Bab 1

14 0 0
                                    

20 tahun yang lepas ~

Hari hujan renyai membasahi bumi Kenyalang . Liya menjenguk ke luar jendela melihat suasana di kampung halamannya . Liya berasa kesejukan dan dia pergi ke dapur mendapatkan ibunya kerana dia ada terhidu bau sesuatu yang membuatkan perutnya berlagu . Sesampai saja di dapur , Liya melihat ibunya sedang memasak .

"Hi mama , mama masak apa ? Wahh ! Sedap nya bau . Liya lapar la mama " kata Liya sambil membuat mimik muka yang tengah kelaparan Puan Elly cuma senyum dan mencubit pipi anaknya yang baru saja berusia 5 tahun . Liya seperti orang yang kelaparan menunggu ibunya selesai memasak . Bau makanan sangat sedap , mana tidak nya si Liya lapar .
"Liya anak mama , tolong kejutkan abang kamu , sudah pukul 12 pun belum bangun . Ishh , Liya jangan contohi perangai malas abang kamu " bebel Puan Elly .

Liya hanya menurut kata ibu nya dan pergi ke bilik abangnya Eric .

"Abang ! Abang ! " jerit Liya .
"Abang ! Bangun lah ! Mama masak , sedap tau "
"Abang ! Bangun ! Jangan malas , nanti mama marah ! " jerit Liya lagi buat yang kali ketiga.

"Yelah² . Abang bangun. " Kata Eric.
Tiba ibunya melaung "Turun cepat ! Mandi . Pukul 10 , 11 baru nak bangun ! Kalau Liya tak kejutkan tidak reti reti nak bangun kamu " marah Puan Elly.

"Yek mak" kata Eric.

"Ha , tengok . Kan mama dah marah . Aha jagaa abang " kata Liya sambil senyum mengejek .

Eric pun segera mengambil tuala mandi dan Liya membontoti jejak abangnya ke dapur .

Selesai sahaja ibunya memasak , Liya menolong ibunya menghidangkan makanan dalam masa yang sama abangnya selesai sahaja mandi dan segera ke bilik tidur nya untuk menyalin pakaian . Selepas menghidangkan makanan, mereka makan dengan berselera . Masakan ibu la katakan emm .. POWER !

Selepas selesai makan , Puan Elly menyuruh Eric menghantar bekal ke ayahnya di kebun untuk santapan tengah hari . Liya pun turut sama ingin mengikuti abangnya ke kebun .

Selepas 15 minit , akhirnya Liya dan abangnya telah pun sampai ke kebun . Pelbagai tanaman yang di tanam di kebun mereka .

"Ha dah sampai pun anak-anakku . Tepat pada masanya " kata Encik Liwa . Liya berlari mendapat kan ayahnya . Dan mereka duduk di sebuah pondok kecil sambil bergurau senda . Dalam beberapa minit , datang sebuah kereta Hilux menuju ke pondok mereka. Encik Liwa pergi mendapatkan kawan karibnya Encik Paton . Encik Paton datang bersama isteri Pina dan anak sulungnya Simon yang tua setahun dari Liya .

"Wa, esok saya mau beli kacang panjang kamu . Malas mahu pergi ke pasar , jauh sangat" kata Encik Paton .
"Haha , yelah . " kata Encik Liwa sambil ketawa . Setelah selesai bergurau , Encik Paton dan keluarganya pun pulang .

Menjelang petang , Encik Liwa bersama-sama anaknya pulang ke rumah bersama. Setibanya mereka di rumah, Liya terus mandi kerana hari sudah pun lewat petang . Malam itu , mereka menonton televisyen sesudah sahaja mereka makan .

"Liya, tahun depan kamu sudah masuk prasekolah . Kamu kena belajar rajin rajin macam kakak kamu yang tengah menyambung sekolah dekat oversea tu " kata Puan Elly.
"Ye , mak . Bila Liya besar Liya nak macam kak Jes " balas Liya sambil senyum riang .
"Ha belajar , jangan malas macam saya " kata Eric .
"Tahu pun diri tu malas , kenapa tak nak berubah ? Asyik makan tidur je kerja kamu . Tengok perut tu , dah berketul ketul lemak tergumpul " bebel Encik Lawi .

Eric hanya mampu tersengih-sengih sambil matanya melihat Liya yang sedang ketawa . Tidak lama kemudian , mereka sekeluarga pun tidur di bilik masing-masing dengan nyenyaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Long Lost Love ❤️ ( 3L )Where stories live. Discover now