Najmi & Alif

42 3 0
                                    

Artis: Alif7Identiti
Penulis lirik: Farid
Produser: Hoshiko
Album: Introduksi EP
Masa keluaran: Februari 2022

***

Jangan melompat ke konklusi
Kelak jiwa kelam sukar dicuci
Lagu ini bukan untuk produksi
Hanya sekadar introduksi
[Ulang x2]

Buah cempedak di luar pagar
Ambilkan galah tolong jolokkan
Hamba kekanak yang mahu belajar
Andai salah tolong tunjukkan
Salam sejahtera dari tuan hamba
Berdarah Sumatera-Tanah Melayu
Tiada chakra hanya mantera
Dalam sastera yang kian melayu
Dosa ditanggung kerana duniawi
Adat kian pudar sepertimana jawi
Usah tersinggung kerana ini puisi
Hamba sekadar perkenalkan diri
Kuih bahulu atau baulu?
Usah keliru dengan nama diberi
Terlebih dahulu hamba beritahu
Hamba hanya pemuisi di sini

Jangan melompat ke konklusi
Kelak jiwa kelam sukar dicuci
Lagu ini bukan untuk produksi
Hanya sekadar introduksi
[Ulang x2]

Sejarah hitam main dalam fikiran
Rasa mahu pitam menanti giliran
Hati kian kelam kerana sindiran
Tak rela menyelam baik ku dipinggirkan
Sudah aku menjangka apa akan jadi
Kerana aku merangka segala barangkali
Sedang aku merancang menjadi musang
Berjubah biri-biri, kamu melalai diri
Jangan tanya pasal ceriata sama
Aku hanya kongsi derita lama
Ini bukannya slot bikin drama
Maaf, aku bukan tempah nama
Aliran akaunsi bertukar seni bina
Congak guna jari sampai otak merana
Kalku tolak tepi biar tangan mengira
Mengapa aku begini? Jangan tanya

Jangan melompat ke konklusi
Kelak jiwa kelam sukar dicuci
Lagu ini bukan untuk produksi
Hanya sekadar introduksi
[Ulang x2]

Himpunan Lagu SendiriWhere stories live. Discover now