Bab 23

1.1K 74 3
                                    

Double update for today😘

Pergerakan halus daripada Dinara telah membuatkan Nadien terjaga. Dia melihat wajah Dinara yang sedang berkerut-kerut itu.

" Sayang... Kenapa ni?" Bahu Dinara dipegang lembut bagi menggerakkan Dinara.

Dinara membuka matanya perlahan-lahan.

" Tak tahu. Kepala Ara rasa sakit sangat. Berdenyut-denyut." Adunya perlahan.

Nadien mengerutkan dahinya. Dahi Dinara disentuh dan perasaan risaunya semakin bertambah apabila dahi Dinara dirasakan begitu panas.

" Sayang demam ni. Sayang bangun, makan ubat dulu eh?"

" Erm..."

" Lepas makan ubat baru sambung tidur balik." Ujar Nadien sambil matanya melirik jam dinding. Baru pukul 3:30 pagi, masih awal lagi.

Setelah menyandarkan badan Dinara di kepala katil, dia turun ke dapur untuk mencari ubat dan sedikit makanan buat Dinara lapik perut sebelum menelan ubat.

Akhirnya, sekeping roti yang disapu mentega kacang bersama segelas air dan ubat dibawa naik ke bilik.

" Sayang... Makan roti ni dulu. Lepas tu baru makan ubat." Roti dikoyak menjadi cebisan kecil dan disuap ke dalam mulut Dinara.

Dinara mengunyah perlahan roti tersebut dan cuba untuk menelan namun, perutnya terasa menolak kembali apa yang dimakannya itu. Dia menekup mulutnya dan dengan segala kudratnya, dia berlari memasuki bilik air.

' Buwekk!! Buwekk!!'

Roti yang dimakannya tadi dikeluarkan kembali dan selebihnya adalah air semata-mata. Belakang badannya terasa digosok lembut oleh Nadien.

Dia mengalirkan air mata apabila terasa hendak muntah lagi tetapi muntah tersebut tidak mahu keluar. Tersengguk-sengguk dia menangis di hadapan singki bilik air itu.

" Sayang... Dah, dah. Abang bawak sayang pergi katil." Kata Nadien kerisauan. Dengan pantas, tubuh Dinara dicempung dan kemudiannya diletakkan ke atas katil. Rambut Dinara yang berselerakan menutup dahi itu diraup perlahan.

" Nah, minum air sikit." Gelas disua ke mulut Dinara. Dia tersenyum apabila Dinara meneguk air itu tanpa bantahan.

" Nak makan lagi?"

Dinara menggeleng lemah. Ubat yang yang disua oleh Nadien diambil lalu ditelan. Di dalam fikirannya sekarang ini adalah tidur saja. Dia betul-betul lemah.

" Okay. Now, baru boleh tidur." Nadien naik ke katil dan memeluk tubuh Dinara. Dapat dirasakan haba yang keluar daripada tubuh isterinya itu.

Wajah Dinara yang sudah terlena itu direnung lama. Tangannya naik mengusap pipi yang kemerahan dek kerana menangis tadi.

" Jangan sakit selalu, sayang. It make my heart feel very pain." Bisiknya sebelum dia turut dibuai lena bersama Dinara.

🌸

" Sayang dah okay?" Tubuh Dinara yang sedang memasak di dapur itu dipeluk dari belakang.

" Ara dah okay lah, abang. Dah boleh masak dah." Balas Dinara. Dinara berpaling ke tepi sedikit untuk memandang wajah Nadien yang sedang menepel di bahunya itu.

" Betul? Abang risau lah. Biar abang lah yang masak. Nanti sayang pengsan pulak." Nadien mengambil senduk yang berada di tangan Dinara.

" Abang... Ara dah okay. Abang janganlah risau. Lagipun dah nak siap ni." Senduk diambil kembali dan meneruskan aktivitinya.

Oppa, I'm in love! ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt