"Boleh lah ni."

Langkah di buka menghampiri Ayra yang masih lagi menangis.

"Nah."

Ayra pandang huluran kotak tisu itu dengan wajah berkerut. Namun, segera kotak itu dicapai. Di tarik keluar sehelai tisu.

"Srett!"

Arian sudah berkerut menahan geli. Selamba badak saja gadis itu buang hingus di hadapannya. Pengotor!

"Teruk betul kau ni."

Zap!

Tajam jelingan Ayra. Di campak tisu yang sudah kotor itu ke arah Arian. Dicapai pula tisu baharu. Menyakitkan hati.

"Pengotor lah kau ni! Memang tak ada lah lelaki nak dekat perempuan pengotor macam kau ni."

Dengar saja bicara Arian semakin menjadi jadi tangisan Ayra. Terhinggut hinggut bahunya melepaskan esakan.

"Ya Allah! Aku salah cakap ke?"

"Saya baru lepas break up tau!"

"Dah tu, salah aku ke?"

"Ya! Awak kan lelaki! Semua lelaki sama lah!"

Arian garu kepala yang tak gatal. Dugaan sungguh!

"Minum ni."

"Kau nak tahu tak? Aku pun baru je lepas kena reject." Ringan pula mulut Arian bercerita.

"Entah betul ke tidak. Lelaki ni bukan boleh percaya. Entah entah awak kelentong saya." Ayra jeling tajam Arian. Muka baik ni tak boleh percaya. Entah entah penipu. Macam Taufik tu lah.

"Terpulang kau lah nak percaya ke tak. Kita pun bukannya kenal mana. Entah lepas ni kita tak jumpa lagi pun. So sama ada aku tipu kau atau tak, tu semua tak penting." Malas hendak bergaduh mulut Arian layankan sahaja amarah Ayra. Bungkusan lolipop di tangan di buka kemudian di hulur ke arah Ayra. Satu lagi dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Tak nampak macam lepas putus cinta pun."

"Dah tu kau nak aku nangis macam kau ke?" Arian jongket keningnya. Sinis.

"Lelaki tu. Dia bagi saya kad jemputan kahwin dia. Dia nak kahwin dengan menantu pilihan ibu dia." Berjuraian air mata Ayra. Sakit hatinya belum surut. Sebaik sahaja dia hantar ayahnya pulang ke rumah terus dia tinggalkan keretanya di garaj. Berjalan kaki tanpa arah tuju. Sekadar meninggalkan pesan bahawa dia keluar bersama rakan dan akan pulang sebelum lewat malam. Hakikatnya dia sekadar membawa langkah tanpa tujuan dengan harapan dapat mengurangkan kesedihan di hati.

"Lelaki tu. Dia dah beri saya harapan. Lepas tu dia musnahkan." Entah mengapa Ayra jadi selesa meluahkan rasa yang menebal di hati. Arian pula lebih selesa mendengar. Sedikit sebanyak dia faham apa yang Ayra rasakan. Mungkin juga mereka berkongsi rasa sakit yang sama.

"Bukan saya tak cuba. Saya dah puas cuba lembutkan hati ibu dia. Tapi tak berjaya."

"Ayra... Akan ada satu fasa di mana sepahit apa pun perkara yang kita lalui, kita kena terpaksa terima. Memang berat tapi kita kena faham mugkin bahagia orang yang kita sayang bukan dengan kita." Arian ukir senyuman nipis. Ya, itu lah yang sedang dia hadapi sekarang.

"Tapi..."

"Ayra... Pintu terbesar menuju ketenangan tu adalah ikhlas. Ikhlas dengan apa yang dah terjadi. Ikhlas untuk terima apa yang Allah dah tetapkan. Ikhlas tu adalah menerima kenyataan dan merelakan kepergian. Faham?"

Ayra angguk sedikit. Air matanya di kesat. Lolipop di sumbat ke dalam mulut.

"Awak kena reject macam mana?"

"Dia tolak pinangan aku. Tu lolipop tu dia punya."

