The Adventures of Huckleberry Finn, karya klasik Mark Twain, adalah tajuk pertama yang telah memikat hati saya kepada tabiat membaca. Pada mulanya, ia hanyalah satu aktiviti passtime. Setelah beberapa lama, ia menjadi obsesi yang mendatangkan keseronokan.

Adventure yang dilalui bersama Harper Lee, Mario Puzo, James Patterson, John Grisham, Stephen King dan beberapa lagi penulis, amat menyeronokkan. Penulis-penulis tempatan juga tidak saya ketepikan. Hasil-hasil tulisan Zaid Akhtar, Bahruddin Bekri dan Ramlee Awang Murshid sering mempesonakan. Ternyata, pendapat dan idea yang diutarakan oleh penulis-penulis tersebut menjadikan saya lebih matang dalam melihat kehidupan.

Keunikan tulisan-tulisan penulis tersohor antarabangsa dan tanahair tersebut membuatkan keinginan untuk menghasilkan karya sendiri perlahan-perlahan terbina. Saya mula melatih diri menulis secara serius.

Sebagai mengikuti trend, blog ini saya wujudkan untuk berkongsi hasil penulisan saya kepada umum. Semoga saya memperolehi komen dan kritikan membina darinya.
  • Kuala Lumpur
  • JoinedFebruary 2, 2016



Last Message
seth_borhan seth_borhan Apr 28, 2016 10:07AM
Saya akan mula meninggalkan kesibukan dunia untuk tempoh 40 hari bagi menyempurnakan amal khuruj fi sabilillah bermula dari tarikh 2 Mei 2016. Sepanjang tempoh tersebut, update bagi bab-bab seterusny...
View all Conversations

Story by Seth Borhan
Beg Tangan Gucci by seth_borhan
Beg Tangan Gucci
Kesusahan dan kesenangan adalah lumrah. Kesusahan dirunguti. Kesenangan melalaikan. Sesungguhnya manusia tida...
ranking #18 in alip See all rankings
2 Reading Lists