BERDAKWAH KEPADA ALLAH
(DAKWAH FARDIAH)
Karangan : Mustapha Masyhur
Dakwah Fardiyyah
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da'wah ila Allah) adalah kewajipan setiap
muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib
kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah
s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar
kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang menyerah diri." (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang
besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih
baik bagimu daripada setuap apa yang disinari matahari." (Riwayt at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah
sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang
berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang
memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah)
yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia
merupakan marhalah ta'arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin
(pembentukan). Di sana terdapat dakwah 'Ammah (dakwah umum) yang dicernakan
melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku,
risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat
dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan
mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini:
Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah fardiah.
Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan cirri-ciri para daie yang
melaksanakan tugas ini.
USLUB DAN MARHALAH
Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini
kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya
kembali kepada Allah). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari
realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman
yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan dan lain-lain. Kita