Hai, saya Shahrul Naim. Saya merupakan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi dan Teknikal Lejen Press Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan alternatif urban tersohor di Asia.

Novel pertama tulisan saya, 'X&Y: Benih Itu Milikku' (adaptasi dari tulisan di Wattpad 'Benih Itu Milikku') telah pun diterbitkan pada 2016 dan boleh dibeli secara online di www.lejen.my atau pun di kedai-kedai buku terpilih seluruh negara. Belilah supaya saya boleh menukar rim sukan pada kereta saya setiap 6 bulan sekali.

Buku kedua tulisan saya bertajuk 'Fujiyama' sudah mula dijual di lejen.my dan juga kedai-kedai buku terpilih seluruh negara. Boleh baca bab-bab awal di akaun Wattpad ini, macam biasa.

Ada manuskrip nak hantar ke Lejen? Email saja manuskrip penuh anda (Lejen hanya menerima manuskrip novel sahaja) beserta sinopsis penuh dan juga sinopsis ringkas ke manuskrip@lejenpress.com. Syarat utama, kena dengan gaya penulisan Lejen dan ada nilai komersial. Dan juga penulis mestilah yakin dengan karyanya sendiri. Jangan tak tahu, ada penulis yang tak yakin dengan karyanya sendiri tapi nak juga karyanya diterbitkan. Sakit otak kah?

Oh ya, anda juga boleh ikuti saya di twitter.com/erk888 atau pun facebook.com/erk888. Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh hantar email ke shahrulnaim@lejenpress.com. Saya akan cuba membalas (kalau rajin).

Akhir kata, majulah Lejen untuk negara. Jangan lupa mengundi pada pilihan raya.
  • Shah Alam-Subang Jaya
  • JoinedAugust 11, 2015



Last Message
erk888 erk888 Jan 02, 2019 04:19AM
Selamat tahun baru 2019!Azam saya ialah azamualaikom, kom apa kom bat bat apa bat man.Azam anda?
View all Conversations

Stories by Shahrul Naim
Suamiku Cybertrooper Pembangkang, Bapaku Penyokong Kerajaan by erk888
Suamiku Cybertrooper Pembangkang...
Avaa Elisandra dan Zakwan berkenalan sewaktu sama-sama melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam terung...
Fujiyama by erk888
Fujiyama
(Fujiyama telah pun diterbitkan dalam versi buku. Anda boleh mendapatkannya mulai 30 April ini di booth Lejen...
Benih Itu Milikku by erk888
Benih Itu Milikku
[Ini merupakan preview 20 bab pertama bagi novel X&Y: Benih Itu Milikku. Kandungan di dalam versi wattpad ada...
ranking #107 in melayu See all rankings
1 Reading List