SH_01

61 3 2
                                    

Simpang siur hidup itu memang benar berselirat,

Hingga tergeletak jasad dibelit kompleksnya jaringan takdir,

Hari demi hari, saban waktu meminta Tuhan untuk dicabut sahaja nyawa yang bersisa,

Seolah tenat tidak berdaya,

Hakikat manusia, saat dijentik selembar ujian mudah sahaja meminta mati,

Saat dilimpah selautan nikmat takut pula dijemput Ilahi,

Semesta itu tidak kejam terhadap kerdilnya engkau,

Tuhan pula senantiasa mendepa seluasnya dakapan rahmat dan cinta buat setiap hambaNya,

Ah, hakikat manusia!

Saat tersandar dibadai ujian,

Segala nikmat bukti kecintaan Tuhan didustakan,

Roda hidup sentiasa berputar,

Kau tidak akan statik dia suatu posisi selagimana nyawa dikandung badan,

Tempuh dan hadaplah, Tuhan itu mengirimkan beban ujian yang benar-benar mampu untuk kau tanggung,

Ulangan, Tuhan itu tidak kejam,

Dunia ini pentas takdir, tiada yang berkekalan selain Dia yang patut kau sandarkan,

Bangunlah, jangan lemah lagi,

Tuhan itu ada bersama janji-janjiNya,

Harungi sahaja naskhah hidupmu yang ditulis sempurna ini,

Abadinya engkau nanti di sisi Tuhan juga,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

—07:07, Friday (Nov, 03)




Tatkala Terjatuh (Puisi & Cerpen)Where stories live. Discover now