BAB 4

6.1K 469 22
                                    

"PEARL,"

Panggil Madam Moana. Langsung Mutiara mengangkat wajah, merenung tatapan Madam Moana di hadapannya. Tiada respons daripada anak perempuannya itu melainkan renungan tanpa kosa kata.

"If I give you a mission, would you accept it?" sambungnya. Mutiara tidak akan berbicara tanpa asbab. Jika seseorang itu memanggilnya suka-suka sahaja maka panggilan itu tidak akan dilayan.

Terjongket sebelah kening Mutiara mendengar itu. Di luar jangkaannya.

"Depends." Respons Mutiara ringkas. Kemudian dia sambung membelai ular hitam yang melingkar di tubuhnya.

Kaki disilang, tubuh menegak bersama-sama kedua-dua belah lengan di atas paha. Dia memandang wajah tanpa reaksi anak perempuannya.

"Pearl tak teruja? Ini kali pertama Pearl terima tugasan sebagai ahli Dark Horse." Berkerut sedikit pelapis dahi Madam Moana.

"Oh so now I am one of the Dark Horse? I thought I'm just a dog that only live to follow it owner's order?" Bibir itu menyinis. Mutiara menggeleng kecil sambil membelai kulit kasar ular hitam yang besar di atas pahanya. Langsung tidak berpalingkan wajah ke arah Madam Moana.

"Pearl." Kali ini, nada Madam Moana berubah serius.

"Pearl satu-satunya orang yang dapat jayakan misi kali ini. Ini antara hidup dan mati." Madam Moana cuba mengawal tona suara.

"Antara hidup dan mati atau untuk menaikkan lagi nama Dark Horse?" Lirikan Mutiara naik, bertembung dengan iris Ibunya.

"You need to find someone. Urgent." Serius Madam Moana berkata.

"Bukan masalah Pearl. Dan kenapa Mother kisah jika orang tu hilang? Since when you care about other people? Did you finally have a heart, hm?" Lontaran soalan Mutiara itu tidak jauh seperti perlian.

Madam Moana meraup kasar wajah sebelum bangkit daripada duduk. Kemudian, dia melangkah menuju ke arah Mutiara yang masih membelai lembut binatang peliharaannya. Kali ini, dia tidak mempamerkan sebarang reaksi lagi. Cukup Mutiara melawan kata-katanya dengan perkara yang palsu.

Perlahan-lahan dia merendahkan tubuh apabila berdiri di hadapan Mutiara. Buat seketika, dia menarik dagu Mutiara, memaksa wanita itu memandangnya.

Mutiara membalas renungan itu seperti tidak terkesan dengan tindakan Madam Moana. Dia menadah wajahnya dan membiarkan Madam Moana menyentuhnya biarpun dia benci sentuh.

"She's not just a person, my daughter. She's someone that can make your life miserable just with her existence." Jari-jemari lembut Madam Moana turun ke helaian rambut merah Mutiara. Lalu, dibelai dengan lembut.

"Tiada beza antara si dia dan bisa ular. If you met a snake like her, I'm pretty sure you won't let her go. She's your type of fun, Pearl. And that's why I would like to pass this mission to you." Tangannya turun membelai-belai ular peliharaan Mutiara pula. Bibir menguntum senyuman sinis.

"A snake? Menarik." Mutiara mengangkat kening. Dia mula berminat dengan pelawaan misi daripada Madam Moana. Tambahan, sasaran mereka itu merupakan seorang wanita. Dengan kebolehan Mutiara sekarang, dia yakin dia dapat menjayakan misi ini dengan mudah.

"Follow me." Madam Moana menarik tangan Mutiara.

KELAB malam memainkan musik rancak. Kelipan lampu warna-warni saling bertukar warna mengikut alunan musik yang diputar oleh DJ. Ada sekumpulan lelaki sedang melepak bersama gelas-gelas arak mahal yang bertaburan di atas meja. Masing-masing memandang ke arah bawah di mana orang ramai sedang berfoya-foya menari bersama pasangan.

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now