Son of Mafia

411 39 0
                                    

Aku Elisa Chang atau nama korea aku Chang Eun-Ha. Ya, aku berdarah korea. Macam mana hidup aku huru-hara aku sendiri tidak tahu. Aku tidak kenal siapa bapa kandung aku. Wanita yang aku panggail eomma adalah ibu kandung aku yang membesarkan aku.

Kini aku berusia 16 tahun, tapi aku tidak pernah merasai sedikitpun kasih sayangnya sebagai seorang anak. Entahlah, mungkin nasib aku sendiri yang malang sejak dilahirkan. Wanita itu tidak peduli tentang diri aku dan wanita itu mahu hidup bebas.

Namun, aku masih bersyukur kerana dia telah bersusah payah membesarkan aku walaupun aku dikurung sejak kecil dan hidup bersamanya. Sekurang-kurangnya dia tidak membuang aku atau meninggalkan aku dirumah anak-anak yatim bukan?

Kisah aku bermula, saat aku mencari lelaki bernama Chang An.

Siapa dia?

Di manakah dia?

Apa dan bagaimana kehidupan dia?

Semua itu, akan menjadi gurauan atau mimpi buruk dalam hidup aku nanti.

Kenapa aku bernama Elisa Chang ini kerana ibu aku iaitu eomma aku memberikan aku dua nama berbeza tetapi aku tetap orang yang sama walaupun aku mempunyai nama korea. Aku lahir dan dibesarkan di korea selatan. Ibu aku asalnya orang negara korea.

Wanita itu berharap aku mati lebih tepat lagi dia tidak ingin melahirkan aku.


Dilema seorang anak..

Son of MafiaKde žijí příběhy. Začni objevovat