Bab 2

154 0 0
                                    

             Dengan rasa bosan Jade menguis makanan dalam pinggannya. Jason dan teman wanitanya Carol pula seronok berdating di meja belakang. Sementara menunggu Jason dan  Carol, Jade yang duduk bersendirian mengeluarkan bukunya untuk membuat kerja rumah yang diberikan cikgu tadi. Jade tidak mahu membuang masa kerana tahun ini akan menentukan masa depannya dengan peperiksaan SPM. Sambil membuat latihan matapelajar fizik, Jade mengeluh kerasa tidak selesa dengan pakakaian sekolahnya. Jade seorang agak  cerewet, Jade selalunya balik dari sekolah terus mandi tetapi sekaarang kerana menunggu Jason, Jade terpaksa menahan rasa melekit.

             " Jason... Jum balik... Jade penat ni..." Jade berkata dengan manja. Carol hanya menjeling. " Eh... Budak kecil menyusahkan.... Pergilah balik sendiri!!" marah Carol. " Saya tak cakap dengan kamu lah perempuan gedik!" Jade marah Carol balik. " Kejap lagi... Pergi jauh-jauh sana..." Jason cepat memotong sebelum Carol dan Jade bergaduh besar. Jade menayangkan muka masam dan terus kembali ke meja yang berada di belakang. Jade mengelamun jauh. Terasa hati sebenarnya dengan keluarganya yang semua sudah ikut haluan masing -masing.

              Travis Dawn ayah kepada Jade merupakan seorang usahawan hotel mewah dan ibunya Lana Dawn pula seorang model tetapi membuka empat cawangan butik pakaian mewah. Disebabkan kedua-dua ibu bapa Jade berada di kemuncak kerjaya mereka, mereka jarang sekali ada dirumah dan langsung tidak mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Jack Dawn abang sulung Jade sudah mempunyai Kondo mewah sendiri dan jarang balik ke rumah besar mereka, Jack juga sibuk dengan kerja jadi Jade jarang sekali ketemu Jack. Jessica Janina Dawn kakak Jade dan anak kedua dalam kalangan mereka adik-beradik, Jessica juga mengikut jejak ibu mereka dan berkerja sebagai seorang model, jarang sekali balik rumah kerana kadang-kadang Jessica akan tidur dirumah teman lelakinya. Joseph James Dawn anak ketiga sekarang tengah menuntut pelajarannya di University of Yale di US. Jade lebih rapat lagi dengan Joseph kerana Joseph berperangai matang, tetapi disebabkan Joseph jauh, Jade tidak dapat berjumpa abangnya. Anak keempat pula Jason Darrel Leigh Dawn Sudah selesai peringkat Diploma, sekarang bercuti sebelum menyambung ke peringkat Degree. Disebabkan hangat bercinta, Jason tidak pernah peduli tentang Jade.

            Jade terus ke kaunter dan membayar makanannya. Selepas membayar Jade pergi ke meja Jason. Jason sudah menayangkan wajah tidak puas hati. " Jade balik guna public transport. Jade tak larat nak tunggu lagi " Jason menjeling. " Hurmm pergilah.. Balik rumah bukan buat apa-apa..." sindir Jason. Jade malas menjawap dan terus meninggalkan Jason dan Carol disitu, Jade tahu selepas ini Jason dan Carol akan pergi main bowling atau tengok wayang. Kalau tidak berkaroke sampai menempah bilik persendirian. Jade selalunya akan tunggu diluar kerana mereka tidak mahu diganggu. Jade menggunakan texsi untuk pulang ke rumah.  Sebaik saja sampai dirumah Jade terus mandi dan selepas itu Jade terlelap kerana sangat penat.

      

Amber AlertWhere stories live. Discover now