Setelah kematian bapanya, Hannah mengetahui satu rahsia yang telah disimpan rapi oleh arwah bapanya. Kerana rahsia itu lah, bertahun Hannah menangguhkan hasratnya untuk pulang ke kampung halaman. Teringatkan wajah Ibu tirinya nya, hati nya menjadi longlai. Tidak sanggup untuk dia bertemu dengan orang itu buat masa sekarang. Tetapi, sampai bila dia harus lari? Satu hari dia pasti akan bersua juga dengan mereka. Lalu, Hannah membuat keputusan untuk meninggalkan negara Swiss dan pulang ke tanah air. Namun hatinya masih berkeras untuk bersua dengan ahli keluarganya. Jadi dia membuat keputusan untuk hidup menyendiri dulu di Kuala Lumpur sehingga akhirnya dia terjebak dengan satu masalah yang lagi serius. Diantara duit dan keluarga, mana satukah menjadi keutamaannya untuk masa sekarang?