Prolog

17 2 0
                                    

"Fifi Arabella Nurayne!" jerit ibu dari bawah. Menandakan ada benda yang memerlukan pertolonganku.

" Ya, ibu? Ada apa yang kakak boleh bantu?" jawabku sopan sambil turun dari bilik, melangkah masuk ke dapur.

Ye la. Kalau jerit balik, tak pasal-pasal kena jerkah. Dari hari yang indah tiba -tiba jadi hari yang dimarah. Sebab apa? Sebab jerit balik. Sob sob

" Mari, tolong ibu buat keria. Dia juga yang nak keria nanti. Penat nak mengulang-alik pergi gerai mak cik Senah tu sebab nak beli keria. Baik la buat sendiri." kata ibu sambil menginsing lengan untuk mula menguli ubi yang telah direbus dan dilenyek untuk menjadi bulat.

Sudah tentu la keria bentuknya bulat. kalau bukan bulat, tidak dipanggil lah keria.

Aku pun, tanpa membantah, mula menyinsing lengan. Dari duduk mereput dalam bilik, baik tolong bonda kesayangan. Dapat pahala lebih. Hehe

" Nanti dah siap keria ni, tolong bagi dekat jiran sebelah boleh? " tanya ibu dengan nada lembut. Selembut bantal di dalam bilik. Selalu tak lembut macam ni nada ibu.

Kenapa lembut sangat nada bonda kesayangan anda tanya, wahai pembaca?

Teiso : *ketuk kepala fifi* " sudah! Rosak fourth-wall tu nanti! "

Fifi : " Adeh! Ok ok. Sorry author "

Ehem..

Sebab ibu tahu saya ni introvert nombor satu...

Nak mintak sudu lebih kat mcdonald pun malu.

Yela! Sebab staff  yang jaga kaunter tu lelaki. Sudah tentu la kita malu..

" kenapa tak suruh orang lain? Hero Malaya tu kan ada.. " ujarku kepada ibu sambil mula menguli ubi.

Hero Malaya tu adik lelaki saya yang berumur sembilan tahun tau, kalau ada yang keliru.

" alah. Nek jah sebelah rumah tu sahaja. Bukan nya kita tak pernah jumpa. " Pujuk ibu lembut.

Keluar lagi nada lembut ibu tu! Haish!

Little did i know..

Orang yang bakal menyambut pintu tu memang aku tak pernah jumpa...

Jeng! Jeng! Jeng!

Bertemu di muka pintuWhere stories live. Discover now