BAB 7

5.4K 436 25
                                    

KIRAAN dimulai. Padel minyak ditekan, menunggu kiraan tamat sebelum memecut laju meninggalkan pihak lawan di belakang.

"Tiga, dua... satu!" Terus jeritan para wanita bergema sebaik saja bendera putih di tangan Leona dijatuhkan.

Serentak kereta Lamborghini Huracan GT3 Mutiara dan kereta McLaren Brands Hatch Erix memecut sepantas kilat, bersaing-saingan untuk menjadi orang pertama yang sampai ke check point pertama.

Vroom!

Stereng digenggam erat, kaki memijak padel minyak. Dengan lincah tangan Mutiara memusing stereng sebaik saja melintasi check point pertama. Tidak dihiraukan suara sorakan para gadis di luar sana. Seketika, dia mengerling ke cermin pandang belakang memantau kereta lawannya yang sudah ketinggalan jauh. Terangkat pinggir bibir Mutiara.

"Bodoh!" Rahang diketap rapat, menahan rasa marah. Tidak, dia tidak boleh kalah. Jatuh maruahnya jika dia dikalahkan oleh seorang wanita.

Erix dipermainkan oleh mereka. Dia fikir Alora ialah saingannya untuk perlawanan ini. Namun dia silap, batang hidung wanita itu langsung tidak kelihatan. Terpaksa dia berhadapan Mutiara Seroja.

Menjadi lawan kepada Mutiara adalah perkara terakhir yang berada di dalam fikiran Erix. Dia tidak pernah membayangkan dirinya berada di dalam situasi sekarang. Mujur dia ada backup plan.

Seretan tayar meninggalkan kesan tatkala kereta yang dibawa dengan laju itu membelok secara agresif. Terpusing 360 darjah kereta Mutiara membuatkan jantung penyokong berdekatannya luruh ke tanah.

Sempat Mutiara meninggalkan hon yang panjang sebelum terus memecut dari kawasan itu. Menggeletis wanita-wanita di sana. Andai saja mereka seorang lelaki, pasti mereka sudah jatuh cinta kepada Mutiara. Wanita itu memiliki daya tarikan yang kuat.

"Be afraid, dumbass. This woman will make you beg on your knees." Bibir menarik senyuman sinis. Dia tidak sabar mahu lihat wajah kekalahan lelaki itu.

Vrooom!

Disebabkan oleh deruman enjin kuat antara dua buah kereta itu, kehadiran Rian yang meninjau dari jauh tidak disedari oleh sesiapa. Dia sudah bersembunyi di belakang tembok bersama superbikenya selama 10 minit dari semasa perlawanan bermula.

Kehadiran Rian seperti hantu. Sistem pendengarannya dihentam bersilang-silang kali dengan teriakan kuat para gadis. Masing-masing tidak lelah untuk memberi sokongan kepada ketua mereka.

Tempat persembunyian Rian adalah titik buta. Dia tidak dapat melihat apa-apa di hadapannya saat ini. Dia tidak tahu kenapa mereka bersorak.

Kelopak mata dikecilkan, mencari-cari wanita yang berambut merah di sebalik wanita-wanita di sana. Puas dia teliti seorang demi seorang, namun rambut merah Mutiara tidak kelihatan.

"Aku salah tempat ke?" Rian lihat sekeliling. Rasanya dia ke tempat yang betul. Takkan dia terpedaya pula?

Baru sahaja kaki ingin melangkah, terus kakinya terhenti apabila bunyi deruman enjin kereta dari tingkat atas semakin kuat. Dan semakin kuat juga sorakan gadis-gadis itu.

Vrooom!

Datang dua buah kereta melintasi simpang yang bertentangan dengannya. Cepat-cepat Rian menyorokkan diri di belakang tembok semula. Dia menghulur sedikit kepalanya untuk mencuri pandang. Nyaris pekak gegendang telinganya.

Kereta-kereta itu turun dari tingkat lima setelah melepasi pelbagai jenis hadangan. Buat seketika, Erix meninggalkan Mutiara di belakang. Tetapi belum sempat dia mahu berasa bangga, Mutiara telah memotong jalannya.

Situasi itu berulang-ulang sehingga mereka menuju ke garisan penamat. Masing-masing tidak mahu kalah. Tubuh seksi Leona kelihatan semakin jelas bermakna mereka sudah menuju ke penutup perlawanan.

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now