Budak baju Kuning

370 16 4
                                    


Hari 1

1030

Bas itu berhenti. Kakinya melangkah naik sebaik pintu hadapan terbuka. Di belakangnya, seorang wanita pekerja pejabat dan dua orang pelajar sekolah. Pemandu bas sempat memberikan senyuman sambil dia mengetag kad aksesnya.

Kang Daniel mengeluh kecil. Hari pertama semester kedua tahun ketiganya bermula hari ini dan berbeza dengan semester sebelum, kali ini Kang Daniel perlu berulang alik menaiki bas untuk ke kampus universitinya.

"Padan muka kau. Siapa suruh kau langgar peraturan asrama" suara kawan baiknya, Ong Seongwoo masih terngiang-ngiang diingati bersama riak wajahnya ketika Daniel dimarahi apabila ketahui keputusan yang permohononannya untuk tinggal di asrama ditolak.

Daniel bergerak ke tempat duduk belakang dengan riak kosong sama seperti penumpang lain. Tempat itu sengaja dipilih, jauh dari perhatian orang.

Satu perkara yang menyebabkan Kang Daniel tidak menyukai hakikat yang dia terpaksa naik bas untuk kampus ialah bangun awal. Jarak dari rumah sewanya ke kampus sejauh 9 kilometer dan mengambil masa lebih 30 minit untuk berulang alik setiap hari. Itu bermakna Kang Daniel perlu bangun awal lebih 30 minit dari kebiasaan dia tinggal di asrama yang hanya bersebelahan kawasan kampus.

Daniel melemparkan pandangan ke luar tingkap. Fikirannya masih memikirkan cara untuk merayu permohonannya tinggal di asrama diluluskan. Namun apabila memikirkan segala jenis peraturan yang dilanggar ketika di asrama, membuatkan Daniel berasa hampa dan mengalah.

Lamunan Daniel terhenti apabila bas berhenti di simpang lampu isyarat yang bertukar merah. Beberapa deretan kenderaan yang lain memenuhi jalan juga berhenti sama.

Saat itu Daniel ternampak seorang budak lelaki. Remaja sekolah menengah. Si budak baju kuning. Baju uniform yang dipakai, menyerlah dan menonjolkan pemakai yang berjalan di tepi jalan, di kaki lima kawasan pejalan kaki. Beg sekolah digalas di belakang dan Daniel perasan akan patung kecil yang tergantung di tepi begnya. Budak lelaki itu berjalan sendirian, memandang ke hadapan, dan secara tiba-tiba, dia menoleh ke tepi, memandang bas yang berhenti di jalanan sementara menunggu lampu isyarat.

Mereka bertentangan mata. Daniel memandang wajah budak lelaki itu. Masing-masing menunjukkan riak kosong.

Lampu isyarat bertukar hijau. Bas terus bergerak. Budak lelaki itu tidak lagi kelihatan apabila bas bergerak ke hadapan. Daniel membiarkan sahaja, menganggap pertemuan mereka hanya pertemuan yang tidak bermakna, pertemuan yang tidak disengajakan.

Hari ke-2

1030

Daniel memastikan nombor bas yang dinaiki adalah betul. Dia tiada kelas pada pagi ini, namun dia perlu datang awal untuk pendaftaran beberapa subjek. Daniel masih tidak biasa untuk memulakan harinya bangun awal, menunggu bas dan menaiki bas yang betul. Namun dia tiada pilihan lain.

Daniel terus bergerak ke tempat duduk belakang dan duduk di tepi tingkap, sama seperti semalam. Earphone yang dipakai di telinga kirinya dicabut buka. Daniel enggan terlepas pengumuman pemandu di setiap perhentian kerana dirinya masih tidak biasa dengan laluan bas tersebut.

Kali ini bas berhenti lagi sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat. Lampu bertukar merah. Daniel nampak budak lelaki itu lagi. Si baju kuning.

"Ha budak semalam" monolog Daniel, teringat budak lelaki semalam, memakai baju seragam sekolah berwarna kuning, memakai beg galas dengan keychain anak patung arnab kecil yang tergantung. Daniel memerhatikan budak lelaki itu berjalan. Langkah kakinya yang kecil, gerak tangannya yang memegang tali beg, keychainnya yang bergoyang dalam setiap langkah, dan rambutnya yang kelihatan kemas dengan anak rambut yang menutup dahi.

❝NielWink ✧ // Budak Baju Kuning // ❞Where stories live. Discover now