Tangkapan 1 : Pontianak

11 0 0
                                    

 Pada suatu malam yang sunyi. Bertemankan bunyi burung hantu menguak yang kedengaran di jalan Jentayu lama. Angin menghembus lembut pada dedaun sehingga mencipta bunyi geseran halus yang meremangkan sesiapa yang melalui laluan bertanah merah tersebut. Seorang wanita pertengahan 30-an yang berambut ikal mayang bersarung sehelai kain hijau di kepala melalui laluan itu. Dibawanya juga sebuah lampu pelita yang dijadikan penyuluh untuknya melintasi kawasan sunyi ini.

"Oh tuhan, kenapa aku balik lambat sangat dari pekan. Dah gelap gelita ni. Dahlah jalan ni tiada orang" Omel kepada dirinya sendiri. 

"Aku kena balik cepat ni, marahlah ayah aku nanti" kata andartu ini kepada dirinya lagi.

Krak! Bunyi kayu patah seiring bunyi semak bergesel di belakangnya. Di samping jalan tersebut terdapat semak-semak yang tinggi daunnya separas pinggang. Wanita itu menoleh ke belakang dengan cemas.

 "Siapa itu?" Sambil menyuluh semak tersebut untuk memastikan tiada siapa yang mengekorinya. Tetapi tiada jawapan.

"Perasaan aku je kot".

Lalu dia pun menyambung perjalanan. Semasa dia menoleh ke hadapan semula, terkejut beliau melihat suatu entiti yang menyeramkan berdiri betul-betul dihadapan mukanya. Mukanya ganas dan menakutkan. Bukan rupa seorang manusia. Wanita itu menjerit tetapi tiada gunanya kerana jalan itu jauh dari kediaman. Entiti tersebut menangkap wanita tersebut, menekap mulutnya dan membawanya ke dalam hutan. Suara wanita itu semakin lama semakin menghilang ke dalam kesepian hutan yang gelap. Lampu pelitanya menyala terbaring di atas jalan

⚔️⚔️⚔️

"AAAAAHHHHHHHHHHH" Jeritan seorang lelaki yang melenyapkan bunyi cengkerik di dalam hutan.

Seorang lelaki berompi merah sedang diseret dengan laju oleh haiwan kambing bertanduk tiga. Dia sedang memegang bahagian belakang kambing tersebut sambil badannya diseret. Di kedua-dua pergelangannya terdapat kain merah yang dililit dengan rapi. Remaja bernama badar itu diseret laju. Lelaki itu mencuba menghentikannya dengan kedua kakinya tetapi tidak berjaya.

"Jangan lari kau, kau habuan untuk hari ini" sambil mengeluarkan pedang dari sarung yang diikat belakangnya. Sedang dia ingin menghunus pedangnya itu dibahagian belakang haiwan itu untuk mematikannya, haiwan itu bergerak ke kiri menyebabkan badar terlepaskan pedangnya.

Haiwan itu tidak menunjukkan bahawa ia akan kalah terhadap pemburu yang sedang memegangnya. Lalu haiwan itu menggoyangkan bahagian belakangnya supaya Badar melepaskan cengkaman daripadanya.

"Kalau aku jual kau ni mesti aku kenyang seminggu"

Haiwan itu merupakan haiwan yang lumayan dan hanya dimakan oleh golongan berada sahaja kerana dagingnya begitu enak dan sukar dijumpai.

Sesampai di satu kawasan, Badar melepaskan cengkamannya. Haiwan itu terus berlari dengan lebih pantas tetapi tiba-tiba dia melayang ke atas. Dia telah termasuk perangkap tali yang telah lama dipasang oleh Badar sejak pagi tadi. Perangkap tersebut merupakan tali yang berbentuk bulatan yang diletakkan di tanah dengan meletakkan daun-daun sebagai penyamaran. Haiwan yang melintas perangkap itu akan ditangkap dan tergantung. Keempat-empat kakinya diikat dan haiwan itu sedang berada dalam keadaan terbalik akibat digantung perangkap.

"Lama aku tunggu mangsa masuk perangkap ni" katanya sambil mengimbas kembali sewaktu dua menunggu haiwan buruan yang akan lalu ke perangkapnya di belakang semak yang menjadi penyamaran badar supaya tidak dilihat.

"Dah jum ikut aku ke pasar" ujarnya sambil membetulkan tanjak merah yang mempunyai corak trapezium kuning di sekelilingnya.

⚔️⚔️⚔️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JembalangWhere stories live. Discover now