part 1

36 1 0
                                    

Seorang budak perempuan kini telah membesar dengan baik dan menjadi seorang yang sopan santun, bijak, baik hati malah disukai oleh orang di kelilingnya.

Hidupnya tak seindah yang orang sangka. Hampir setiap hari dia dicaci dan dimaki oleh orang yang rapat dengannya. Siapa lagi kalau bukan mama nya.

Hampir setiap hari dia akan dimarahi kemudian dicaci. Dia buntu. Dia keliru. Kenapa mama nya begitu benci terhadapnya. Ya. Dia sedih. Anak mana yang tidak sedih bila diperlakukan sebegitu.

Ya. Dia Sarah Adelia. Dia sering digelar dengan nama panggilan Adel. Dia tabah dan sentiasa sabar dalam segala perilakunya. Walaupun hampir setiap hari dia dimarahi.

Tetapi dia tidak mahu melawan. Dia tidak sanggup dilabel ' anak derhaka '. Dia tak sanggup. Biarpun jiwa dan hati nya terluka, dia lebih rela berdiam diri.

*****

" Haih, mana lah minah ni. Tadi dia yang beria nak jumpa orang lepastu sampai sekarang tak nampak batang hidung. Lenguh dah kaki aku ni." Bebel Adel dalam hati.

Adel melihat ke arah jam tangannya.

Hampir 1 jam menunggu Farah a.k.a kawan baiknya.

" Adel, wei sorry aku lambat. Traffic sesak tadi. Ada kemalangan masa aku on the way kesini." Jelas Farah sambil tunjuk 10 jari menandakan yang dia minta maaf.

Wajah Adel masih muram. Tiada tanda tanda yang dia ingin bercakap.

Dia amat pantang bila orang tak menepati masa. Dia tidak suka menunggu. Bagi dia, masa terlalu berharga. Tapi bila sampai bab kawan dia, Farah. Dia jadi lembut. Tak mampu nak marah.

Haih entah kuasa alam mana lah dia guna sampai Adel tak jadi mahu marah. Tapi dia masih diam dan tak mahu bersuara.

' alamak !! Dia merajuk lah pulak. Tapi memang salah aku pun. Dah lah bangun lambat tadi. ' bisik hati Farah

" Okay macam ni, sebagai tanda minta maaf, aku belanja kau harini. Okay tak ?" Soal kawan baiknya tu.

' yess !! Ini yang kita mahu. HAHAHA ' Adel cakap dalam hati. Mampus dia kalau dia cakap depan kawan baiknya tu.

" Anything ? Including shopping ?" Adel meminta kepastian dari Farah.

" Yep, anything including shopping. Janji kau maafkan aku and tak buat duck face tu dah. Buruk tahu tak." Farah ketawa sambil ucapkan ayatnya itu.

Adel apa lagi. Makin hangin lah dia dengan kawan baiknya tu. Nasib kawan baik dia. Kalau tak, dah dia luku kepala Farah.

" Okay , now aku lapar. Untuk makanan aku yang belanja. Kau kena belanja aku shopping nanti. Deal ?" Tanya Adel pada Farah.

Sambil tunjuk pinky promise ke arah Farah

" Okay deal !" Sambil buat pinky promise dekat Adel.

Mereka menuju ke tempat yang mereka ingin makan.

*****

Sedang Adel duduk ni meja makan sambil menunggu Farah yang sedang pergi ambil order 

Dia terasa seperti diperhatikan

Dia cuba mencari gerangan yang memerhatikan dia.

Tapi hampa. Dia tak jumpa. Jadi dia terus melihat ke arah Farah yang sedang membawa dulang makanan tu ke arah meja mereka.

" Wahhh, nampak sedappp lah weii. Ni belum rasa lagi ni.. kalau rasa mesti lagi sedap !!" Membulat mata Adel apabila melihat makanan itu.

