"Kenapa? Kenapa aku dipermainkan? Teruk ke aku ni?" Matanya sudah basah dek air mata yang tidak berhenti sejak tadi. Dia tertunduk. Hatinya meraung. Tak! Tak Inayah. Takdir kau dah cukup cantik. Allah tak jadikan kau dengan dia, sebab ada lelaki yang lebih baik dari manusia tu. Kuat Inayah, kau kuat! Hatinya berbisik. Dia tidak boleh leka dengan perasaan. Buat apa nak sedih untuk lelaki seteruk itu? Buang masa. "Inayah, be strong!" Dia menarik nafas dalam. Dihembus perlahan-lahan. Terasa lega. Dia lebih tenang kemudiannya. Pemanduan diteruskan. Dia ingin berehat di rumah. Dia tiada semangat pada hari ni. Mungkin hari esok lebih baik. Dia kan pastikan dia lebih kuat dan cukup tabah untuk mengharungi pelbagai kemungkinan nanti. Dia tersenyum.