BAB 1

12.9K 638 41
                                    

Beberapa tahun lalu...

BIBIR melorek senyuman sinis. Telatah riuh rendah beberapa orang remaja 17 tahun membuat dirinya terhibur. Botol arak yang berwarna merah dibawa rapat ke bibir, lalu diteguk dengan rakus. Sudah meraikan kejayaan atas kejatuhan pesaingnya biarpun peperangan masih belum berakhir. Dia belum mengangkat piala sepenuhnya. Tetapi, dia yakin seratus peratus bahawa dia memperoleh kemenangan dalam peperangan tersebut.

Mustahil dia akan kalah. Lawannya hanya ejen rahsia muda yang bodoh. Bagai langit dan bumi jika ingin dibandingkan dengan dirinya yang jauh lebih kuat. Kata orang, sudah makan garam. Sedangkan mereka, baru ingin mengenal dunia.

"Bèn. Orang tua tak sedar diri. Kau sepatutnya beri legasi kau pada aku dari dulu. I give you choices, but you choose to sacrifice. Kau terlalu percayakan cucu kesayangan kau sedangkan dia tidak sekuat seperti dalam bayangan kau," katanya sendiri. Kemudian, tawa terletus dari bibir membuat koncokonco di sekelilingnya meneguk payah liur, takut. Senyuman psiko itu memberi petanda buruk.

"Farewell, Tengku Zaria." Tubuh menyandar di kerusi.

Sepasang iris hijaunya terkunci pada skrin komputer. Sedang menonton 'drama aksi' yang menarik. Hiburan waktu lapang. Dia sering menantikan tayangan drama tersebut. Dan akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba...

Bersama revolver yang disisipkan di belakang poket seluar, mereka bersama-sama berpecah ke beberapa tempat. Ada beberapa halangan yang mereka lalui untuk melepasi ruangan bawah tanah vila mewah itu.

Sekarang, setiap orang memasang mata dan telinga dari posisi masing-masing. Rancangan ringkas daripada ketua unit mereka, Quinn Isabella telah meletakkan mereka di posisi yang jauh tersorok dan sukar bagi konco-konco si penculik mengesyaki keberadaan mereka.

"Felix, Starla! Jangan bergerak!" Jeritan daripada rakan di hujung talian menghentikan langkah mereka berdua. Spontan kaki pasangan itu brek dari terus melangkah.

Tubuh menyandar dengan statik ke dinding. Bernafas perlahan-lahan, tidak mahu musuh dengari deruan nafas mereka.

Pada waktu yang sama, datang dua orang lelaki bertopeng melintas di sebelah bersama senjata.

Begitu kucar-kacir di ruang kolam renang. Apabila kedengaran tembakan dilepaskan dari arah sana, dengan pantas lelaki-lelaki bertopeng tadi bergerak turun ke tingkat bawah. Tanpa sedar, sebenarnya ada dua remaja asing berdiri di sebalik dinding yang sama.

Felix dan Starla melepaskan nafas lega.

"Nenda tiada di dalam mana-mana bilik." Nafas Ryan Lovis termengah-mengah menyampaikan maklumat. Kepala dipusingkan ke kiri, kanan. Clear.

Sebelum konco-konco penculik itu menangkapnya, pantas dia bergerak ke tingkat dua. Dia belum semak di sana. Sedikit jauh dari posisi sepatutnya tetapi tidak mengapa. Tubuhnya bergerak mengikut firasat hati.

"Ryan, aku akan tunjukkan arah," celah lagi seorang penggodam daripada unit mereka, Adrian.

"Tak apa. Kau bantu Bella." Dia percaya dengan kebolehan dirinya. Umur mereka yang berusia 17 tahun tidak menjadi halangan. Mereka kini merupakan ejen rahsia muda yang profesional. Dia tahu apa yang patut dia lakukan.

"Jangan sibuk tentang aku." Datang suara garang Isabella menyergah di gegendang telinga. Perlahan tetapi cukup tegas untuk membuat mereka mengikuti arahan wanita itu. Dia merupakan ketua bagi operasi ini.

Dan operasi sulit ini bagaikan nyawa kepada mereka. Kerana jantung mereka berada dalam posisi bahaya. Ada nyawa yang perlu diselamatkan oleh remaja seperti mereka.

"Kalau susah sangat, kau bantu aku ajelah, Ad!" Darren di sini bermati-matian mempertahankan diri, boleh pula mereka di sana bertengkar.

Bang!

𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 [TERBIT] Where stories live. Discover now