Farah hanya tersenyum melihat kawan baiknya yang sungguh gembira tu dengan hati yang senang.

" Dah dah tak payah nak buat muka macam tu. Makan cepat." Omel Farah.

Sambil makan, mereka berbual tentang zaman persekolahan menengah mereka.

Tergelak gelak mereka apabila mengingati zaman yang satu itu.

" Babe, aku ingat lagi kau pernah cerita dekat aku yang kau pernah had crush on someone ni. So, siapa yang malang jadi crush kau tu." Adel dah bantai gelak bila nampak Farah cemberutkan mukanya.

" Hishh kau ni, mana ada malang. Dia kira untung dapat jadi crush aku tau." Omel Farah sambil tepuk dada tanda bangga.

" Eleh, perasan lah kau. Ha cepat lah bagitahu aku... kau tak pernah bagitahu nama mamat tu." Ucap Adel dalam nada merajuk.

Tapi memang betul pun, untung siapa yang dapat kawan baiknya itu. Cantik, putih pulak tu, tinggi lampai dan paling penting baik hati.

" Kau kenal dia. Dia senior sekolah kita dulu. Nama dia Daniel. Ingat tak aku selalu gaduh dengan dia dulu." sambil mencicah sotong goreng tepung yang dia order tadi.

Adel cuba mengingati balik gerangan yang Farah sebutkan tadi.

" Ouh mamat tu !! Tak sangka eh dulu kau lah selalu gaduh dengan dia. Alih alih jadi tangkap cintun pulak dengan senior tu." Adel ketawa apabila mengingati peristiwa itu.

" I've got something to tell you Adel. Minggu depan aku dah nak tunang dengan dia !! " sambil tunjuk cincin yang tersarung di jarinya.

Dia melihat cincin itu dengan rasa teruja.

" Wahhh !! Kawan baik aku nak kahwin dah dengan pilihan hati. Congrats Farah !! No matter what , you're my bestie forever." Adel berkata sambil memegang tangan kawan baiknya.

" Thanks babe sebab support aku dari dulu sampai aku dah nak tunang ni. Kau selalu sokong aku. Aku harap kita stay like this forever !!" Ucap Farah dalam nada gembira

' haih tak sangka nak kahwin dah kawan aku sorang ni. aku akan sentiasa doa untuk kau ' omel Adel dalam hati

Dalam asyik mereka melayan hidangan tu

Tiba tiba phone Farah berbunyi

Adel pandang dan angguk tanda suruh kawan baiknya angkat

Farah angkat dan menjawab

" Waalaikummusalam, haah saya ada dalam restoran tu, kenapa awak ?" Tutur Farah

' Buah hati pengarang jantung call lah tu' gumam si Adel

" Ouh mana ? saya tak nampak pun awak. Ha ! Nak saya pergi sana ? Tapi segan lah dengan kawan awak tu " bebel Farah dalam nada manja

' eeuwww tak sangka manja jugak kawan aku sorang ni' bisik hati Adel sambil tersenyum sendiri

Setelah habis menjawab panggilan, Farah memandang ke arahnya sambil cakap

" Wei jom. Senior kau tu suruh duduk dekat meja dia. Dia ada dalam restoran ni jugak." Ucap Farah sambil tunjuk muka tak puas hati

' aik dah kenapa ni muka cemberut je. Bergaduh ke apa.' omel si Adel

Adel pun malas nak cakap banyak nanti tak pasal kena setempek dengan kawannya tu

Farah ni kalau dah marah, semua orang takut sekali dengan dia takut heheheh tapi dia tak adalah takut sangat.

" Kau tercegat apa lagi kat situ. Cepat lah !" Marah Farah sambil berjalan

' ha kan dah kena setempek dengan ibu singa ni' bisik hati Adel

Cepat cepat Adel ikut langkah si Farah. Nanti tak pasal pasal kena lagi setempek.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lara Sebuah HatiWhere stories live. Discover now