Seth Fareed,seorang lelaki yang menyimpan 1001 rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.Rahsia yang melibatkan anak yang dijaga dari bayi lagi iaitu Aril Huzairi. Aya Sabrina,kawan sepermainan Seth Fareed ketika mereka berjiran dahulu.Dia yang baru berumur 19 tahun telah merancang untuk membuka cafe sendiri dengan bantuan ibu bapanya untuk membeli bangunan yang sudah dipilihnya. Mereka berjumpa semula di kenduri di rumah Seth Fareed setelah 7 tahun tidak bersua muka dan bermulalah fasa berkenalan semula. Ibu bapa Aya Sabrina dan Seth Fareed merancang untuk mengahwini anak mereka dan anak mereka hanya bersetuju dengan paksa rela atas sebab masing-masing.Ibu bapa mereka merahsiakan identiti calon pengantin daripada mereka.