Prince Adrien Hadief, terkenal dengan sosok seorang yang dingin dan hati beku kerana sikapnya yang acuh tak acuh itu. Bercinta? Dia tiada masa untuk itu. Prinsipnya mudah. Bekerja adalah keutamaannya atau lebih tepat lagi life is all about money. Benar, duit boleh dicari tapi kebahagiaan tidak. Namun bagi pemuda itu, kebahagiaan itu tidak utuh di dunia ini. Apatah lagi yang namanya cinta. Dia sudah serik mendengar perkataan cinta kerana dia pasti pada akhirnya cinta itu sendiri akan mengkhianatinya. Namun, berbeza pula bagi Qaisarah Ellena satu-satunya gadis ceria dan penuh dengan energy yang positif itu. Bagi gadis itu pemuda itu mempunyai segala-galanya kecuali satu perkara. CINTA. Ya, dia nampak dalam diri pemuda itu yang kekurangan zat besi vitamin 'cinta' dan 'kasih sayang'. "Kalau macam tu, kahwin dengan saya." "Baiklah. Saya setuju." "That fast? Interesting." "Saya akan buat apa je yang awak nak tapi ada syarat." "Hm. Apa dia?" "Izinkan saya untuk mencintai awak." Misi membuatkan si Mr Prince jatuh hati kepadanya bermula sejak saat itu. Sakit jika ditolak? Qaisarah Ellena tidak kisah tentang itu. Apa yang penting, dialah ratu pemilik hati seorang Prince Adrien Hadief. "Don't expect more from me, Princesse. You will be hurt." - Prince Adrien Hadief "I don't care. If only loving you hurts, then I'm willing to die hurt loving you." - Qaisarah Ellena ⚠️ read at your own risk ;)