergi dari situ. Apron dibuka, dihempas baran atas meja.

"Sophie!"

"Kenapa kau buat customer macam tu, Sophie?! Ya Allah!"Cherry , lelaki berperwatakan lembut itu segera mencapai kotak tisu. Berlarian anak cuba mendapatkan penjelasan Mawar. Kesian pulak crush kena simbah dengan air kopi! Lesap imej handsome.

"Dia bagi saya duit. Nak ajak saya tidur. Bodoh punya jantan. Dia tak tengok ke apa saya dah tengah mengandung? Kalau mengandung tu, maksudnya dah ada suami!"Bentak Mawar di pantri.

Terkedu Cherry di sebelah Mawar.

"What?! Tak ada sivik punya jantan! Jahat!" Dengus Cherry. Menonong cepat dia keluar pantri sambil mengepal penumbuknya. Geram.

"Eh, jantan!"Cherry panggil kasar Hayden yang sedang meloloskan diri dari pintu utama Woody Espresso.

Hayden kerunyut kening. Jaket kulit yang lencun ditepis dengan tapak tangan. Mengecil anak matanya meneliti penampilan hybrid Cherry. Separuh lelaki, separuh pula perempuan.

"Kau ni memang tak reti hormat wanita ke? Dahlah tengah mengandung lepastu kau sedap-sedap ajak orang nak berone night stand? Jantan macam kau ni lah perlu pupus? Muka saja handsome tapi jahat!"Marah Cherry.

Hayden terpinga-pinga bodoh selepas dihentam mulut Cherry. Sudahlah kena simbah air oleh Mawar, kena fitnah pulak dalam kedai kopi ni. Apa kes ni, sial?

"Sorry, kau salah orang."Tutur Hayden selamba. Pintu kedai ditolak keluar. Phone diseluk dalam seluar jeans sambil matanya meliar mencari arah Darvon memarkirkan kereta.

"Heh, kau cakap aku salah orang? Kau ni tak pernah rasa penampar pondan?"Cherry tak puas hati.

"What?"Hayden masih tak faham.

"Nak rasa penampar pondan?"

"No. But, sorry i'm not interested. Thankyou for the offer." Hayden geleng kepala tanda tidak mahu diberi penampar pondan. Lagi pula, dia kurang faham dengan maksud penampar pondan. Adakah jenis makanan atau minuman?

Lain kali, kalau nak pergi kedai ada perempuan lawa jahit kelopak mata tu. Tak usah nak menggatal,  offer duit ribu-riban dekat sini. Sini bukan tempat jual ayam. Kalau nak ayam, pergi kelab malam. Maksud aku, ayam betina. Takut kau pergi KFC pulak nanti nak tempah ayam untuk one night stand. Kalau aku tampar kau ni, sampai Marikh kau terbang!"Gertak Cherry. Bak! Pintu kedai ditutup rapat.

Hayden masih terkebil-kebil. Gila punya Hybrid! Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pula nak lempang orang ke Marikh. Nombor Darvon didail.

"Darvon, kita pergi hospital sekarang. Aku nak jumpa dengan Datuk Omar."

Di satu sudut, Mawar sekadar menghendap tindakan Cherry memarahi sakan lelaki itu.

Kening di picit perlahan selepas sosok Hayden benar-benar hilang dari kedai itu. Tiba-tiba pula nak muntah hijau bila bertentang mata dengan Hayden. Badan disandar lemah pada pintu kabinet. Jauh dalam sudut hati, dia bersyukur kerana dapat melepaskan diri sekali lagi dalam cengkaman Hayden. Nafas ditarik dalam. Perut dielus lembut.

"Sabar ya baby, mama akan bawa baby jauh dari papa yang jahat tu kalau mama dah kumpul duit banyak-banyak."Monolog Mawar sendirian. Nafas semput dihela keluar berkali-kali. Mencari oksigen yang baik untuk meredakan hatinya yang dilanda puting beliung.

****
14. 07. 2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Место, где живут истории. Откройте их для себя