BAB 2

8.1K 593 34
                                    

KALI kedua, serangan datang dari arah kiri. Pantas tubuh separa menunduk membuat lelaki yang menyerang itu melepaskan layangan tepat ke palang besi. Dia mengerang kesakitan. Dada tercungup-cangap, lirikan naik melawan mata dengan wanita yang membalas serangannya tadi.

Tidak cukup dengan itu, datang lagi dua orang konco-konco dari belakang. Wanita berambut merah itu senyum sinis. Lidah menolak dinding pipi. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghentak kepalanya menggunakan tukul kayu, senjata serangan itu dirampas daripada pegangan.

Sebaliknya, tukul kayu itu dilayang kuat ke sisi kepalanya pula. Silap sasaran. Sepatutnya dia yang menyerang wanita itu menggunakan senjata tersebut.

Kepala terasa berpinar, pandangan kian berubah kabur. Kelopak mata sipi-sipi ingin tertutup, lalu tubuh rebah ke lantai. Rakan-rakannya yang melihat nasib lelaki itu terkesima seketika.

Dia campak tukul kayu itu ke tepi. Secepat itu, ada kaki yang menyerang belakang tubuhnya. Langsung terseret ke hadapan kakinya.

Bodoh.

Dengan pantas kakinya merenggang dan mencapai sepihan kayu dari perabot yang hancur akibat pertempuran mereka. Kayu itu diangkat tinggi paras kepala kemudian, dengan penuh tenaga kayu tersebut diayun, menghentak abdomen lelaki yang menendangnya tadi.

Terus, wanita itu meluru ke sisa seorang lagi lawan. Menggunakan kayu yang sama, dia hentak ke dahi lawannya. Kemudian jemari menjambak kuat helaian rambut hitam itu membuat lawannya memekik merayu supaya berhenti.

Tetapi rayuan itu dibiarkan seperti angin lalu. Dia masih belum puas. Dia mahu lebih dari ini.

Sinaran mata hijau zamrud wanita itu berubah merah menyala. Seperti ada makhluk halus yang mengambil alih tubuh itu.

Tanpa amaran, tubuh lelaki itu dihempas ke dinding. Wanita itu mencengkam belakang lehernya. Tergapai-gapai ke udara tangannya, cuba melepaskan diri. Semakin dia bergerak, semakin kuat cengkaman itu.

Lumuran darah mengalir di tangan wanita itu. Campuran darah likat berbau hamis apabila wanita itu mendekatkan tangan ke rongga hidung lelaki itu. Cepat-cepat dia menahan nafas. Busuk!

Lelaki itu memejamkan mata. Nafas tersekat-sekat di kerongkong. Sama dengan air mata yang mengalir ke pipi. Bibir mendecik menahan pedih. Air matanya bagaikan mata pisau yang menghiris kulit wajah. Terlalu sakit. Wanita itu hilang kawalan diri.

Mereka yang berdiri di sekeliling 'sangkar' mula berasa bimbang. Ada yang melawan pandangan. Jantung berdegup pantas. Ini hanya sebuah simulasi tetapi wanita itu seakan-akan melepaskan segala emosinya melalui pertempuran tersebut.

Namun apabila mereka mengalih pandangan ke arah pasangan yang memerhati wanita itu dari tempat duduk, nampak seperti tiada tanda-tanda yang akan menghentikan perbuatan luar kawalan itu.

Pasangan itu lebih kepada mengagumi perlawanan di hadapan mereka. Melalui raut wajah mereka berdua, terselit senyuman nipis.

"Ace, we need to stop her," celah salah seorang anak buah di sebelah majikannya. Namun, tiada balasan daripada lelaki yang digelar Ace itu. Dia menghela nafas berat. Kemudian, dia tapak ke wanita di sebelah lelaki itu.

"Madam Moana..."

"Shh." Belum sempat dia menyatakan hasrat, wanita itu sudah menyuruhnya mengunci mulut.

Jika tidak, maka tidak. Jangan sesekali mengingkari mereka. Biarpun mereka perlu mati atas arahan pasangan itu, mereka tiada pilihan selain mati.

Dia separa tunduk dan mengangguk. Di sebalik ruangan malap ini, dia menggenggam buku lima. "Miss Pearl..." Buk!

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now