"Huh!" Ayra segera keluarkan lolipop dari dalam mulutnya. Matilah! Hak milik orang dia dah makan!

"Eh! Tak! Lolipop tu aku selalu guna untuk pujuk dia."

Fuh! Ayra tarik nafas lega. Sekilas matanya menangkap beberapa kesan torehan di pergelangan tangan Arian. Jangan kata dia intai anak orang pula! Dah Arian tu lipat lengan baju sampai ke situ anak kucing pun boleh nampak. Berkerut keningnya.

"Tu, kenapa?" Ayra tunding jari ke arah tangan Arian.

Arian sekadar senyum pahit. Matanya juga beralih memandang kesan luka di pergelangan tangannya. Sudah mula membaik. Berharap agar di hati juga segera pulih seperti mana parut yang telah dia lakarkan.

Pap!

Arian kerut kening bila sticker comel berbentuk bintang itu di letakkan di atas lengannya. Matanya beralih memandang Ayra yang sudah melakarkan senyuman. Tidak tahu senyuman itu untuk apa namun lebih baik begitu daripada dia hendak melayan tangisan gadis itu.

"Kenapa?"

"Saya tak tahu apa yang awak lalui tapi saya tahu ianya menyakitkan."

"So?"

"I put a star on your scars. Cantik kan?"

Arian ukir senyuman. Matanya ralit memandang tangan sendiri. Tersentuh.

"I am tired drawing by my own." Tanpa sedar Arian mengeluh sendiri.

"Please don't hurt yourself. You don't deserve all this bad stuft. I'm proud of you, so don't hurt yourself." Ayra hulur senyuman. Walau dia tahu ianya tak dapat kurangkan rasa sakit dalam diri Arian.

"People think my life is easy. They don't even know how hard it is to keep all my problems to myself and hide my sadness from everyone. Suck."

Ayra kelu mendengar luahan Arian. Siapa sangka bila dia fikirkan yang dia hadapi masalah paling besar sedangkan ada manusia lain yang sedang di uji lebih keras.

"Awak tahu kenapa saya terkesan sangat dengan kehilangan ni?"

Geleng.

"When i am with him, everything in the world stops and for just a moment all the pain that i carry around with me every day is gone. With just a smile from him, i feel healed but the moment he leaves, the piece of me he filled is empty and all the pain comes barrelling back in like a tsunami."

Ayra tarik nafas seketika. Dia bangkit dari duduk.

"Tapi saya faham yang pergi akan tetap pergi walaupun kita dah jaga sebaik mungkin dan yang datang akan datang walaupun kita tak menginginkan kedatangannya." Ayra seluk poket seluarnya. Beberapa keping sticker bercorak bintang di hulur kepada Arian.

"Mungkin nampak remeh. Tapi saya harap tiap kali awak rasa kehancuran dalam diri awak, awak tak cederakan diri awak lagi. Sebaliknya letakkan sticker ni dekat tempat tu." Jarinya menunding ke arah lengan Arian. Melihat pada kerutan di dahi Arian, Ayra ukir senyuman. Mengerti.

"Cuba untuk letakkan keindahan dalam setiap luka."

Arian kelu seketika. Dia hanya diam sehinggalah kelibat kereta berhenti di hadapan mereka.

"Saya kena balik. Jaga diri." Arian bangkit dari duduk. Dia kemudiannya masuk ke dalam perut kereta. Hanya beberapa saat sebelum cermin kereta di turunkan.

"May Allah replace your sadness with joy and what you lost with something better." Arian ukir senyuman.

Hilang saja bayang kereta tersebut Ayra kembali ukir senyuman.

"Moga jumpa lagi."

Ayra tepuk dahi sendiri bila sedar akan sesuatu. Lupa nak tanya nama!



Kita mendapat kekuatan dari hebatnya sebuah rasa kehilangan kerana itulah apa juga jangan digenggam erat akan sesuatu perhubungan. Yakin pada takdirNya dan sentiasa ingat jika tiada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud. Jika tiada suara untuk meluah, masih ada hati untuk berdoa.

Kerana CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang