Nur Waldan Khaira, seorang gadis gila-gila. Dia sanggup redah apa jua kesukaran bilamana dia mahu mencapai sesuatu meskipun dirinya perlu berhadapan dengan luka. Dalam hatinya, terukir sebaris nama yang tak mungkin boleh digantikan dengan orang lain. Namun, empunya nama langsung tidak terkesan. Keras macam batu! "Ini salah Waldan. Kita takkan pernah boleh bersatu."- Syahadat. "Siapa cakap tak boleh? Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bertemu jua."- Waldan.