Part 1 -Suatu Ketika Dahulu-

519 29 1
                                    

==================================
7 TAHUN YANG LALU . . . . .

"Selamat ulang tahun Yein, atok harap kamu suka hadiah pemberian atok ni . huk huk huk " Kata seorang lelaki tua sambil terbatuk-batuk . Almaklum lah , dah tua kan

"Terima kasih atok . Semestinya Yein suka dengan hadiah pemberian atok . Apa dalam kotak ni atok ?" Soal Yein sambil meraba-raba kotak hadiah pemberian atok nya . (Sebenarnya, Yein ni gadis yang cantik paras rupanya, tapi malang dia mengalami masalah penglihatan sejak dari bayi lagi)

"Kamu buka lah dulu . Sini atok tolong . huk huk huk " arah lelaki tua itu yang merupakan datuk Yein . Yein menghulurkan kotak hadiah tersebut kepada atok nya, meskipun dia tidak nampak akan tetapi dia dapat mengesan kedudukan seseorang melalui deria telinga nya . Walaupun mempunyai masalah pengliharan, pendengaran Yein agak tajam mengalahkan orang yang normal

"Atok tau kamu tidak nampak . Nah, atok dah buka . Ambil ni . Atok hadiahkan kamu pita permainan video . " kata lelaki tua itu sambil menghulurkan pita permainan video tersebut ke tangan cucunya Yein

"Wah! mesti mahal ni, terima kasih atok . Yein janji Yein akan simpan pita permainan video ini elok-elok. Terima kasih sekali lagi atok " ujar Yein lalu memeluk erat atok nya (Mereka berasal dari keluarga yang agak miskin duit, tapi kaya dengan kasih sayang)

"Sama-sama" balas lelaki tua tersebut lantas membalas pelukan Yein dengan mesra

Mereka tidak tahu , ada sepasang mata yang dari tadi memerhatikan mereka sejak awal lagi . . .

"Tak guna ! Asyik-asyik Yein ! Kenapa lah perempuan buta tu boleh dapat pita permainan video tu ?! aku pun nak jugak !" getus Sujeong disebalik semak . Dari awal lagi Sujeong melihat perbualan Atoknya dan sepupunya Yein . Selama ini, Sujeong selalu merasakan bahawa atok nya selalu melebihkan Yein . Padahal Yein bukan cucu kandung nya . Yein hanyalah anak angkat Oh Chang Min iaitu anak Oh Tae Seok (lelaki tua tersebut merangkap atok Yein dan Sujeong)

"Atok, Yein teringin lah nak naik sampan dekat tasik di hujung kampung ni " kata Yein

"Kamu nak naik sampan ? mari atok bawa kamu ke sana" jelas Atok nya lalu bangun untuk memimpin Yein untuk berjalan . Sujeong yang mendengar perkara itu terus keluar di sebalik semak tempat persembunyiannya itu

_ToBeContinue_

The Curse Of Video Game [JUNGKOOK BTS FANFIC]Where stories live. Discover now