"Saya cintakan awak, saya nak awak menjadi isteri saya yang sah! Saya nak halalkan awak!" - si jejaka "Tapi..awakkan.." "Jangan risau, saya akan berusaha!" "Baiklah!" Dengan hanya kata-kata dan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Iqbal telah mencairkan hati Iman. Siapa sangka, dalam gembira ada duka? 🍂🍂🍂 "Kau ada plaster lebih tak?!" "Tak, plaster saya tinggal satu sahaja" "Bagi aku plaster kau itu!" "Ta..tapi..saya pun nak guna juga" Kata-kata itu tidak mampu diucap dengan kuat. Cukuplah hanya ibu mertua yang dengar dan tahu apa yang jadi. 🍂🍂🍂 "Ya Allah, sampai bila hubungan ini akan berkekalan? Bilakah hubungan ini akan berakhir? HambaMu ini tidak sanggup untuk dilukai buat kali kedua..." Dengan perasaan sedih menyelubungi diri, Iman membawa diri ke kampung halaman setelah dia terlibat dalam kemalangan yang teruk. 🍂🍂🍂 Dapatkah Iman bertahan hingga akhir? Dapatkah Iqbal menunaikan janji-janjinya pada Iman?