Bermulanya Di Sini

51 0 0
                                    

Aku seorang lelaki biasa, yang tinggal di satu tempat di Senawang N.Sembilan. Kisah hidupku tiada yang menarik selain menjalani liku-liku kehidupan seorang lelaki biasa. Aku dan kawanku, hasan seorang kaki pancing yang tegar meredah sebarang semak dan hulu untuk mencari lubuk sungai atau kolam yang belum atau tak pernah diketahui orang lain. Suatu hari aku pergi kerumah hasan untuk menyiapkan umpan. Usai sampai di rumah hasan dia yang kebetulan berada di tangga hadapan rumahnya sambil menggulung rokok daun menyambutku dengan muka yang menyeringai. Setelah bersalaman dan meneguk secawan kopi lantas hasan bertanya kepadaku...

'Ajis, kita redah ulu bendul jom.'
Apa kau borak san,tempat tu memang dah ramai orang dah pun
'Tak jis, kau budak lagi mana tahu apa2. Kat area tu ada satu susur kecik tapi semak samun la.orang kata hujung tu ada kolam'

Aku termenung. Memikirkan jalan yang dikatakan hasan. Hutan Lipur Ulu Bendul adalah sebuah tempat reaksi yang mempunyai jeram, gunung dan beberapa aktiviti mencabar para para ekstremis. Tanpa berfikir panjang, aku mengajak beberapa kawanku yang lain kalau2 mereka ada kelapangan untuk menjerat seekor tenggiri. Lalu bermulalah perjalanan kami ke sana...
Suasana ketika itu agak suram dengan cuaca yang agak lembab lalu kami memberhentikan motorsikal kami di hadapan food court ulu bendul. Sedang melangkah ke sebuah semak bersebelahan jeram itu, petir dan guruh berdentum dengan kuat. Langkah kami terhenti dek kerana terkejut dan berat kerana tanah mulai mendap akibat hujan tak lama sebelum kami sampai. Salah seorang kawan kami (Rostam) yang tahu serba sedikit dengan petanda buruk memasakkan kakinya ke bumi (tanah itu) dan memainkan tangannya seperti orang bersilat.

'Dah2 jom, kang lambat ikan habis.' Gurauanku memecah suasana sunyi itu tadi. Pabila sampai di semak itu, Hasan mengeluarkan parang yang tersimpan elok di pinggangnya, melibas sekitar semak itu untuk membuat laluan. Setelah 10 minit berjalan,tibalah kami di tempat yang dimaksudkan. Ada sebuah kolam yang sebesar kira2 10 meter panjang dan lebar, keliling kami hanya semak samun cuma sebatang jalan yang dibuat hasan tadi.

'Bang ajis,jomlah. Tangan dah gigil dah ni.' Seloroh rostam. Setelah melontar joran, kami bersila di atas tikar yang dihadiahkan tunang hasan. Sambil menghirup air dan menghisap rokok,tiba2 hasan menjerit kesakitan.

'Adoiiii'
'Eh, asal san'
'Sapa baling batu kena kepala aku ni.'

Aku dan rostam berpandangan lalu rostam berkata, 'Bang, sapa pulak baling? saya kan elok duduk sebelah abang ni. Bang ajis tu ha kat depan kita ni.' Suasana diam seketika, ketika itu cuaca semakin hendak gelap dengan hujan yang renyai.Perlahan-lahan kami rasa tak sedap hati lalu hasan pun mengajak pulang. 'Kejap san, bagi ada hasil sikit kita geraklah,' ujarku yang terdesak seekor ikan. Tak lama selepas itu pancing hasan seperti ditarik sesuatu, dengan cepat hasan memainkan peranannya. Sepertinya ia seekor ikan yang besar,hasan kembali senyum dan perangai kaki pancing mula keluar kembali. Kami membantu hasan menarik pancingnya sambil ketawa riang memikirkan juadah untuk kami masak pabila tiba di rumah. Hasan yang sedang ketawa dan riang mendapatkan ikan itu,tiba2 ditarik kuat hingga dia termasuk ke dalam kolam. Kami yang panik terus terjun untuk mendapatkan hasan. Dengan basah kuyup hasan naik lalu tertawa dengan kegagalan kami.

'Apalah,kaki pancing konon. Ikan sekor je sampai tiga3 tumbang.Hahaha' .Sedang asyik ketawa rostam sedar seperti sesuatu menjenguk mereka di balik semak. Aku yang sibuk memerah bajuku sambil tertawa kerana disindir hasan cuma tak memperdulikan reaksi rostam. Rostam yang semakin pucat seperti menyedari benda itu makin dekat dan tiba-tiba. Muncul sesusuk tubuh adik rostam yang lambat kerana mencari kayu api. Kami menceritakan segalanya kepada adik rostam,tiba2 hasan seperti teringat sesuatu. Tentang kepalanya yang dibaling batu, lantas adik rostam mengaku bahawa dia yang melastik kerana sangkakan kepala hasan adalah seekor tupai dengan rambut mohawk berekor itu. Suasana memecah keheningan dengan hilaian tawa kami berempat sehingga terlupa akan kejadian ikan misteri yang berat tadi dan kami berada di tengah2 hutan. Tiba-tiba, GhaUuu !!! Segalanya berlaku dengan pantas. Hasan diterkam seekor buaya. Kami berpandang sesama sendiri, lalu ketawa dan pulang ke rumah. Sungguh malang nasib hasan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pancingan yang sia-siaWhere stories live. Discover now