Cerita-cerita yang bakal anda temui dalam koleksi ini bukan kisah biasa. Mengetengahkan bakat-bakat terbaik dunia penulisan melayu Wattpad, meliputi pelbagai genre seperti cinta, legenda urban, seram, paranormal, sejarah dan fiksyen sains. Ada kisah makluk yang bersembunyi di dalam gelap ruang bawah tanah, ada kisah yang membawa anda melompati ruang masa ke zaman Iskandariah dahulu kala, kemudian ke masa depan ke kota-kota beku yang bergema sepi... Inilah dia buah tangan dari penulis-penulis yang berpotensi dalam kalangan pengguna Wattpad Malaysia. Tekan butang "Baca" sekarang! Cover Credit @HinyDyaa
8 parts