'I may be heartless, but you're naive' Kehilangan Rose Adeline di dalam hidupnya telah membuat separuh jiwanya mati. Penangan gadis cantik itu benar-benar memberi impak yang besar kepada diri Luthfan Hariez. Bertahun dia cuba untuk melupakan gadis itu dan mula membuka hatinya untuk gadis lain. Namun seorang pun tidak dapat mengganti tempat Rose Adeline di hatinya. Sehinggalah satu hari, pertemuan singkat yang tidak dirancang telah menemukan dia dengan seorang gadis yang amat persis dengan Rose Adeline. Berkali dia mendesak gadis itu dan jawapan yang diterimanya tetap sama. "Saya Mawar, bukan Rose!" Akhirnya, Luthfan Hariez sendiri memutuskan untuk mendekati gadis misteri itu dan mencuba mencari maklumat tentang latar belakangnya. Dia yakin gadis itu pasti ada kaitannya dengan Rose Adeline. Semakin lama, satu perasaan asing mula muncul di dalam hati Luthfan Hariez. Ya, dia tahu perasaan itu. Perasaan yang sama ketika dia bersama dengan Rose Adeline dulu. Namun, atas sebab tertentu dia memilih untuk diam. "I hate that I'm still hoping." Bagi Mawar Adreanna pula, apa yang dia inginkan hanyalah kebahagiaan. Hanya bersama Luthfan Hariez, dia akan dapat apa yang diinginkan. "Choose me or lose me." Apakah yang akan menjadi pilihan Luthfan Hariez? Siapa pula identiti sebenar Mawar Adreanna?