naddynatasha

nryunie_

"Aku mencintaimu kerana Allah."
          
          
          "Kau nak tahu kenapa aku bencikan kau? Aku benci kau sebab kau terima aku... Aku... Sebagai suami kau. Aku tak layak untuk kau. Kau ahli syurga. Aku ahli neraka. Aku cuma akan buat kau merana dengan menikahi aku."
          -Ilham Lee-
          
          Perkahwinan yang disangka Datin Habibah mampu mengubah anak terunanya yang sudah terlalu jauh dari landasan Islam menyebabkan dia tidak teragak-agak memilih Nur Nisa Khadijah sebagai menantu. Sikap Ilham yang terlalu sukakan kebebasan dan suka berfoya-foya perlu diubah. Itu tekadnya! 
          
          Nisa Khadijah, gadis berniqab yang menjadi dambaan setiap lelaki. Peribadi dan akhlaknya bagaikan bidadari. Ayat-ayat Al-Quran menjadi panduan dalam hidup. Idamannya bukanlah harta tetapi syurga. 
          
          "Kau... Kau buka apa yang kau pakai dekat muka tu. Aku nak tengok muka kau baru aku boleh buat pilihan samada aku nak terima kau sebagai isteri atau tidak."
          -Ilham Lee-
          
          "Saya takkan buka niqab saya. Wajah saya hanya untuk dilihat seorang suami. Lagipun... Awak patut buat tahajjud dan istikharah."
          -Nisa Khadijah-
          
          Perkahwinan tetap berlangsung dan hidup Nisa Khadijah berubah 360 darjah apabila dia sah menjadi isteri kepada Ilham Lee. Nisa Khadijah ingin membawa Ilham Lee kembali ke jalan Allah namun ia tidak mudah yang disangka.
          
          https://www.wattpad.com/story/254608739