Izz... Lelaki yang berada di puncak kerjayanya. Punya kedudukan membuatkan dia menjadi buruan wanita. Apatah lagi dia jenis yang melayan. Hingga dilabelkan sebagai playboy. Namun mereka hanya sekadar kawan sahaja. Tasya... Gadis yang nampak biasa akan tetapi punya kedudukannya sendiri. Sejak mula lagi dia tidak ngam dengan Izz. Pada pandangannya lelaki seperti Izz itu tidak mampu untuk menjadi suaminya. Tidak mampu menjadi pemimpin keluarga. Lelaki itu selayaknya dipanggil buaya! Mereka tidak pernah sehaluan. Izz terlalu ego. Tasya terlalu prejudis. Mustahil sekali mereka akan bersama. "Eh anak singa. Kau memang sengaja nak kenakan aku kan? Siap kau!"- Izz Zulfan "Eh buaya! Dah memang aku tak sengaja. Kau nak tuduh-tuduh aku tu kenapa?"- Areena Natasya Namun munculnya Mia, anak kecil yang menuntut perhatian mereka berdua. Mampukah Izz dan Tasya aman demi anak istimewa itu? Start ~ 27/8/22 End~